Anak Muda Di Kuala Kangsar Tinggalkan Dadah Dengan Memanah

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Akibat dari pengaruh rakan sebaya telah buatkan seorang anak muda yang berusia 23 tahun dari Kuala Kangsar telah terjebak dengan najis dadah. Kira-kira selama dua tahun beliau hidup diselubungi dalam kegelapan dan pengaruh dadah.

    Hanafi yang berusia 23 tahun ini sudah banyak kali dinasihati ibu bapa dan keluarga namun oleh keraja jiwa muda yang sedang memberontak, beliau tidak mengedahkannya dan terus hanyut bersama-sama dengan rakannya yang lain dengan aktiviti tidak berfaedah serta najis dadah.

    Benar ayat yang menyatakan bahawa hidayah itu milik Allah dan anugerah daripada-Nya. Tiba-tiba timbul kesedaran dalam dirinya untuk berhenti dari mengambil bahan terlarang tersebut namun ujian dari Allah datang untuk melihat kecekalan dirinya untuk benar-benar berubah.

    Takdir mengujinya sekali lagi kerana sebaik saja beberapa hari meluahkan hasratnya itu untuk berhenti dari mengambil dadah apabila Hanafi ditangkap polis dan ditahan dalam lokap. “Memang ada niat nak berhenti tapi dua tiga hari selepas saya luahkan hasrat itu, saya ditahan dan dimasukkan ke dalam lokap. Semasa di dalam, saya nekad jika saya keluar, saya akan terus tinggalkan dadah”, kata Hanafi.

    Ayah Hanafi adalah individu yang dipertanggung-jawabkan untuk membayar denda untuk membebaskan dan menjamin Hanafi. Walaupun anaknya ditangkap kerana mengambil barang terlarang, ayahnya tetap menjaga dan menyayangi beliau tidak pernah kurang sama seperti dahulu.

    Sebaik sahaja Hanafi keluar daripada lokap, Hanafi mula bergiat aktif dengan aktiviti baru iaitu memanah untuk memenuhi masa lapangnya. Sejak itu, beliau tidak pernah lagi toleh ke belakang dan tidak pernah lagi terjerat dengan dadah. Masa terluang Hanafi banyak dihabiskan dengan aktiviti memanah.

    Anak Muda Di Kuala Kangsar Tinggalkan Dadah Dengan Memanah

    Keluarga dan rakan-rakan Hanafi banyak memberi kata semangat, sokongan dan dorongan untuk beliau terus aktif dalam aktiviti memanah. Ramai kenalannya tidak memandang serong meskipun mereka tahu akan kisah silamnya dengan dadah.

    “Hubungan dengan rakan-rakan dalam aktiviti memanah mengubah hidup saya. Kini, saya seronok berlatih bersama mereka dan tinggalkan terus najis dadah. Kawan-kawan lama masih berhubung dengan saya, kadangkala lepak minum juga tapi setakat itu sajalah. Cukup masa saya balik, cukup masa saya berlatih memanah.” ujarnya.

    Anak Muda Di Kuala Kangsar Tinggalkan Dadah Dengan Memanah

    Berpandukan daripada kisah Hanafi, terbuktilah bahawa aktiviti memanah dapat memberikan impak positif buat mereka yang melakukannya. Kesimpulan yang dapat diputuskan disini adalah kita seharusnya perlu lakukan dan sertai aktiviti riadah untuk kekal cerdas dan sihat.

    Aktiviti riadah bukan sahaja seronok dan boleh dijadikan hobi. Malah boleh juga menyihatkan badan serta jika benar-benar hebat dalam aktifviti tersebut boleh mewakili mana-mana pasukan untuk apa jua acara sukan. Hendak seribu daya, tak nak satu dalih pun sudah memadai. Mana-mana yang sudah terlanjur dengan najis dadah, segeralah tinggalkan dan dapatkan khidmat nasihat dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

    Kredit : RBD

    Freddie Aziz Jasbindar
    Freddie Aziz Jasbindar
    Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak.