Serangan Lanun Cina Ke Kapal British Di Larut Pada 1873

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Pada 16 September 1873, sebuah kapal British Midge milik pihak British telah diserang oleh sekumpulan lanun cina di perairan Larut, Perak. Dalam serangan tersebut, seramai dua orang askar British telah mendapat cedera parah.

    Kekacauan di Larut ini dikatakan berpunca dari pergaduhan puak-puak Hai San dan Ghee Hin yang bukan sahaja di Larut tetapi juga telah merebak ke jajahan British yang terletak di Seberang Prai dan Pulau Pinang. Kekacauan oleh orang-orang cina ini menyebabkan British telah campur tangan.

    Kolonel Anson pernah mengusahakan mesyuarat di Pulau Pinang di antara puak-puak yang bertentangan di Larut itu dan usaha tersebut ternyata gagal kerana masih terdapat gangguan dan kekacauan yang masih juga berterusan.

    Serangan Lanun Cina Ke Kapal British Di Larut Pada 1873

    Oleh sebab itu, British telah menghantar kapal Midge ke perairan Larut dan kemudiannya bermudik ke Sungai Larut untuk membenteras lanun-lanun cina yang sentiasa mengganggu pedagang-pedagang yang menggunakan jalan air tersebut.

    Serangan Lanun Cina Ke Kapal British Di Larut Pada 1873

    Dalam pada waktu itulah kapal Midge milik pihak British telah diserang oleh lanun-lanun yang berkubu di tebing Sungai Larut. British kemudiannya menghantar kapal Thalia pada 20 September 1873.

    Serangan Lanun Cina Ke Kapal British Di Larut Pada 1873

    Kapal Midge dan Thalia bergabung untuk menyerang kubu-kubu lanun cina di Larut dan memusnahkan kubu-kubu di tebing Sungai Larut serta merampas 2 tongkang cina di situ.

    Serangan Lanun Cina Ke Kapal British Di Larut Pada 1873

    Kira-kira 3,000 penduduk di Pekan Larut yang kebanyakkannya terdiri dari orang-orang cina telah menyerah diri kepada British.

    Freddie Aziz Jasbindar
    Freddie Aziz Jasbindar
    Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak.