Wan Muhammad Saleh, Orang Melayu Pertama Dilantik Sebagai Ketua Penghulu Di Perak

Seorang tokoh iaitu anak kelahiran dari Kampung Ijok di Selama telah mencipta nama di negeri Perak. Beliau adalah Seri Adika Raja Syahbandar Muda Wan Muhammad Saleh yang mana dilahirkan dalam tahun 1861.

Seri Adika Raja Syahbandar Muda Wan Muhammad Saleh adalah orang besar dan cukup terkenal di negeri Perak sewaktu zaman hidupnya pada awal abad ke 20 iaitu pada zaman pemerintahan Almarhum Sultan Idris I (Sultan Perak ke 28). Dalam tahun 1892, beliau telah dikurniakan gelaran Seri Adika Raja Syahbandar Muda.

Idividu hebat yang ingin diceritakan kali ini sebenarnya adalah merupakan seorang ketua penghulu dan beliau juga adalah pembantu pemungut hasil tanah sewaktu pentadbiran Frank Swettenham selepas J.W.W. Birch dibunuh di Pasir Salak. Hal ini secara tidak langsung telah menjadikan Seri Adika Raja Syahbandar Muda Wan Muhammad Saleh adalah orang melayu pertama yang dilantik sebagai ketua penghulu di negeri Perak.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai kerani dengan Sir Hugh Low (Residen Perak ke 4) dalam tahun 1881. Oleh kerana cemerlang dalam perkhidmatannya, Seri Adika Raja Syahbandar Muda Wan Muhammad Saleh telah dikurniakan bintang Imperial Service Order (I.S.O) oleh kerajaan British dalam tahun 1903.

Dalam tahun 1909, Seri Adika Raja Syahbandar Muda Wan Muhammad Saleh telah dipilih sebagai salah seorang wakil untuk kerajaan negeri Perak untuk turut hadir dalam istiadat penyerahan sebahagian daerah Hulu Perak oleh kerajaan Siam (Thailand).

Wan Muhammad Saleh, Orang Melayu Pertama Dilantik Sebagai Ketua Penghulu Di Perak

Istiadat penyerahan daerah Hulu Perak oleh kerajaan Siam (Thailand) kepada negeri Perak itu berlaku pada zaman pentadbiran anak kepada J.W.W. Birch iaitu Sir Ernest Woodford Birch selaku residen British Perak ke 8.

Wan Muhammad Saleh, Orang Melayu Pertama Dilantik Sebagai Ketua Penghulu Di Perak

Istiadat penyerahan daerah Hulu Perak tersebut telah berjalan pada tarikh 16 Julai 1909 di Kroh. Beliau juga pernah ke United Kingdom mengiring Almarhum Sultan Idris (Sultan Perak ke 28) semasa pertabalan King Edward VII dalam tahun 1902 dan King George V dalam tahun 1911.

Wan Muhammad Saleh, Orang Melayu Pertama Dilantik Sebagai Ketua Penghulu Di Perak

Pada ketika usia 56 tahun, Seri Adika Raja Syahbandar Muda Wan Muhammad Saleh telah meninggal dunia sewaktu mengiring Almarhum Sultan Abdul Jalil (Sultan Perak ke 29) menziarahi makam Almarhum Sultan Tajul Ariffin (Sultan Perak ke 4) di Pulau Semat, Mukim Senggang, Kuala Kangsar bertarikh 14 Mac 1917.

Wan Muhammad Saleh, Orang Melayu Pertama Dilantik Sebagai Ketua Penghulu Di Perak

Jenazah Seri Adika Raja Syahbandar Muda Wan Muhammad Saleh dibawa pulang ke Ipoh dan beliau telah dimakamkan di dalam kawasan masjid Paloh yang mana pembinaan masjid tersebut telah dibiaya oleh Seri Adika Raja Syahbandar Muda Wan Muhammad Saleh dalam tahun 1912.

Untuk makluman anda, pembinaan masjid Paloh di Ipoh ini juga telah dibiayai oleh seorang lagi orang kaya itu iaitu orang kaya Long Kassim yang juga cukup terkenal di negeri Perak pada waktu itu.

Sumber dan rujukan serta gambar:

  • aku-mencariredha-mu.blogspot.com
  • Tempat-Tempat Bersejarah Perak tulisan N.A. Halim (muka surat 151)
Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.