Home Tags Pertama

Tag: pertama

Durian Dijual Secara Timbang, Kali Pertama Dalam Sejarah Kampung Gajah

Sudah lama ramai yang mengidam durian kampung asli negeri Perak tambahan pula sekarang ini ramai pemilik dusun durian menjual durian secara timbangan dan bukannya secara longgok ataupun kiraan biji tidak sama seperti sebelumnya. Hal ini adalah kali pertama yang berlaku dalam sejarah durian kampung di Kampung Gajah.

Jalan Raya Getah Di Teluk Intan Adalah Yang Pertama Di Malaysia

Pada 7 Oktober 2017 yang lalu, ia adalah merupakan tarikh keramat yang bersejarah buat seluruh warga Teluk Intan. Hal ini adalah kerana terdapat pembinaan jalan kampung prototype pertama di Malaysia yang menggunakan campuran getah.

Pesta Belon Udara Panas Yang Pertama Di Perak

Acara yang mendapat kerjasama daripada AKA Balloon Sdn Bhd untuk diselitkan dalam Perak Festival of Ideas (PFOI) 2017 adalah merupakan acara yang pertama kali seumpamanya yang akan berlaku di ruang udara di bumi negeri Perak.

Pertama Di Malaysia, Temasya Idea Selama Seminggu Di Perak

Bermula pada tarikh 6 September 2017 hingga 12 September 2018, Perak Festival of Ideas (PFOI) akan tampil dengan pelbagai acara menarik yang diadakan untuk persediaan kepada acara kemuncak iaitu Pangkor Dialogue pada 11 September 2017 hingga 12 September 2017 ini.

Pusat Percutian Bertemakan Itik Yang Pertama Malaysia Di Trong, Perak

Trong Leisure Farm And Resort bersedia untuk memberi pengalaman yang unik dan terbaik untuk setiap individu yang datang ke ladang itik mereka. Lokasi Trong Leisure Farm And Resort ini terletak di pekan kecil Terong, Taiping. Tahukah anda pembaca setia orangperak.com bahawa Trong (dahulu dikenali dengan nama Terong) adalah merupakan lokasi perlombongan bijih timah yang agak maju pada zaman kegemilangannya dahulu?

Perjanjian Pertama Perak Dengan Kuasa Luar Pada 1739

Buat kali pertamanya sejak negeri Perak bersultan, orang-orang Bugis datang menyerang negeri Perak dalam bulan Disember 1739. Hal ini adalah berikutan dengan kes menuntut bela atas kematian sepupu kepada Daeng Chelak yang dikatakan telah diracun. Daeang Chelak tiba di Perak dalam bulan Jun 1740 dan ketibaan beliau di negeri Perak amat merisaukan Sultan Perak. Ketika berada di Perak, Daeng Chelak telah merampas empat buah perahu dan 200 bahara bijih timah.

Negeri Perak Yang Pertama Boleh Mohon Cerai Secara Online

Di zaman teknologi maklumat yang moden pada hari ini, semuanya di hujung jari dan tidak ketinggalan juga tentang untuk memudahkan urusan menfailkan permohonan bagi pasangan Islam yang ingin bercerai. Sistem yang dikenali sebagai MySolve telah dibangunkan untuk memudahkan pasangan yang bermasalah untuk menfailkan pendaftaran penceraian mereka. Sistem ini telah dibangunkan sejak awal tahun 2016 lagi.

Pembukaan Taman Tema Animasi Pertama Asia Di Perak

Pembukaan Movie Animation Park Studios (MAPS) di Bandar Meru Raya dibuat secara rasmi serentak dengan sambutan Hari Raya Kedua Aidilfitri yang akan diraikan oleh umat Islam di negara kita selepas Ramadhan. Pemilihan tarikh ini dijangka bakal menarik kunjungan orang ramai khususnya yang sudah lama menantikan pembukaan rasmi taman tema animasi pertama di Asia tambahan lagi mereka yang telah lama membeli tiket.

Rumah Pertama Harga Mampu Milik Untuk Warga Perak

Kerajaan negeri Perak bersama-sama dengan beberapa syarikat pemaju perumahan telah bersepakat dan bekerjasama untuk memudahkan urusan mereka yang belum pernah memiliki rumah sendiri. Ini adalah satu inisiatif paling baik yang positif dan perlu dipuji buat mereka yang terlibat kerana faham akan kesusahan dan kepayahan untuk zaman sekarang dalam mendapatkan kelulusan pinjaman bank dalam urusan membeli rumah kediaman.

