Terowong Kereta Api Paling Panjang Di Asia Tenggara Ada Di Taiping

Pembinaan Terowong Berkembar Berapit untuk kegunaan kereta api ini bermula pada 4 Oktober 2009 oleh pemaju projek yang terlibat iaitu MMC-Gamuda JV. Projek landasan berkembar elektrik Ipoh ke Padang Besar ini mencatat sejarah apabila terowong berkembar berapit sepanjang 2,893 meter ini merupakan terowong kereta api yang paling panjang di Asia tenggara. Semua peralatan keselamatan terowong dikendalikan oleh sistem yang dinamakan Tunnel Monitoring Control System yang terletak di portal Selatan.

Terowong berapit dibina dengan dua tiub, disambung dengan satu laluan kecemasan dan dibina pada jarak silang 350 meter.Terdapat Sembilan laluan kecemasan yang dibina dalam terowong berkenaan dengan kelebaran platfom 3 meter.

Tujuannya adalah untuk membawa penumpang ke tempat yang selamat jika berlaku kecemasan. Terowong Berkembar Berapit yang terletak di Taiping, Perak ini telah diiktiraf sebagai terowong kereta api paling panjang di Asia Tenggara.

tiub terowong berapit

Terowong berkembar ini telah menjadi sebahagian daripada komponen projek infrastruktur negara iaitu Projek Landasan Berkembar Elektrik (PLBE) Ipoh ke Padang Besar. Projek ini adalah di bawah syarikat peneraju MMC-GAMUDA Joint Venture (MMC-GAMUDA JV).

peta terowong berapit

Pembinaannya adalah setaraf negara maju kerana membolehkan kereta api memecut pada kelajuan 140 km/sejam. Ia dibina dalam bentuk ladam kuda yang berukuran 9 m (tinggi) x 9 m (lebar).

Terowong Kereta Api Paling Panjang Di Asia Tenggara Ada Di Taiping

Pembinaan membuat terowong ini adalah dengan menggunakan kaedah gerudi dan letupan terkawal di bawah bukit dengan memotong dan menimbus di kawasan terbuka serta pengorekan mikro di bawah laluan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Jalan Persekutuan.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.