25 C
Ipoh
Saturday, 5 October 2024

Ipoh Parade, Pasaraya Paling Popular

- Advertisement -
- Advertisement -

Ipoh Parade adalah merupakan antara pasaraya yang paling popular di Ipoh, Perak. Sebelum kewujudannya, nama pasaraya seperti Super Kinta dan Kompleks Yik Foong adalah merupakan antara pasaraya yang paling laris dalam penghujung abad ke 20 di Ipoh, Perak.

Nama Ipoh Parade tidak asing lagi buat penduduk di Ipoh dan seluruh negeri Perak. Ia boleh dikatakan sebagai satu ikon di Ipoh sebagai kompleks dan pusat beli-belah yang cukup membanggakan. Sebut sahaja apa yang anda perlukan, di pasaraya tersebut apa sahaja pasti boleh dicari.

Apabila kerja-kerja pengubahsuaian terhadap bangunan Ipoh Parade telah selesai dan siap dibuat dalam tahun 2014 dan dalam masa yang sama Super Kinta dan Kompleks Yik Foong sudah hilang kemeriahannya, pasaraya ini kemudian berjaya menebus semula hati penduduk Ipoh dan sekitarnya sebagai pusat membeli-belah premium untuk penduduk tempatan dan para pelancong.

Destinasi pusat membeli belah ini menjadi salah satu tarikan buat para pelancong lantas ramai yang datang ke sini sejak ia dibuka sehingga ke hari ini. Apa yang cukup mengkagumkan sejak ia dibuka, pintu keluar pasaraya ini dilengkapi dengan papan iklan LED yang unik.

Ipoh Parade, Pasaraya Paling Popular

Dengan kelengkapan papan iklan LED yang unik di pintu pasaraya tersebut, ia secara rasmi pernah tersenarai di Malaysia Book of Records sebagai Skrin Pengiklanan LED yang Paling Besar di Malaysia satu ketika dahulu.

Ipoh Parade juga tidak terkecuali dari menjadi pusat hiburan untuk keluarga dan orang ramai. Di sana, terdapat pusat karaoke, permainan sukan bowling, dan panggung wayang GSC yang pernah dinobatkan sebagai panggung wayang paling besar di Perak.

Bangunan Ipoh Parade punyai sebanyak 216 unit lot kedai untuk jualan runcit dengan keluasan bangunan seluas 624,694 kaki persegi. Pada tarikh 1 Mac 2019, mereka pernah menjadi tuan rumah dalam pelbagai acara berskala besar dalam suasana yang selesa untuk pembeli.

Ipoh Parade GSC

Ipoh Parade GSC

Seperti yang dikatakan panggung wayang di sana yang digelar sebagai Ipoh Parade GSC yang pernah dinobatkan sebagai panggung wayang paling besar di Perak sebelum kehadiran MBO AEON Big Falim. Anda boleh ke sini dengan naik ke tingkat 5 untuk menonton filem-filem terbaru kesukaan anda.

Ampang Superbowl di Ipoh

Ampang Superbowl di Ipoh

Sila ke tingkat 3 jika anda berminat untuk bermain sukan bowling. Pusat boling ini juga pernah menjadi tempat untuk pelbagai pertandingan bowling dalam negara di peringkat kebangsaan dan juga di peringkat antarabangsa. Semua peralatan boling di Ampang Superbowl Ipoh ini berkualiti tinggi dan memenuhi piawai asas.

Ipoh Parade

Waktu operasi pasaraya terkemuka di Ipoh ini adalah dibuka seawal jam 10.00 pagi dan akan ditutup pada jam 10.00 malam. Ia dibuka pada setiap hari sepanjang tahun dan tidak akan ditutup walaupun terdapat cuti khas dalam negara.

Sepanjang minggu, pihak pengurusan akan adakan pelbagai acara menarik di ruangan paling bawah pasaraya untuk para pengunjung. Kadangkala terdapat kehadiran artis-artis popular yang dijemput oleh pihak pengurusan dan mereka datang dari dalam dan luar negara yang akan buat persembahan kepada para pengunjung.

Ipoh Parade, Pasaraya Paling Popular

Tempat letak kenderaan juga khas dibuat di dalam bangunan pasaraya tersebut. Cas untuk letak kenderaan anda adalah serendah RM1.00 untuk sejam yang pertama dan penambahan RM1 untuk setiap 1 jam yang berikutnya. Jika anda kehilangan tiket parkir, anda akan dikenakan cas sebanyak RM20.00 sahaja. Jadi, jagalah tiket anda dengan baik dan jangan hilangkannya!

Syarikat yang menguruskan dan bertanggungjawab atas Ipoh Parade adalah syarikat dari Singapura yang bernama ARA Asset Management Limited (ARA). Selain di Ipoh, terdapat pasaraya lain dibawah seliaan syarikat ini seperti di Klang Parade, CITTA Mall, 1 Mont Kiara dan AEON Bandaraya Melaka.

Ipoh Parade, Pasaraya Paling Popular

Terdapat pelbagai jenis kedai dengan pelbagai jenama yang tidak ditemui di tempat lain dalam negeri Perak dan anda boleh dapati di Ipoh Parade. Pusat membeli-belah ini tidak pernah malap dengan sinar sebagai pilihan dihati pengunjung untuk membeli belah, hiburan dan tempat makan yang sesuai dengan semua lapisan masyarakat.

- Advertisement -
Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindarhttps://fred.my
Pengasas orangperak.com dan Pencinta Sejarah Tempatan Negeri Perak.
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here