Home Blog Page 31

Asal Usul Dan Sejarah Nama Tanjung Rambutan

Tanjung Rambutan cukup sinonim dengan Hospital Bahagia Tanjung Rambutan yang mana ia adalah salah satu hospital kesihatan mental yang cukup terkenal di Malaysia.

Pernahkah anda tertanya-tanya tentang bagaimana dan dari mana datangnya nama Tanjung Rambutan? Artikel kali ini, kita akan cuba merungkaikan serba sedikit berdasarkan maklumat penceritaan lisan turun temurun.

Terdapat dua versi penceritaan tentang sejarah asal Tanjung Rambutan di negeri Perak. Ada yang menyatakan bahawa Tanjung Rambutan mula wujud dalam sekitar tahun 1800.

Dipercayai bahawa kawasan perumahan taman Ulu Kinta Raya yang ada sekarang di Tanjung Rambutan adalah merupakan kawasan penempatan awal yang dibuka oleh mereka yang berhijrah dari Sumatera dari keturunan Rawa.

Asal Usul Dan Sejarah Nama Tanjung Rambutan

Ada versi penceritaan lain pula menceritakan tentang sekumpulan keturunan dari Mandailing yang datang dari Sumatera dan membuka kawasan penempatan di Hulu Sungai Kinta.

Berbalik kepada penceritaan tentang bagaimana nama Tanjung Rambutan diberi. Kisahnya terdapat satu tanjung yang ada di Sungai Kinta dan terdapat sebatang pokok rambutan yang sebesar pemeluk orang dewasa di tanjung itu.

Oleh yang demikian, kawasan tersebut diberi nama sebagai Tanjung Rambutan. Difahamkan bahawa lokasi asal pokok rambutan itu dahulu terletak berhampiran dengan Stesyen Keretapi Tanjung Rambutan.

Asal Usul Dan Sejarah Nama Tanjung Rambutan

Sewaktu negeri Perak berada dibawah pentadbiran penjajahan British, Tanjung Rambutan mula berkembang pesat. Dalam tahun 1911, sebuah hospital sakit jiwa telah dibina berhampiran landasan keretapi.

Sekadar maklumat tambahan, nama asal kepada hospital sakit jiwa yang begitu sinonim dengan Tanjung Rambutan ini adalah Federal Lunatic Asylum dan Dr. W.F. Samuel telah dilantik menjadi Penguasa Perubatan yang pertama.

Asal Usul Sejarah Lagenda Nama Kinta

Pada satu ketika dahulu, terdapat satu kisah lagenda menarik yang menceritakan tentang seorang nakhoda bersama-sama dengan anak buahnya dari Sumatera yang telah datang belayar sehingga ke Perak melalui Sungai Kinta.

Hendak dijadikan cerita, kapal yang dinaiki mereka ini tidak dapat meneruskan pelayaran apabila mereka sampai di kaki gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

Pada satu malam, nakhoda yang memimpin pelayaran itu bermimpi didatangi jin yang bernama Kulub Kinta. Dalam mimpi itu, jin tersebut memberitahu beliau bahawa dia dan anak cucunya nanti akan menjadi Orang Besar Kinta.

Asal Usul Sejarah Lagenda Nama Kinta

Susulan daripada mimpi tersebut, akhirnya si nakhoda memilih nama Kulub Kinta sebagai nama gelaran untuk dirinya dan terus mengambil keputusan untuk untuk menetap di sana bersama-sama dengan anak buahnya.

Asal Usul Sejarah Lagenda Nama Kinta

Dikatakan bahawa keturunan daripada nakhoda inilah yang memegang gelaran sebagai Dato Panglima Kinta yang mana ia menjadi salah seorang daripada Orang Besar Lapan di zaman Kesultanan Perak.

Lagenda kisah jin dan nakhoda dari Tanah Sumatera ini hanyalah kisah penceritaan turun temurun yang tidak ada kesahihan ceritanya. Ianya mungkin adalah mitos dan hanya sekadar cerita rakyat kerana tiada rekod rasmi untuk membuktikannya.

Asal Usul Sejarah Lagenda Nama Kinta

Dipercayai bahawa keluarga Dato Panglima Kinta yang mula-mula mendiami dan berkampung serta membangunkan bandar Ipoh dan kawasan Kinta bermula sejak abad ke 16 lagi.

Menurut laman Jabatan Perancangan Bandar Ipoh, Tun Tambak bin Maharaja Nara Wangsa Nyior Manis adalah Panglima Kinta yang pertama. Dikatakan mereka ini adalah pemilih buat seluruh kawasan Ipoh dan kawasan Kampung Paloh. Keluaga ini juga telah menjalankan urusan pentadbiran di semua kawasan dalam Kinta.

Rujukan:

Sultan Abdul Jalil (Sultan Perak ke 29) Mangkat Akibat Spanish Flu

Pandemik selesema 1918 yang kebiasaannya disebut sebagai Selesema Sepanyol (Spanish Flu) adalah merupakan pandemik influenza kategori 5 yang bermula di Amerika Syarikat, Afrika Barat dan Perancis lalu tersebar hampir ke seluruh dunia.

Pandemik ini difahamkan yang pertama disebabkan oleh virus influenza A subjenis H1N1 dan kebanyakan yang terkorban akibat selsema ini adalah golongan belia.

