Cecemek, Kuih Tradisi Perak Dari Kampung Gajah

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Cecemek, kuih pemanis mulut yang begitu unik namanya dan menggambarkan lembutnya kenikmatan sedap memakan kuih tersebut apabila berada di dalam mulut si pemakan.

    Kuih Cecemek adalah salah satu daripada makanan warisan negeri Perak dan ia semakin kurang dikenali oleh generasi muda pada hari ini kerana resepinya kurang diwarisi dan tidak diperturunkan.

    Ada sedikit kekeliruan yang menyamakan kuih Cecemek ini dengan kuih Sampan atau kuih Limas. Hal ini kerana ia mempunyai bentuk yang lebih kurang sama dengan kuih Cecemek.

    Cecemek, Kuih Tradisi Perak Dari Kampung Gajah

    Perbezaan antara kuih Cecemek dengan kuih Sampan adalah penggunaan tepung dalam adunan dan cara penyediaannya yang tidak sama dan berbeza. Kuih Cecemek menggunakan tepung pulut dan sedikit tepung gandum yang dibulatkan kecil dengan membuat lubang di tengah.

    Doh kecil diletakkan dalam bekas yang dibuat daripada daun pisang yang mana kebiasaannya berbentuk segi empat. Kemudian, ia diletakkan gula serta bancuhan santan yang kemudian akan dikukus.

    Cecemek, Kuih Tradisi Perak Dari Kampung Gajah

    Rupa dan bentuknya lebih kurang seperti kuih Sampan namun ia mempunyai kelainan yang tersendiri dan boleh dianggap kuih warisan negeri Perak terutamanya Kampung Gajah yang mana dipercayai di situlah asal usul kuih Cecemek.

    Istimewanya kuih Cecemek ini ia adalah kuih yang sentiasa dirindui dan akan ditunggu-tunggu oleh peminatnya kerana kebiasaannya kuih Cecemek hanya akan dibuat dan dijual sewaktu Ramadan tiba.

    Cecemek, Kuih Tradisi Perak Dari Kampung Gajah

    Sudah menjadi lumrah dan kebiasaan, boleh dikatakan hampir setiap rumah di Kampung Gajah akan ada kuih Cecemek sebagai juadah berbuka puasa. Apakah anda pernah rasa kuih Cecemek ini?

    Jika ada pembaca yang tahu membuat kuih tradisi ini, jangan lupa untuk turunkan ilmu kepada keluarga dan kenalan agar nostalgia lama dapat dirasa kembali dan supaya generasi baru dapat mengenalinya lantas tidak ditelan zaman.

    Freddie Aziz Jasbindar
    Freddie Aziz Jasbindar
    Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak.