23.9 C
Ipoh
Tuesday, 18 February 2025

Bekas Tentera Dari Slim River Adalah Model Tugu Negara

- Advertisement -
- Advertisement -

Tugu Peringatan Negara atau lebih senang dikenali dengan nama Tugu Negara siap dibina pada 8 Februari 1966 sempena tanda peringatan dan penghormatan kepada lebih 11,000 perajuit tanah air yang gugur mempertahankan negara dalam perang dunia pertama pada tahun 1914 hingga 1918, perang dunia kedua dalam tahun 1935 hingga 1942 dan sewaktu darurat pada tahun 1948 hingga 1960.

Mungkin ramai yang tidak tahu akan fakta sebenar dan menarik untuk diketahui berkenaan dengan Tugu Peringatan Negara ini. Dalam artikel orangperak.com kali ini ingin menceritakan siapakah disebalik tugu yang diukir pada wajah tugu yang memegang bendera Malaysia.

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, tugu setinggi 15 meter yang diperbuat daripada gangsa ini direka oleh seorang pengukir Austria bernama Felix de Weldon.

Bekas Tentera Dari Slim River Adalah Model Tugu Negara

Beliau jugalah individu yang membina Tugu Peringatan Perang USMC (USMC War Memorial) di Virginia, Amerika Syarikat dan ia merupakan arca berkumpulan yang paling tinggi di dunia lebih kurang 23 meter.

Tugu Peringatan Perang USMC (USMC War Memorial)

Tugu Peringatan Perang USMC (USMC War Memorial)

Sebenarnya, idea untuk membangunkan sebuah tugu pada asalnya telah muncul sewaktu ada usaha untuk membuat lakaran sebuah tugu pahlawan sebelum Tunku Abdul Rahman lakukan lawatan rasmi ke Washington di Amerika Syarikat sekitar tahun 1961.

Bekas Tentera Dari Slim River Adalah Model Tugu Negara

Lakaran pertama untuk membuat Tugu Negara dibuat pada tahun 1958 di Kem Gunung Bongsu, Pulau Pinang yang membabitkan beberapa anggota tentera dari Rejimen Askar Melayu Diraja Ke Lima (5 RAMD). Pemilihan anggota tentera untuk menjadi model lakaran tersebut dilakukan secara rawak oleh sarjan yang sedang bertugas.

Pada masa itulah beberapa anggota tentera yang berpakaian seragam lengkap dipilih oleh sarjan tersebut untuk dijadikan model lakaran. Salah seorang individu yang dipilih itu adalah insan bernama Zainal Buyung, seorang tentera anak kelahiran Slim River, Perak.

Bekas Tentera Dari Slim River Adalah Model Tugu Negara

Apa yang menariknya, Zainal Buyung adalah model awal untuk lakaran patung di bahagian tengah yang memegang bendera Malaysia untuk Tugu Peringatan Negara. Mereka yang terpilih terpaksa berdiri, baring dan bergaya berjam-jam lamanya sementara menunggu pengukir siap melukis bentuk awal tugu tersebut.

Zainal Buyung sertai Rejimen Askar Melayu Diraja Ke Lima (5 RAMD) pada waktu usianya 20 tahun dan ketika umur semuda itu, beliau pernah terbabit dalam beberapa pertempuran dengan pengganas komunis seperti di Gunung Bongsu dan Sungai Bakap, Pulau Pinang.

Bekas Tentera Dari Slim River Adalah Model Tugu Negara

Menunjukkan aksi beliaulah model yang memegang bendera

Anak kelahiran Slim Riger, Perak ini punyai banyak jasa, pengorbanan dan sumbangannya kepada negara dan mengharapkan lebih ramai generasi muda kita pada hari ini untuk menilai kembali perjuangan mereka yang telah gugur di medan perang dahulu menghalang musuh negara untuk kesenangan dan keselesaan kita semua hari ini.

Ayuh anak muda, janganlah kita sesekali mengecewakan mereka yang telah berjuang mempertahankan negara dengan tidak menghargai perjuangan mereka dengan bersusah payah serta pahit getir sehingga ramai tentera negara dibunuh dengan begitu kejam.

Bekas Tentera Dari Slim River Adalah Model Tugu Negara

Mungkin ramai yang tidak kenal dengan Zainal Buyung, tetapi memori seorang bapa kepada tujuh anak merangkap hero negara yang mempertahankan negara tidak pernah pudar apabila ingat kembali pernah melalui saat getir berdepan komunis termasuk beberapa kali ditembak.

- Advertisement -
Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindarhttps://fred.my
Pengasas orangperak.com dan Pencinta Sejarah Tempatan Negeri Perak.
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here