25 C
Ipoh
Thursday, 5 December 2024

Tempat Menarik Di Ipoh, Perak

- Advertisement -
- Advertisement -

Apabila datang ke ipoh, ramai yang tertanya-tanya apakah tempat menarik di Ipoh? Inilah persoalan yang sering ditanya apabila mereka datang berkunjung di ibu negeri Perak ini untuk merasai pengalaman yang terbaik apabila berada di Ipoh, Perak.

Pengenalan Ipoh

Sebagai permulaan, ayuh kita kenali Ipoh terlebih dahulu. Bandaraya Ipoh adalah ibu negeri buat negeri Perak yang mana ia adalah sebuah bandar yang unik dan dikelilingi gunung dan terletak di dalam daerah Kinta. Ipoh juga adalah merupakan ibu negeri dan pusat pentadbiran buat negeri Perak.

Tempat Menarik Di Ipoh, Perak

Asal usul nama Ipoh ini menarik untuk dikongsikan penceritaannya. Kisahnya secara ringkas, nama Ipoh diambil daripada sepohon pokok yang dikenali sebagai pokok Ipoh. Uniknya pokok ini adalah berkenaan dengan getahnya yang beracun dan ia telah digunakan oleh orang asli untuk panahan sumpitan mereka.

Anda boleh rujuk artikel dari mana Ipoh mendapat nama untuk lebih maklumat tentang hal asal usul nama Ipoh dan anda boleh semak tentang peristiwa pokok Ipoh yang tumbang di hadapan KTM Ipoh telah ditanam semula sebagai untuk mengekalkan simbolik terhadap bandaraya Ipoh.

Apa Tempat Menarik di Ipoh?

Ipoh cukup terkenal dengan pelbagai jenis lokasi untuk dijadikan sebagai destinasi percutian santai bersama keluarga dan kenalan. Ada tempat bersejarah, kompleks hiburan, taman rekriasi, pusat mandi manda, lubuk makanan tempatan, percutian pendidikan dan macam-macam lagi.

Usah lepaskan peluang untuk pergi dan rasai sendiri pengalaman santai bercuti di pelbagai tempat menarik di Ipoh. Dalam artikel ini, kami ada beberapa senarai cadangan tempat menarik di Ipoh untuk anda dan ia mungkin sedikit sebanyak boleh membantu anda.

Sunway Lost World Of Tambun

Tempat Menarik Di Ipoh, Perak

Lost world of Tambun yang terletak di kawasan Tambun adalah merupakan antara taman tema terbesar di utara semenanjung Malaysia. Pelbagai aktiviti kekeluargaan yang boleh dijalankan disini dan ia adalah merupakan salah satu tarikan utama pelancong dari dalam dan luar negara buat negeri Perak.

Pelbagai aktiviti riadah santai boleh dijalankan disini yang merangkumi pelbagai faktor kenapa ia tersenarai di dalam tempat menarik di Ipoh. Anda boleh semak maklumat dibawah untuk ketahui lebih lanjut tentang Sunway Lost World Of Tambun.

Waktu Operasi :

  • Isnin hingga Jumaat : 10:00am hingga 6:00pm
  • Sabtu dan Ahad : 11:00am hingga 6:00pm
  • Hari cuti am dan cuti sekolah : 10:00am hingga 12:00am
  • 6:00pm hingga 11.00pm untuk night park dan hotsping
  • Selasa ditutup kecuali cuti am dan cuti sekolah

Pasar Gerbang Malam, Ipoh

Tempat Menarik Di Ipoh, Perak

Nama Pasar Gerbang Malam cukup gah untuk menggambarkan Ipoh. Ia merupakan salah satu identiti buat negeri Perak yang mana sehinggakan wujudnya terma tidak sah ke Ipoh jika tidak singgah ke Pasar Gerbang Malam.

Lokasi kedudukan Pasar Gerbang Malam ini terletak betul-betul di Jalan Tahwil Azhar. Konsepnya Pasar Gerbang Malam adalah seperti uptown market yang popular di sesetengah tempat yang lain. Disana terdapat pelbagai gerai jualan yang menjual pakaian, kasut, bag, alat solek, alat mainan, barang perhiasan diri dan pelbagai lagi.

  • Lokasi : Jalan Tahwil Azhar
  • Waktu Operasi : Setiap hari 6:00pm hingga 1.00am

Pasar Karat (LOKEN), Ipoh

Tempat Menarik Di Ipoh, Perak

Pasar Karat Ipoh turut dikenali dengan nama popularnya iaitu LOKEN. Jika ditanya pada orang awam tentang cadangan tempat menarik di Ipoh, semestinya majoriti daripada mereka akan cadangkan anda untuk datang ke Loken.

