Senarai Daerah Di Perak

Daerah di Perak terbahagi kepada dua belas buah daerah kesemuanya. Negeri Perak Darul Ridzuan adalah merupakan sebuah negeri yang kedua paling besar di Semenanjung Malaysia selepas negeri Pahang Darul Makmur.

Negeri Perak juga terletak bersempadanan dengan negeri-negeri lain seperti Negeri Kedah, Negeri Pulau Pinang, Negeri Kelantan, Negeri Pahang dan Negeri Selangor. Negeri Perak juga punyai sempadan antarabangsa dengan negara Thailand iaitu bersebelahan dengan Wilayah Yala.

Sejarah Kesultanan di negeri Perak bermula dalam tahun 1528 dengan kemahkotaan Sultan Mudzaffar Shah I, keturunan dan juga merupakan putera kedua buat Sultan Mahmud Shah dari Kesultanan Melayu Melaka. Oleh yang demikian, kesultanan Perak adalah keturunan secara langsung daripada Kesultanan Melayu Melaka.

Daerah Di Perak

Seperti yang diceritakan di pendahuluan penceritaan artikel ini, terdapat sebanyak dua belas buah daerah di Perak Darul Ridzuan yang mana semuanya punyai cerita dan sejarahnya yang tersendiri dan ia cukup menarik untuk diketahui.

Senarai Daerah Di Perak

  1. Batang Padang
  2. Manjung
  3. Kinta
  4. Kerian
  5. Kuala Kangsar
  6. Larut dan Matang
  7. Hilir Perak
  8. Hulu Perak
  9. Perak Tengah
  10. Kampar
  11. Muallim
  12. Bagan Datuk

Daerah di Batang Padang, Perak

Daerah di Batang Padang, Perak

Daerah Batang Padang adalah merupakan antara salah satu daerah yang ada di dalam Negeri Perak. Batang Padang meliputi kawasan Tapah, Kampar, Bidor, Mambang Diawan dan sebagainya. Pejabat pentadbiran daerah ini terletak di dalam kawasan bandar Tapah. Tapah pula terbahagi kepada Pekan Tapah dan Tapah Road.

Mukim:

  • Batang Padang
  • Bidor
  • Chenderiang
  • Slim
  • Sungkai
  • Ulu Bernam Timor & Barat

Daerah di Manjung, Perak

Daerah di Manjung, Perak

Daerah Manjung adalah antara destinasi utama buat para pelancong yang datang melancong ke Negeri Perak. Lokasi tumpuan buat para pelancong dari dalam dan luar negeri ke daerah ini adalah di Pulau Pangkor dan Teluk Batik. Sektor pelancongan adalah penyumbang utama kepada pembangunan Daerah Manjung.

Mukim:

  • Beruas
  • Lekir
  • Lumut
  • Pengkalan Baharu
  • Sitiawan

Daerah di Kinta, Perak

Daerah di Kinta, Perak

Kinta juga adalah merupakan salah satu daerah yang ada di negeri Perak dan ia adalah merupakan kawasan yang paling padat di negeri Perak. Majoriti penduduk di dalam daerah Kinta adalah menetap di bahagian utara iaitu di sektiar kawasan Ipoh, ibu negeri Perak Darul Ridzuan.

Mukim:

  • Kampar
  • Sungai Raia
  • Sungai Terap
  • Tanjong Tualang
  • Teja
  • Ulu Kinta

Daerah di Kerian, Perak

Daerah di Kerian, Perak

Daerah Kerian terletak di utara negeri Perak Darul Ridzuan dan daerah ini terletak bersempadanan dengan Negeri Pulau Pinang serta negeri Kedah Darul Aman. Anda boleh rujuk artikel Sejarah Dan Asal Usul Daerah Kerian untuk lebih banyak maklumat tentang daerah Kerian.

Mukim:

  • Bagan Serai
  • Bagan Tiang
  • Beriah
  • Gunong Semanggol
  • Kuala Kurau
  • Parit Buntar
  • Selinsing
  • Tanjong Piandang

Daerah di Kuala Kangsar, Perak

Daerah di Kuala Kangsar, Perak

Daerah Kuala Kangsar adalah merupakan sebuah Bandar Diraja dan ia juga adalah merupakan salah satu bandar bersejarah buat negeri Perak. Kuala Kangsar juga antara kawasan tumpuan buat para pelancong kerana disana terdapat pelbagai produk-produk tempatan dan Industri Kecil dan Sederhana (PKS) yang menarik. Kuala Kangsar mendapat namanya bersempena pokok kangsar yang tumbuh di tebing sungai dan juga terdapat versi mengatakan terdapatnya 99 anak sungai dan kurang 1 kepada seratus, iaitu melalui sebutan Kuala Kurang Sa. Rujuk artikel Sejarah Kuala Kangsar, Perak untuk penceritaan lebih lanjut.

Mukim:

  • Chegar Galah
  • Kampung Buaya
  • Kota Lama Kanan
  • Kota Lama Kiri
  • Lubok Merbau
  • Pulau Kamiri
  • Saiong
  • Senggang
  • Sungai Siput

Daerah di Larut, Matang dan Selama, Perak

Daerah di Larut, Matang dan Selama, Perak

Larut, Matang dan Selama merupakan daerah di Perak yang terletak di bahagian utara. Daerah ini terletak bersempadan dengan daerah Kerian, Kuala Kangsar, Manjung dan Hulu Perak. Pusat pentadbiran daerah ini teletak di bandar Taiping yang merupakan antara bandar terawal di Malaysia.

