Home Tags Pertama

Tag: pertama

Orang Cina Pertama Dapat Gelaran Dato Seri Di Perak

Beliau adalah seorang berbangsa cina dapat gelaran Dato pada tahun 1963 dan Dato Seri pada tahun 1966 oleh Sultan Idris II (Sultan Perak ke 33). Hal ini telah menjadikan Lau Pak Kuan adalah orang cina pertama yang dapat gelaran Dato Seri oleh Sultan Perak.

Orang Pertama Temui Bijih Timah Di Larut

Nama Long Jaafar, tidak asing lagi bagi para pengkaji sejarah negara dan sejarah Negeri Perak khususnya. Beliaulah yang mula-mula menemui bijih timah di negeri Perak dan mengusahakannya pada tahun 1848 dan memajukannya dengan usaha-usaha perlombongan bijih timah. Di atas usahanya itu, Negeri Perak khususnya daerah Larut semakin terkenal dengan perlombongan bijih timah. Untuk menguatkan kedudukannya, Long Jaafar telah membina sebuah kota di Bukit Gantang dan di dalam kota ini didirikan rumahnya.

Tokong Pertama Sebelum Lahirnya Bandar Ipoh

Kisah tokong pertama yang telah wujud sebelum lahirnya nama Ipoh di Perak. Inilah tokong yang paling lama dan paling tua di negeri Perak.

Kolam Renang Pertama Malaysia Ada Di Taiping, Perak

Kolam renang pertama buatan manusia di Malaysia ada di Taiping dan ianya dibina pada tahun 1870. Apa yang menariknya, punca air untuk kolam renang ini adalah dari Bukit Larut yang membekalkan air bersih tanpa klorin.

Bapa Pendidikan Pertama Malaysia Dari Chemor

Amat membanggakan dalam bidang pendidikan apabila anak negeri Perak telah menjadi individu pertama di dalam negera kita, negara Malaysia yang telah dianugerahkan sebagai gelaran Bapa Pendidikan kerana jasa dan kecemerlangannya dalam usaha mempertingkatkan mutu pelajaran di negara kita ini. Untuk makluman anda, beliau adalah individu yang bernama Dato' Seri Aminuddin Bin Baki yang dilahirkan di Chemor, Perak pada 6 Januari 1926.

Sekolah Menengah Agama Lelaki Pertama Malaysia Di Ipoh

Sekolah ini adalah sekolah menengah agama yang pertama di Malaysia yang menggabungkan pelajaran agama dan akademik di peringkat Sijil Rendah Pelajaran dan Sijil Pelajaran Malaysia. Dalam tahun 1960, sekolah ini dinamakan, Sekolah Izzudin Shah mengambil sempena nama Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah.

Raja Chulan Orang Melayu Pertama Dilantik Dalam Pentadbiran British

Raja Chulan yang akan disentuh dalam artikel kali ini merupakan orang Melayu pertama yang dilantik menjadi sebagai pegawai tinggi dalam pentadbiran British iaitu Malayan Civil Service (MCS) dan antara individu penting yang mencorakkan Malaysia sekarang ini serta seorang yang sangat menitikberatkan hal ehwal rakyat terutama hal-hal orang Melayu.

KD Maharaja Lela, Kapal Perang Halimunan Pertama Malaysia

Kapal tersebut mengikut mengikut reka bentuk kapal Gowind milikt Perancis dan telah dipertingkatkan dengan sistem pengesan infra merah, mengurangkan kadar pengesanan radar dari musuh dan bersifat halimunan.

Penemuan Rangka Manusia Pertama Yang Tinggal Di Paya Bakau, Pulau Kalumpang

Sebuah tapak arkeologi yang penting dalam kajian sejarah didunia jumpaan rangka manusia terawal yang menetap dikawasan paya bakau iaitu di Pulau Kalumpang.

Talian Telefon Pertama Malaysia Dipasang Di Taiping Ke Kuala Kangsar

Pada ketika itu, keadaan muka bumi negeri-negeri Melayu dipenuhi dengan berhutan tebal serta disulami dengan paya yang luas secara tidak lansung menjadi penghalang utama bagi mengujudkan sistem perhubungan yang baik.

Presiden Pertama Singapura Anak Kelahiran Negeri Perak

Encik Yusof bin Ishak lahir pada 12 Ogos 1910 di Padang Gajah, Trong, Perak yang terletak hampir 18 batu daripada Taiping, Perak.

Anak Perak Merupakan Pelakon Melayu Yang Pertama Di Hollywood

Sewaktu berlakon dalam filem Ali Baba Bujang Lapok, pihak Universal International, Hollywood telah datang mengadakan lawatan ke Studio Jalan Ampas dan amat tertarik dengan lakonan Ibrahim Pendek dalam filem Ali Baba Bujang Lapok.

Trek Lumba Kuda Pertama Di Perak

Kinta Gymkhana Club adalah kelab buat peminat pertandingan lumba kuda dan meraka amat aktif bergerak pada zaman itu di Batu Gajah.

Penasihat Agama Islam Sultan Perak Pertama

Seorang individu yang warak dalam agama dan telah diangkat sebagai penasihat agama buat Sultan Perak yang pertama iaitu Sultan Muzzafar Shah I.

Professor Wanita Melayu Pertama Malaysia Dari Batu Gajah

Puan Sri Datuk Professor Dr. Fatimah Hamidon adalah wanita Melayu pertama yang mendapat Ijazah Doktor Falsafah.

Kapten William Innes, Tentera Inggeris Pertama Yang Gugur Dalam Perang Perak

Kisah hidup Kapten Innes dari pegawai tentera British dari Royal Engineers yang merupakan tentera Inggeris pertama yang terkorban dalam peristiwa Perang Perak.
102,759FansLike
29,661FollowersFollow
101FollowersFollow
405SubscribersSubscribe

Menarik