Kerajaan Awal Dalam Daerah Dinding Di Perak

Nama daerah Dinding tidak lagi diguna pakai pada hari ini sejak pemerintahan Almarhum Sultan Idris II (Sultan Perak ke 33). Kita semua sedia maklum bahawa dahulunya wujud sebuah kerajaan kuno iaitu Gangga Negara yang amat gah namanya di kawasan daerah Dinding bertempat di Beruas.

Tertulis dalam buku Sulalatus Salatin yang mana ada menyatakan lokasi pusat kerajaan kuno Gangga Negara terletak. Namun ia lokasinya yang tepat tidak dapat dikenalpasti hari ini mungkin kerana perubahan bentuk muka bumi mengikut peredaran dan perjalanan zaman demi pembangunan setempat.

“…. setelah beberapa lamanya, maka Raja Suran pun sampailah kepada sebuah negeri, Gangga Negara namanya, Raja Gangga Shah Johan nama rajanya. Adapun negeri itu di atas bukit, dipandang dari hadapan terlalu tinggi dan dari belakang rendah juga; ada sekarang kotanya di darat Dinding, ke sana Perak sedikit ….”

Sepertimana yang kita sudah sedia maklum, kerajaan kuno Gangga Negara telah hancur dan musnah diserang oleh Raja Suran. Namun tidak ramai yang tahu bahawa dengan kejatuhan kerajaan Gangga Negara telah wujud pula dua kerajaan baru iaitu Kerajaan Beruas dan Kerajaan Manjung.

Kerajaan Awal Dalam Daerah Dinding Di Perak

Kedua-dua kerajaan ini amat terkenal pada satu ketika dahulu dengan pengeluaran bijih timah dan apa yang menariknya lagi, kedua-dua kerajaan yang berjiran ini sering bermusuhan dalam pelbagai sektor termasuklah berperang darah serta peperangan ekonomi.

Terdapat juga catatan berkenaan Almarhum Sultan Mahmud Shah (Sultan Melaka yang ke 8 dan terakhir) yang menyatakan bahawa baginda pernah mengirim bala tentera untuk membantu kerajaan Beruas dalam mengalahkan kerajaan Manjung.

Kerajaan Awal Dalam Daerah Dinding Di Perak

Dengan bantuan daripada Almarhum Sultan Mahmud Shah (Sultan Melaka yang ke 8), tumbanglah kerajaan Manjung dan kemudian kawasan jajahan kerajaan Manjung terus menjadi sebahagian daripada kawasan jajahan kerajaan Beruas.

Oleh yang demikian, maka terjadilah perlantikan dikalangan kaum kerabat keluarga diraja Melaka untuk menerajui kerajaan Beruas pada waktu itu. Hubungan kerajaan negeri Melaka dengan kerajaan Beruas amat erat sehinggalah datang satu bala yang menyebabkan negeri Melaka tumbang ditawan Portugis.

Kerajaan Awal Dalam Daerah Dinding Di Perak

Berikutan dengan kejatuhan kerajaan negeri Melaka ditawan Portugis, ia juga telah memberi kesan domino terhadap mana-mana kerajaan dibawah pengaruh negeri Melaka. Oleh yang demikian, kerajaan Beruas juga hancur disebabkan oleh kejatuhan negeri Melaka.

Sewaktu dibawah pentadbiran Portugis, kawasan Manjung telah dijadikan sebagai sebuah pusat pemerdangangan yang cukup maju.Tambahan pula penduduk yang semakin hari semakin ramai yang berhijrah ke sana menjadikan kawasan Manjung sebagai kawasan tumpuan para pedagang.

Kerajaan Awal Dalam Daerah Dinding Di Perak

Kawasan Manjung juga telah menjadi sebagai pusat pengumpulan dan pengeluaran bijih timah yang paling penting pada era tersebut. Manjung juga dikehendaki menghantar sebanyak 6,000 timah dalam setahun ke Melaka.

Sumber dan rujukan:

  • Sulalatus Salatin
  • Dinding Jajahan Istimewa Di Perak
Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.