Selsema Sepanyol melanda seluruh dunia sejak dari Mac 1918 sehingga Jun 1920. Kira-kira seramai 50 juta hingga 100 juta orang di seluruh dunia terkorban dan secara tidak langsung telah menjadikannya antara bencana alam paling membawa maut di dunia.

Di negara kita juga tidak terkecuali untuk terpalit dengan wabak ini. Salah seorang mangsa yang dipercayai berjangkit dengan wabak Selesema Sepanyol ini adalah Sultan Abdul Jalil (Sultan Perak ke 29).

Pukul tarikh 26 Oktober 1918 lebih kurang jam 3.15 pagi, Sultan Abdul Jalil (Sultan Perak ke 29) telah mangkat di Istana Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Sultan Abdul Jalil (Sultan Perak ke 29) Mangkat Akibat Spanish Flu

Kurang seminggu sebelum mangkat iaitu 22 Oktober 1918, Sultan Abdul Jalil dilaporkan mula demam, batuk serta punyai gejala wabak Selesema Sepanyol (Spanish Flu). Kemudian baginda gering dan mangkat pada 26 Oktober 1918.

Kemangkatan Sultan Abdul Jalil (Sultan Perak ke 29) sangat mengejutkan rakyat negeri Perak yang turut terpalit derita dengan penyakit aneh yang melanda negara pada waktu itu.

Tidak ramai yang maklum tentang penyakit yang sedang melanda negara pada ketika itu. Cuma yang diketahui, ramai orang di Pulau Pinang telah meninggal dunia kerana selsema, sesak nafas dan demam yang teruk. Penyakit itu kemudian telah mula merebak ke negeri Perak dan seluruh Tanah Melayu.

Sultan Abdul Jalil (Sultan Perak ke 29) Mangkat Akibat Spanish Flu

Sebulan selepas kemangkatan Sultan Abdul Jalil, pada tarikh 25 Nov 1918 lebih kurang jam 2.15 pagi, Sultan Zainal Abidin III (Sultan Terengganu ke 12) pula telah mangkat di Istana Kecil, Dalam Kota Istana Maziah, Kuala Terengganu.

Dalam tempoh lebih kurang sebulan, dua Raja Melayu telah mangkat kerana dipercayai telah dijangkiti dengan wabak Selesema Sepanyol (Spanish Flu). Ianya adalah berdasarkan berita kemangkatan serta petanda awal yang menunjukan tanda-tanda wabak wabak tersebut.

Jenazah baginda Almarhum Sultan Abdul Jalil selamat dimakamkan di Pemakaman di-Raja Bukit Chandan, Kuala Kangsar dan kemudian Sultan Iskandar Shah telah diangkat menjadi Sultan Perak ke 30.

Sumber diolah dari:

Cecemek, Kuih Tradisi Perak Dari Kampung Gajah

Cecemek, kuih pemanis mulut yang begitu unik namanya dan menggambarkan lembutnya kenikmatan sedap memakan kuih tersebut apabila berada di dalam mulut si pemakan.

Siapa Pawang Ana Dalam Sejarah Perak?

Sama seperti negeri Melayu lain di Malaysia, negeri Perak juga cukup kaya dengan pelbagai cerita rakyat serta sejarah yang perlu diperturunkan kepada generasi baru untuk dikenang dan dijadikan tauladan.

Mengapa Kebanyakan Makam Sultan Terletak Sebelah Kanan Tebing Sungai Perak?

Lokasi makam Sultan Perak yang terdapat di sepanjang sungai dan terletak di sebelah kanan tebing sungai Perak telah menimbulkan persoalan tentang apakah sebenarnya alasan kenapa ia diletakkan di sebelah kanan tebing sungai Perak?

Sejarah Dan Asal Usul Nama Rungkup, Perak

Uniknya daerah baru negeri Perak iaitu Bagan Datuk yang kebanyakan nama-nama kampung di sana bermula dengan perkataan Sungai, Parit dan Tebuk sebagai contoh seperti Sungai Lanchang, Sungai Nipah, Parit 8 Timur, Parit Haji Ali, Tebuk Che Maja, Tebuk Che Agus. Semua ni adalah antara nama-nama yang terdapat di dalam kawasan Dun Rungkup.

Kemasyhuran Hulubalang di Perak

0

Sejarah Kegemilangan Kesultanan Melaka sememangnya tiada bandingan. Kemasyhuran Melaka dek adanya Bendahara Tun Perak, kegagahan Melaka disanding bersama Laksamana Hang Tuah.

Sultan Mahmud Iskandar Shah (Sultan Perak ke 11)

Setelah mangkatnya Sultan Muzaffar Shah II dalam tahun 1653, putera baginda yang bernama Raja Mahmud telah diangkat menjadi Sultan Perak yang ke 11 dengan gelaran Sultan Mahmud Iskandar Shah yang bersemayam di Geronggong.

Sultan Muzaffar Shah II (Sultan Perak ke 10)

Dalam tahun 1636, Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam iaitu Sultan Acheh yang masyhur telah mangkat di Acheh dan menantu almarhum yang bernama Raja Mughal telah diangkat menjadi Sultan Acheh dengan gelaran Sultan Iskandar Thani.