Bas Rapid Kamunting Yang Pertama di Perak

Perkhidmatan bas Rapid kini telah ada di Perak. Warga Taiping adalah pengguna yang pertama untuk perkhidmatan bas Rapid Kamunting di bawah Syarikat Prasarana Malaysia Berhad dengan usaha sama Koridor Utara (NCIA) dan Majlis Perbandaran Taiping (MPT). Perkhidmatan bas ini telah dilancarkan pada Mac 2016 lalu dan sehingga kini telah menarik seramai 24,000 pengguna.

Kampung Karyawan Malim Di Perak Yang Pertama Di Malaysia

Kampung Karyawan Malim adalah merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia ini. Ianya bermatlamat untuk menghimpunkan golongan karyawan daripada pelbagai jenis. Karyawan seperti penulis, pelukis, pemuzik atau lain-lain yang berkaitan. Mereka semua yang terlibat dihimpunkan disini untuk bertukar-tukar pandangan, percambahan idea-idea seni, menghasilkan karya masing-masing dan lain-lain yang secara tidak lansung akan menambah-baikkan lagi serta akan meningkatkan produktif dan berguna buat masyarakat milenial.

Panglima-Panglima Adat Istiadat Agong Yang Pertama

Majlis adat Istiadat pertabalan ini julung kali diadakan bagi sebuah negara yang baru merdeka ini. Bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman, istiadat pertabalan ini dihadiri oleh lebih kurang 500 orang tetamu yang terdiri daripada Raja-Raja Melayu, Sultan Brunei, Duke of Gloucester yang mewakili Baginda Queen, Perdana Menteri Persekutuan, dan tetamu kehormat dari dalam dan luar negara. Tuanku Abdul Rahman dan Tuanku Kurshiah bersemayam di atas singgahsana baharu yang cantik dan megah di dalam Balairong Seri.

Hospital Taiping Adalah Hospital Pertama Di Malaysia

Hospital Taiping atau dahulunya dikenali sebagai Hospital Yong Wah adalah hospital paling tua yang masih wujud di Malaysia. Hospital Taiping terletak di Jalan Taming Sari (Jalan Utama) berhampiran pusat bandar komersial, ia merupakan salah satu hospital terbesar di Malaysia dan adalah yang terbesar di negeri Perak.

Pembinaan Taman Tema Animasi Pertama Asia Di Ipoh Tergendala?

Ramai orang awam yang telah membeli tiket sejak setahun yang lalu mula merungut di laman media sosial facebook rasmi Movie Animation Park Studios. Ada yang mengamuk bertanyakan tarikh sebenar bila akan dibuka, ada yang meminta wang belian tiket semula, ada yang memaki hamun dan macam-macam lagi. Tidak dapat dinafikan, pengguna mungkin rasa teraniaya dan tertipu kerana belian tiket masuk yang dibeli sudah lebih setahun berlalu dan apabila ditanya tiada jawapan yang dapat memuaskan hati mereka.

Ketua Kampung Wanita Pertama Di Perak

Esah Ahmad mencipta sejarah selepas beliau dilantik sebagai ketua kampung wanita yang pertama di Perak pada tahun 2016. Wanita berusia 56 tahun itu telah membuktikan bahawa jantina bukan menentukan kebolehan kepimpinan seseorang.

Teknologi X-Ray Pertama Malaysia Bermula Di Taiping

Antara teknologi yang menarik dan paling awal diterima di Perak adalah teknologi mesin imbasan sinaran x-ray yang diperkenalkan pada 1897. Sinar X-ray diperkenalkan di Hospital Taiping pada 3 Februari 1897 iaitu lebih kurang setahun setelah saintis bernama Wilhelm Conrad Roentgen menemui teknologi X-ray ini melalui kajian di Universiti Wurzburg, Bavaria di Jerman.

Stay connected

105,609FansLike
29,464FollowersFollow
103FollowersFollow
763SubscribersSubscribe

Menarik

Artikel Terkini

Dato Maharaja Lela Dalam Sejarah Perak

Dato Maharaja Lela adalah satu gelaran yang cukup tidak asing dalam lembaran sejarah negeri Perak yang mana ia bukanlah nama kepada individu tetapi ianya adalah satu gelaran yang menunjukkan kuasanya.

Perlombongan Bijih Timah di Perak

Perlombongan bijih timah di Perak bukanlah satu perkara yang baru. Sebenarnya ia mungkin telah berjalan sejak sebelum pemerintahan Sultan Perak ke 11 lagi iaitu dalam awal abad ke 16.

Kampar River Festival 2019 Pertama Terbesar di Malaysia

Kampar River Festival ini dikatakan adalah festival pelancongan yang paling besar dan pertama di Malaysia yang mana ia akan di adakan di Sungai Kampar.