Apa yang ada di Pasar Karat Ipoh? Ianya cukup menarik untuk diceritakan disini. Terdapat pelbagai barangan lama yang boleh dibeli untuk dijadikan sebagai koleksi peribadi dan peringatan. Bak kata sesetengah orang, di Pasar Karat Ipoh inilah syurga buat pengumpul barangan lama.

  • Lokasi : Jalan Horley (Gerbang Memory Lane)
  • Waktu Operasi : setiap hari 6:30am hingga 1.00pm

Muzium Darul Ridzuan

Tempat Menarik Di Ipoh, Perak

Inilah tempatnya jika anda cintakan sejarah tempatan di negeri Perak. Muzium Darul Ridzuan adalah merupakan ruang yang menghimpun sejarah berkenaan dengan pembangunan bandar Ipoh dalam pelbagai sektor khususnya dalam sektor perlombongan dan pertanian.

Muzium Darul Ridzuan ini telah dalam tahun 1926 dan ia telah berusia lebih daripada 100 tahun. Tujuan penubuhan muzium ini adalah untuk memelihara kisah sejarah perlombongan dan perhutanan di kawasan Ipoh serta menyimpan dan mengekalkan warisan sejarah yang ditinggalkan oleh perusahaan perlombongan bijih timah dan perusahaan hasil perhutanan.

  • Lokasi : Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab (sebelah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak – SUK Perak)
  • Tiket masuk : Percuma
  • Waktu Operasi : 9:30am hingga 5.00pm

Anda ada cadangan tambahan untuk mereka diluar sana yang sedang mencari kawasan dan tempat menarik di Ipoh? Sila tinggalkan komen dan kami akan kemaskini artikel ini dari masa ke masa dengan mengikut perkembangan permintaan terkini daripada pelancong dari dalam dan luar negara untuk negeri Perak yang tercinta.

Muzium Geologi di Ipoh

Tempat Menarik Di Ipoh, Perak

Muzium Geologi di Ipoh telah ditubuhkan dalam tahun 1957 sewaktu negara kita mencapai kemerdekaan. Muzium yang penuh dengan maklumat geologi ini ditubuhkan dengan perletakan batu asas bangunan oleh Raja Muda Perak pada waktu itu Raja Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah (kini Almarhum Sultan Idris II, Sultan Perak yang ke 33).

Tempat Menarik Di Ipoh, Perak

Disinilah tempatnya untuk kita lahirkan rasa cinta dan minat akan pendidikan teras berkenaan geologi kepada anak-anak kita. Muzium Geologi ini banyak memberi manfaat dan pelopor dalam melahirkan ahli geologi negara. Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan Muzium Geologi Di Ipoh ini, anda boleh baca artikel Sejarah Dan Kisah Muzium Geologi Di Ipoh, Perak.

Waktu Operasi :

  • Isnin hingga Jumaat : 9:00am hingga 4:30pm
  • Waktu Rehat : 12:30pm hingga 2:00pm (Jumaat 12:00pm hingga 3:00pm)
  • Sabtu, Ahad dan cuti am ditutup

Taman Tasik Cermin

Tempat Menarik Di Ipoh, Perak

Tidak cukup setakat itu, ini satu lagi tempat menarik di Ipoh. Rata-rata kebanyakan orang di Ipoh sendiri tidak tahu dengan kewujudan dan lokasi sebenar Tasik Cermin ini. Hal ini kerana ia bukanlah dibawah jagaan sesiapa dan tambahan lagi laluan untuk sampai ke Tasik Cermin ini agak mencabar dengan bakal melalui kawasan jalan yang tidak berturap, berbatu kelikir dan penuh debu.

Setibanya anda di Tasik Cermin nanti, anda boleh berehat di kawasan pelantar yang telah didirikan untuk pengunjung yang dahagakan ketenangan dari kesibukan bandar. Dari situ anda boleh faham kenapa tasik tersebut dinamakan sebagai Tasik Cermin. Hal ini kerana bayangan yang ada di sekitar kawasan tasik tersebut memantul landskap sekeliling seolah-olah bertindak seperti cermin.

Anda berminat untuk tahu lebih lanjut tentang Taman Tasik Cermin ini? Kami pernah terbitkan artikel berkenaan dengan Tasik Cermin yang tersorok di Gunung Rapat. Anda boleh baca penceritaan yang telah disampaikan berkenaan dengan Tasik Cermin Yang Tersorok di Gunung Rapat melalui link ini.

  • Lokasi : N4° 33.560′ E101° 07.210′
  • Tiket masuk : Percuma
  • Waktu Operasi : Tidak ditetapkan dan sebaiknya pergi pada waktu siang

Menara Memorial Birch

Tempat Menarik Di Ipoh, Perak

Anda ingat dengan kisah J.W.W. Birch? Ya, beliau adalah Residen British yang pertama di negeri Perak dan apa yang tragisnya, beliau telah maut ditangan pembesar-pembesar Melayu sewaktu terlibat dalam kisah kebangkitan orang Melayu Perak yang terkenal di Pasir Salak.