Mukim:

  • Asam Kumbang
  • Batu Kurau
  • Bukit Gantang
  • Ulu Ijok
  • Jebong
  • Kamunting
  • Pengkalan Aor
  • Selama
  • Simpang
  • Sungai Limau
  • Sungai Tinggi
  • Terong
  • Tupai
  • Ulu Selama

Daerah di Hilir Perak, Perak

Daerah di Hilir Perak, Perak

Daerah Hilir Perak terletak di bahagian selatan Negeri Perak dan bersempadanan dengan Bagan Datuk. Ia juga bersempadan dengan daerah-daerah lain seperti Batang Padang, Perak Tengah dan Manjung. Kerajaan tempatan yang mentadbir di kawasan daerah ini ialah Majlis Perbandaran Teluk Intan.

Mukim:

  • Bagan Datoh
  • Changkat Jong
  • Durian Sebatang
  • Hutan Melintang
  • Labu Kubong
  • Rungkup
  • Sungai Durian
  • Sungai Manik
  • Telok Baharu

Daerah di Hulu Perak, Perak

Daerah di Hulu Perak, Perak

Hulu Perak merupakan daerah yang terletak di timur laut negeri Perak dan bersebelahan dengan negeri Kelantan serta negeri Kedah. Di selatan daerah ini ialah daerah Kuala Kangsar dan ia juga turut bersempadan dengan negara Thailand. Daerah ini merupakan salah satu pintu masuk diantara Malaysia dan Thailand.

Mukim:

  • Belukar Semang
  • Belum
  • Durian Pipit
  • Grik
  • Kenering
  • Kerunai
  • Pengkalan Hulu
  • Lenggong
  • Temelong
  • Temengor

Daerah di Perak Tengah, Perak

Daerah di Perak Tengah, Perak

Daerah Perak Tengah terbentuk melalui perubahan pentadbiran kerajaan tempatan yang mana Majlis Daerah Perak Tengah telah ditubuhkan pada 1 Disember 1979 iaitu setelah diluluskan penubuhannya oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan dalam perjumpaan Bil. 936 bertarikh 20 November 1979.

Mukim:

  • Bandar
  • Belanja
  • Bota
  • Jaya Baharu
  • Kampong Gajah
  • Kota Setia
  • Lambor Kanan
  • Lambor Kiri
  • Layang-Layang
  • Pasir Panjang Ulu
  • Pasir Salak
  • Pulau Tiga

Daerah di Kampar, Perak

Daerah di Kampar, Perak

Daerah Kampar telah diisytiharkan sebagai daerah ke 10 buat Negeri Perak pada tarikh 21 Mei 2009 oleh Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah (Sultan Perak ke 34). Nama Kampar itu sendiri mempunyai persamaan nama dengan Bandar Kampar di Sumatera, Indonesia. Ini diakui oleh para sejarawan Malaysia bahawa nama pekan ini diambil sempena nama Kampar, Indonesia. Wujudnya kaitan di antara kedua-dua nama ini adalah melalui perniagaan yang dijalankan oleh kedua-dua penduduk bagi dua pekan ini, perniagaan mereka yang paling utama ialah penjualan tembakau dan alat-alat tembikar sara tembaga.

Mukim:

  • Mukim Kampar
  • Mukim Teja
  • Gopeng
  • Bandar Kampar
  • Pekan Kota Baharu
  • Pekan Malim Nawar

Daerah di Muallim, Perak

Daerah di Muallim, Perak

Daerah Muallim ialah daerah yang ke sebelah di negeri Perak. Daerah ini telah diisytiharkan oleh Sultan Nazrin Muizzudin Shah (Sultan Perak ke 35) pada tarikh 11 Januari 2016 di Dewan Seri Tanjong Majlis Daerah Tanjung Malim. Daerah ini sebelum ini adalah sebahagian daripada daerah Batang Padang.

Mukim:

  • Slim
  • Hulu Bernam Timur
  • Hulu Bernam Barat

Daerah di Bagan Datuk, Perak

Daerah di Bagan Datuk, Perak

Daerah Bagan Datuk asalnya sebahagian daripada daerah Hilir Perak yang berpusat di Teluk Intan. Dalam bulan Januari 2016, daerah kecil Bagan Datuk telah diwujudkan dan daerah kecil ini kemudiannya diwartakan oleh kerajaan negeri Perak sebagai sebuah daerah penuh pada 15 Julai 2016. Dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak pada 22 November 2016, telah diputuskan daerah ini dieja sebagai Bagan Datuk, bermula pada hari pengisytiharan daerah ini pada 9 Januari 2017.

Mukim:

  • Bagan Datoh
  • Rungkup
  • Hutan Melintang
  • Teluk Bharu

Anda pula berasal dari daerah di Perak mana satu? Kongsikan di bahagian komen untuk kita bual bicara, berkenalan dengan santai bersama-sama dengan pembaca yang lain. Kongsikan juga apa yang menarik ada di dalam daerah anda!

Portal Rasmi Kerajaan Negeri Perak

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

Loading...

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here