Home Tags Pertama

Tag: pertama

Trek Lumba Kuda Pertama Di Perak

Kinta Gymkhana Club adalah kelab buat peminat pertandingan lumba kuda dan meraka amat aktif bergerak pada zaman itu di Batu Gajah.

Penasihat Agama Islam Sultan Perak Pertama

Seorang individu yang warak dalam agama dan telah diangkat sebagai penasihat agama buat Sultan Perak yang pertama iaitu Sultan Muzzafar Shah I.

Professor Wanita Melayu Pertama Malaysia Dari Batu Gajah

Puan Sri Datuk Professor Dr. Fatimah Hamidon adalah wanita Melayu pertama yang mendapat Ijazah Doktor Falsafah.

Kapten William Innes, Tentera Inggeris Pertama Yang Gugur Dalam Perang Perak

Kisah hidup Kapten Innes dari pegawai tentera British dari Royal Engineers yang merupakan tentera Inggeris pertama yang terkorban dalam peristiwa Perang Perak.

Restoran McDonald’s Pertama Di Negeri Perak

Apa yang uniknya tentang restoran makanan segera McDonald's cawangan Pekan Baru Ipoh yang terletak di Jalan Mustapha Al-Bakry ini adalah ia merupakan cawangan restoran makanan segera McDonald's yang pertama dibuka di negeri Perak secara tidak langsung menjadikannya restoran makanan segera McDonald's yang paling tua di negeri Perak.

Mitos Huruf A Untuk Pendaftaran Kenderaan Perak

Nombor pendaftaran kenderaan di negeri Perak pada asalnya bukanlah huruf A di pangkal depannya, tetapi huruf PK.

Perak Juara Pertama Piala Malaysia 1967

Pada tahun 1967 Piala HMS Malaya telah digantikan dengan piala yang baru iaitu Piala Malaysia dan pasukan Perak menjuarainya dan secara tidak lansung telah melakar sejarah dalam menjadi pasukan pertama yang menjuarai piala baru, Piala Malaysia.

Penjara Taiping, Kompleks Penjara Pertama Di Malaysia

Penjara Taiping telah dibina pada tahun 1879 semasa zaman pentadbiran Sir Hugh Low yang merupakan residen British ketiga di Negeri Perak. Pada tahun 1879 hinga ke tahun 1960, pentadbiran Penjara Taiping berada di bawah pengurusan pegawai Inggeris. Kompleks Penjara Taiping yang ditubuhkan pada tahun 1879 ini adalah merupakan kompleks penjara yang pertama dan kompleks penjara moden yang paling tua di Malaysia.

Sultan Perak Ke 30, Melayu Pertama Dilantik Penolong Pesuruhjaya Polis

Kapten A. McD Graham adalah individu yang menyuarakan pandangan serta cadangan tentang perlu ada penglibatan seorang ahli keluarga dari kerabat diraja Melayu dalam pasukan polis. Kisahnya bermula disini.

Fakta Tasik Bukit Merah, Tasik Buatan Pertama Malaysia

Tasik Bukit Merah adalah merupakan tasik buatan manusia yang pertama di Malaysia. Ia telah dibina pada tahun 1906 dan ada lagi 2 fakta menarik untuk diketahui tentang Tasik Bukit Merah ini.

Masjid Terapung Pertama Di Perak, Masjid Seribu Selawat Di Pulau Pangkor

Pembinaan Masjid Al-Badr Seribu Selawat di Pulau Pangkor bukan sahaja sebagai tempat ibadat tetapi ia adalah satu monumen baru yang ditekankan dalam seni bina pembinaan masjid dan secara tidak langsung menyumbang kepada produk pelancongan di Pulau Pangkor.

Kisah Sewaktu Lagu Negeri Perak Pertama Kali Didendangkan

Kisahnya bermula semasa baginda Almarhum Sultan Idris I (Sultan Perak ke 28) berangkat ke London untuk menghadiri kemahkotaan permaisuri Victoria pada tahun 1888. Maka apabila rombongan diraja negeri Perak selamat sampai di London, wakil permaisuri Victoria pun bertemu dengan pengiring baginda Almarhum Sultan Idris I untuk taklimat persediaan.

Anak Kelahiran Sungai Siput Jadi Gabenor Melaka Pertama

Tun Leong Yew Koh yang merupakan anak kelahiran Sungai Siput, Perak telah dilantik menjadi sebagai seorang Gabenor Melaka yang pertama sejak Malaysia ditubuhkan.

Kubu Bawah Tanah Pertama Negara Ditemui Di Perak

Kubu perlindungan bawah tanah yang ditemui oleh Malaya Historical Group ini dijangka yang ianya dibina sekitar tahun 1940 dan 1941 oleh kontraktor dari negara China. Pembinaan kubu perlindungan bawah tanah ini dibina untuk membolehkan tentera British berlindung daripada serangan udara sewaktu pendudukan tentera Jepun.

Taman Durian Pertama Malaysia Di Kuala Kangsar

Taman Durian ini adalah yang pertama seumpamanya wujud di negara kita, Malaysia dan telah dibuka di Kuala Kangsar, Perak oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

Perak Lancarkan Modul Kelas Pengajian Di Surau Dan Masjid Pertama Di...

Sultan Perak yang ke 35 iaitu Sultan Nazrin telah melancarkan modul kurikulum kelas pengajian takmir masjid dan surau serta kod etika guru takmir negeri Perak yang julung pertama kalinya diperkenalkan di Malaysia pada 17 November 2017 di Dewan Saidina Abu Bakar, Institut Tadbiran Islam Perak (Intim).

Stay connected

105,609FansLike
29,464FollowersFollow
103FollowersFollow
762SubscribersSubscribe

Menarik

Artikel Terkini

Dato Maharaja Lela Dalam Sejarah Perak

Dato Maharaja Lela adalah satu gelaran yang cukup tidak asing dalam lembaran sejarah negeri Perak yang mana ia bukanlah nama kepada individu tetapi ianya adalah satu gelaran yang menunjukkan kuasanya.

Perlombongan Bijih Timah di Perak

Perlombongan bijih timah di Perak bukanlah satu perkara yang baru. Sebenarnya ia mungkin telah berjalan sejak sebelum pemerintahan Sultan Perak ke 11 lagi iaitu dalam awal abad ke 16.

Kampar River Festival 2019 Pertama Terbesar di Malaysia

Kampar River Festival ini dikatakan adalah festival pelancongan yang paling besar dan pertama di Malaysia yang mana ia akan di adakan di Sungai Kampar.