● OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang — --:--:--
Subuh
05:52
Syuruk
06:59
Zohor
13:03
Asar
16:21
Maghrib
19:02
Isyak
20:12
Fakta

Senarai Pulau Di Perak Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

10 Mar 2019 · 2 min baca · 395 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar

Rata-rata apa yang diketahui oleh orang ramai tentang apakah pulau yang wujud di negeri Perak? Jawapannya sudah tentu tidak lain tidak bukan, pulau Pangkor. Tahukah anda sebenarnya negeri Perak punyai lebih dari 10 buah pulau atau gugusan dari pulau besar dan punyai namanya yang tersendiri.

Dalam artikel orangperak.com kali ini kami ada senaraikan beberapa pulau dan gugusan yang ada di lautan dalam jajahan negeri Perak yang mungkin tidak ramai tahu. Jika ada sebarang penambahan, anda boleh komen di ruangan komen untuk pihak editor kami buat kemaskini dengan segera. Teruskan membaca untuk ketahui maklumat yang ingin disampaikan.

1. Gugusan Pulau-Pulau Sembilan

1. Gugusan Pulau-Pulau Sembilan

Ramai yang tidak tahu akan kewujudan gugusan

Pulau-Pulau Sembilan

. Lokasinya terletak di dalam jajahan negeri Perak Darul Ridzuan di tengah lautan selat Melaka. Pulau ini terletak sejauh 10 batu nautika dari Pulau Pangkor dan di sekitar

Pulau Sembilan

terdiri daripada 9 gugusan pulau-pulau kecil.

Salah satu gugusan Pulau Sembilan

Salah satu gugusan Pulau Sembilan

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, dari sembilan gugusan pulau-pulau kecil itulah nama

Pulau Sembilan

dikenali dan dikekalkan namanya. Dibawah ada kami senaraikan nama-nama sembilan gugusan pulau-pulau kecil yang ada di dalam negeri Perak.

  • Pulau Agas
  • Pulau Nipis
  • Batu Timbul
  • Batu Timbul Rosa
  • Pulau Payong
  • Pulau Rumbia
  • Pulau Saga
  • Pulau Lalang
  • Pulau Buluh

2. Marina Island

2. Marina Island

Seperti semua sedia maklum dengan terbitnya arrtikel tentang

Marina Island

tempoh hari di orangperak.com,

Marina Island

adalah pulau buatan manusia dan apa yang menariknya adalah ianya juga adalah yang pertama di Malaysia seumpama dengannya. Lokasinya yang strategik dibina bertentangan dengan Pulau Pangkor dan Pangkor Laut Resort.

3. Pulau Pangkor dan gugusan pulau kecilnya

3. Pulau Pangkor dan gugusan pulau kecilnya

  • Pulau Pangkor
  • Pulau Pangkor Laut
  • Pulau Mentagor
  • Pulau Giam
  • Pulau Tukun Terindak

4. Pulau Talang

Pulau yang terletak di persisiran Pantai Remis dan Pulau ini seringkali menjadi persinggahan mereka yang minat memancing di lautan dan ada juga yang berkhemah disana. Setakat ini sahaja senarai yang dapat dikumpulkan buat masa ini. Jika anda ada sebarang penambahan, pembetulan dan sebagainya berkenaan dengan artikel ini, anda boleh komen di ruangan komen untuk pihak editor kami buat kemaskini dengan segera.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.