29.7 C
Ipoh
Saturday, 7 December 2024

Asal Usul Sejarah Lagenda Nama Kinta

- Advertisement -
- Advertisement -

Pada satu ketika dahulu, terdapat satu kisah lagenda menarik yang menceritakan tentang seorang nakhoda bersama-sama dengan anak buahnya dari Sumatera yang telah datang belayar sehingga ke Perak melalui Sungai Kinta.

Hendak dijadikan cerita, kapal yang dinaiki mereka ini tidak dapat meneruskan pelayaran apabila mereka sampai di kaki gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

Pada satu malam, nakhoda yang memimpin pelayaran itu bermimpi didatangi jin yang bernama Kulub Kinta. Dalam mimpi itu, jin tersebut memberitahu beliau bahawa dia dan anak cucunya nanti akan menjadi Orang Besar Kinta.

Asal Usul Sejarah Lagenda Nama Kinta

Susulan daripada mimpi tersebut, akhirnya si nakhoda memilih nama Kulub Kinta sebagai nama gelaran untuk dirinya dan terus mengambil keputusan untuk untuk menetap di sana bersama-sama dengan anak buahnya.

Asal Usul Sejarah Lagenda Nama Kinta

Dikatakan bahawa keturunan daripada nakhoda inilah yang memegang gelaran sebagai Dato Panglima Kinta yang mana ia menjadi salah seorang daripada Orang Besar Lapan di zaman Kesultanan Perak.

Lagenda kisah jin dan nakhoda dari Tanah Sumatera ini hanyalah kisah penceritaan turun temurun yang tidak ada kesahihan ceritanya. Ianya mungkin adalah mitos dan hanya sekadar cerita rakyat kerana tiada rekod rasmi untuk membuktikannya.

Asal Usul Sejarah Lagenda Nama Kinta

Dipercayai bahawa keluarga Dato Panglima Kinta yang mula-mula mendiami dan berkampung serta membangunkan bandar Ipoh dan kawasan Kinta bermula sejak abad ke 16 lagi.

Menurut laman Jabatan Perancangan Bandar Ipoh, Tun Tambak bin Maharaja Nara Wangsa Nyior Manis adalah Panglima Kinta yang pertama. Dikatakan mereka ini adalah pemilih buat seluruh kawasan Ipoh dan kawasan Kampung Paloh. Keluaga ini juga telah menjalankan urusan pentadbiran di semua kawasan dalam Kinta.

Rujukan:

- Advertisement -
Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindarhttps://fred.my
Pengasas orangperak.com dan Pencinta Sejarah Tempatan Negeri Perak.
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here