Lokasi menara jam memorial Birch ini terletak di sebelah Masjid Negeri Perak dan ia telah dibina dalam tahun 1909 oleh anaknya yang juga merupakan Residen British di negeri Perak sempena memperingati ulang tahun kematian bapanya yang ke 34. Ini juga salah satu tempat menarik di Ipoh.

Tempat Menarik Di Ipoh, Perak

Menariknya pada badan sisi dinding menara jam tersebut terdapat 4 patung terakota yang mengambarkan 4 prinsip pentadbiran British iaitu kesetiaan, keadilan, kesabaran dan ketabahan. Salah satu daripada 44 figura tersebut dikatakan imej Nabi Muhammad dan ianya telah dipadam. Anda boleh baca berkenaan dengan hal tersebut di artikel Misteri Imej Pudar Di Menara Memorial Birch.

  • Lokasi : 4.596840, 101.076193 (sebelah Masjid Negeri Perak)

Pusat Rekreasi Lubuk Timah

Tempat Menarik Di Ipoh, Perak

Mahu lagi senarai tempat menarik di Ipoh? Pusat Rekreasi Lubuk Timah sememangnya punyai keunikan yang tersendiri kerana disana terdapat air terjun yang sejuk dan ada juga kolam air panas. Kolam air panas ini telah dibina semula dan diletakkan di pinggiran sungai yang mana air terjun asal mengalir disisinya.

Lokasi pusat Rekreasi Lubuk Timah terletak 8 kilometer dari tol Simpang Pulai (Exit 137). Jika anda merancang untuk ke sana, anda harus melalui jalan ke Cameron Highland melalui Simpang Pulai sehingga terjumpa papan tanda kecil menunjuk arah simpang masuk ke pusat Rekreasi Lubuk Timah dan perlu melalui jalan sejauh 1 kilometer sebelum sampai ke lokasi air panas.

Mengikut cerita tempatan, empangan ini telah dibina di sungai Anak Ayer Cina pada awal abad ke 20 yang mana pembinaannya amat berkait rapat dengan kerja-kerja perlombongan bijih timah pada waktu tersebut. Empangan tersebut dianggar setinggi 30 meter dan kini ia dipenuhi dengan pasir dan terdapat anak sungai yang mengalir. Anda boleh baca lebih lanjut penceritaan tentang hal Pusat Rekreasi Lubuk Timah ini di artikel yang telah kami terbitkan di Pusat Rekreasi Lubuk Timah Di Perak.

  • Lokasi : 4.559760, 101.161950 Pusat Rekreasi Lubuk Timah

Tiket masuk :

  • 12 tahun keatas : RM5.00
  • 60 tahun keatas : RM3.00
  • 3 tahun hingga 11 tahun : RM3.00

Waktu Operasi :

  • setiap hari jam 8.00am hingga 6.30pm

Pasaraya Ipoh Parade

Tempat Menarik Di Ipoh, Perak

Nama pasaraya Ipoh Parade cukup tidak asing lagi buat penduduk di Ipoh dan sekitar negeri Perak. Ia juga boleh dikatakan sebagai salah satu ikon di Ipoh sebagai kompleks dan pusat beli-belah yang nombor 1 di negeri Perak. Hal ini secara tidak langsung ia termasuk dalam senarai tempat menarik di Ipoh.

Di Pasaraya Ipoh Parade terdapat sebanyak 216 unit lot kedai pusat dan ianya termasuk pusat hiburan keluarga seperti karaoke, permainan sukan bowling dan panggung wayang GSC yang pernah dinobatkan sebagai panggung wayang paling besar di Perak sebelum kewujudan panggung wayang di Falim.

Untuk lebih banyak penceritaan menarik tentang Ipoh Parade, anda boleh baca artikel yang pernah kami terbitkan di laman ini bertajuk Ipoh Parade, Pasaraya Paling Popular. Semoga ia dapat membantu anda dalam memberi maklumat yang anda perlukan.

  • Lokasi : Jalan Sultan Abdul Jalil
  • Waktu Operasi : setiap hari jam 10.00am hingga 10:00pm

Anda ada cadangan tambahan untuk mereka diluar sana yang sedang mencari kawasan dan tempat menarik di Ipoh? Sila tinggalkan komen dan kami akan kemaskini artikel ini dari masa ke masa dengan mengikut perkembangan permintaan terkini daripada pelancong dari dalam dan luar negara untuk negeri Perak yang tercinta.

- Advertisement -
Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindarhttps://fred.my
Pengasas orangperak.com dan Pencinta Sejarah Tempatan Negeri Perak.
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here