25.5 C
Ipoh
Saturday, 7 September 2024

Ikan Bilis Mata Biru Cukup Popular Di Pulau Pangkor

- Advertisement -
- Advertisement -

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa ikan bilis mata biru adalah merupakan satu nama yang cukup popular kepada para pelancongan yang datang berkunjung dari jauh ke Pulau Pangkor dan berjalan-jalan ke sekitar kawasan darat iaitu di Lumut dan juga Manjung.

Lumut dan Pulau Pangkor adalah lokasi yang paling banyak ada menjual produk hasil laut termasuk makanan yang telah diproses dan apa yang penting dalam penceritaan kali ini adalah berkenaan dengan hal ikan bilis mata biru yang tinggi dan tidak pernah putus permintaannya.

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, harga ikan bilis mata biru bukanlah murah dan bukanlah harga yang mampu untuk dibeli oleh semua orang.

Ikan Bilis Mata Biru Cukup Popular Di Pulau Pangkor

Ia amat berharga kerana menurut penjual ikan bilis mata biru yang ditemubual di sekitar kawasan sana, mereka nyatakan bahawa ianya adalah produk tempatan asli dari Pulau Pangkor dan tidak boleh dapat dari mana-mana lokasi lain.

Ikan Bilis Mata Biru Cukup Popular Di Pulau Pangkor

Tambahan mereka lagi, ikan bilis mata biru ini ternyata berbeza daripada ikan bilis biasa yang lain. Mereka cuba menggambarkan yang rasa ikan bilis mata biru ini sedikit pun tidak rasa masin dan tidak liat serta cukup rangup lantas menampakkan bahawa ianya tidak sama seperti ikan bilis biasa lain yang ada di pasaran.

Ikan Bilis Mata Biru Cukup Popular Di Pulau Pangkor

Ikan bilis mata biru juga tahan lama jika disimpan didalam peti sejuk dan ianya boleh bertahan lebih sebulan dengan tanpa menjejaskan kualitinya. Apabila bercerita tentang harganya, ia berbeza mengikut gred yang diaturkan melalui saiz, kesegaran untuk menjaga kualiti dan kawalan harga.

Ikan Bilis Mata Biru Cukup Popular Di Pulau Pangkor

Jangan anda tidak tahu, harga runcit paling murah untuk ikan bilis mata biru Pulau Pangkor adalah dalam sekitar RM20.00 untuk sekilogram (gred rendah) manakala gred yang lebih tinggi berada dalam lingkungan harga runcit yang ditawarkan antara RM35 sehingga mencecah RM70 untuk sekilogram.

Ikan Bilis Mata Biru Cukup Popular Di Pulau Pangkor

Pada pendapat editor orangperak.com, sememangnya rasa ikan bilis mata biru ini cukup enak apabila makan dengan digoreng begitu sahaja dan tambahan pula jika dimakan dengan nasi lemak atau dibuat sambal tumis ikan bilis. Jika anda tidak pernah tahu tentang kewujudan ikan bilis mata biru di Pulau Pangkor ini, moh cuba dapatkan sekarang!

- Advertisement -
Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindarhttps://fred.my
Pengasas orangperak.com dan Pencinta Sejarah Tempatan Negeri Perak.
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here