29.7 C
Ipoh
Saturday, 7 December 2024

Fakta Tentang Tugu Pahlawan Perak Di Pasir Salak

- Advertisement -
- Advertisement -

Perjuangan orang-orang melayu sejak pada tahun 1875 menentang pihak British telah diabadikan pada sebuah monumen yang merupakan tugu berbentuk parang panjang. Monumen tersebut dikenali sebagai nama Tugu Pahlawan Perak dan ianya terletak di Kompleks Sejarah Pasir Salak di daerah Perak Tengah.

Untuk pengetahuan anda, Tugu Pahlawan Perak yang menjadi mercu tanda di Kompleks Sejarah Pasir Salak itu sebenarnya dibina pada tahun 1990. Ianya dibina dalam pembinaan fasa pertama buat Kompleks Sejarah Pasir Salak.

Raja Muda yang pada ketika itu Raja Nazrin (kini sultan Perak yang ke 35) telah merasmikan monumen tersebut pada 26 Mei 1990.

tugu pahlawan perak di pasir salak

Monumen ini dibina dengan betuk sebagai replika sebilah sundang yang berlatar belakangkan bunga kelompang. Bunga Kelompang adalah bungan rasmi negeri Perak pada satu ketika dahulu.

Tugu Pahlawan Perak ini adalah melambangkan kepahlawanan pejuang Melayu pada satu ketika dahulu iaitu Dato’ Maharajalela, Dato’s Sagor, Pandak Indut dan ramai lagi yang terlibat dalam mengorbankan J.W.W. Birch yang mana memegang jawatan sebagai Residen British yang pertama di Perak.

tugu pahlawan perak di pasir salak

Sundang yang seakan parang dan pedang ini sebenarnya adalah satu ikon yang melambangkan ia adalah senjata yang pernah digunakan oleh pejuang-pejuang Perak yang dikatakan sebelum ini dalam menentang pihak British.

Apa yang menguatkan lagi pemilihan kenapa Sundang menjadi mercu tanda adalah kerana dikatakan Sundanglah yang menjadi senjata yang telah menamatkan riwayat residen pertama British di negeri Perak.

- Advertisement -
Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindarhttps://fred.my
Pengasas orangperak.com dan Pencinta Sejarah Tempatan Negeri Perak.
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here