Pusat Rekreasi Lubuk Timah Di Perak

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Pusat Rekreasi Lubuk Timah sememangnya punyai keunikan yang tersendiri kerana disana terdapat air terjun yang sejuk dan ada juga kolam air panas. Kolam air panas ini telah dibina semula dan diletakkan di pinggiran sungai yang mana air terjun asal mengalir disisinya.

    Di pusat Rekreasi Lubuk Timah juga terdapat sebuah kolam utama yang dibina dan dialirkan ke kolam kedua dan seterus ke dalam sungai. Air terjun pula turun dari tembok binaan seperti empangan dari kiri dan kanan tembok.

    Ianya berikutan dengan apabila tiba musim tengkujuh yang mana apabila air banyak, air kolam akan mengalir turun melalui tembok ini bagaikan Niagara Fall.

    Mengikut cerita tempatan, empangan ini telah dibina di sungai Anak Ayer Cina pada awal abad ke 20 yang mana pembinaannya amat berkait rapat dengan kerja-kerja perlombongan bijih timah pada waktu tersebut. Empangan tersebut dianggar setinggi 30 meter dan kini ia dipenuhi dengan pasir dan terdapat anak sungai yang mengalir.

    Untuk mereka yang tidak tahu, pusat Rekreasi Lubuk Timah ini sering menjadi lokasi tumpuan percutian penduduk tempatan dan pelancong sewaktu musim cuti persekolahan dan perayaan. Tidak lupa juga, disana terdapat kemudahan asas yang telah disediakan seperti tandas, surau, gazebo dan pondok rehat.

    Pusat Rekreasi Lubuk Timah Di Perak

    Lokasi pusat Rekreasi Lubuk Timah terletak 8 kilometer dari tol Simpang Pulai (Exit 137). Jika anda merancang untuk ke sana, anda harus melalui jalan ke Cameron Highland melalui Simpang Pulai sehingga terjumpa papan tanda kecil menunjuk arah simpang masuk ke pusat Rekreasi Lubuk Timah dan perlu melalui jalan sejauh 1 kilometer sebelum sampai ke lokasi air panas.

    Masa lawatan:

    • 8.00 pagi – 6.30 petang

    Pusat Rekreasi Lubuk Timah Di Perak

    Harga tiket masuk:

    • RM5.00 (Dewasa berusia 12 tahun ke atas)
    • RM3.00 (Kanak-kanak berusia 3 tahun hingga 11 tahun)
    • RM3.00 (Warga emas berusia 60 tahun ke atas)

    Pusat Rekreasi Lubuk Timah Di Perak

    Sewa:

    • RM70.00 (Gazebo Eksklusif)
    • RM50.00 (Gazebo)
    • RM10.00 (Pondok)

    Pusat Rekreasi Lubuk Timah Di Perak

    Untuk maklumat lanjut sila hubungi 013-590 1690, 013-433 5361 atau email ke pusatrekriasilubuktimah[at]yahoo.com

    Nurul Syahida Aziz
    Nurul Syahida Aziz
    Penjawat Awam di Majlis Daerah Batu Gajah