NGO Belia Dari Padang Rengas, Contoh NGO Belia Terbaik Perak

Cukup membanggakan apabila Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Padang Rengas telah dinobatkan sebagai Johan Anugerah Belia Negara 2018 Peringkat Negeri Perak bagi Kategori Pertubuhan Belia. Mereka pertubuhan belia tersebut sekaligus membawa pulang hadiah wang berjumlah RM10,000 beserta trofi kemenangan.

Majlis penyampaian Anugerah Belia Negara (APBN) telah dijalankan bertempat di Restoran MIKER FOOD, Jalan Padang, Ipoh Perak. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang B Loh SzeYee selaku ADUN Jalong yang mewakili Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan dan Pembangunan Modal Insan Negeri Perak.

Majlis juga turut dihadiri oleh Saudara Aswannudin Hariffudin Bin Hariffuddin selaku Presiden Majlis Belia Negeri Perak, Tuan Haji Mohd Hata Bin Saliman selaku Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak serta banyak lagi pertubuhan-pertubuhan Belia berdaftar dari seluruh negeri Perak.

Kejayaan merangkul Johan bagi tahun 2018 seluruh negeri Perak adalah meneruskan kesinambungan kerana mereka pernah menjadi Naib Johan untuk kategori yang sama pada tahun 2017. Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Padang Rengas adalah sebuah NGO Belia di dalam Parlimen Padang Rengas yang sangat aktif menjalankan pelbagai aktiviti Belia yang melangkaui idelogi politik dan sosio minat dan budaya.

Gerakan Belia 4B Padang Rengas dengan rasa tanpa jemu sepanjang 3 tahun ini telah menjalankan pelbagai aktiviti hampir setiap bulan di peringkat parlimen, negeri mahu pun antarabangsa. Antara penganjuran aktiviti yang dijalankan adalah sukan seperti ragbi, bola sepak, takraw, kursus keusahawanan, kursus pelancongan, kursus masakan, kursus solekan, bantuan kebajikan, aktiviti keagamaan dan banyak aktiviti sukarelawan yang sudah sebati dengan NGO belia ini.

NGO Belia Dari Padang Rengas, Contoh NGO Belia Terbaik Perak

Selaku Pengerusi Gerakan Belia 4B Kawasan Padang Rengas iaitu saudara Mohamad Hafiz Bin Mohd Idris mengucapkan tahniah kepada semua Ahli Jawatankuasa Gerakan Belia 4B di dalam Kawasan Padang Rengas yang telah berganding bahu dan bekerjasama di sebalik kejayaan yang penuh bermakna ini.

Mantan Pengerusi Gerakan Belia 4B Kawasan Padang Rengas pula iaitu Saudara Sabri Bin Ahmad Sabri Town Planner dalam ucapannya beliau mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak-pihak yang banyak membantu dari segi peruntukan terutamanya Dato Seri Nazri Tan Sri Abdul Aziz Ahli Parlimen Padang Rengas dan Pengasas Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Padang Rengas Dato’ Jamal Nasir Rasdi atas segala dorongan dan galakan yang telah diberikan untuk sentiasa menjayakan program-program dan aktiviti-aktiviti Gerakan Belia 4B di Kawasan Padang Rengas.

Akhir kata dari Setiausaha Belia 4B Kawasan Padang Rengas, Puan Rabuzawati Binti Mat Kassim Uja Zul selaku wakil beliawanis beliau melahirkan rasa sebak di atas kemenangan dan berterima kasih di atas anjuran Anugerah Belia Negara 2018 Peringkat Negeri Perak.

NGO Belia Dari Padang Rengas, Contoh NGO Belia Terbaik Perak

Selain itu terdapat juga anugerah lain yang telah disampaikan iaitu Anugerah Khas Belia Negeri Perak, Anugerah Belia Negeri Wanita (Individu), Anugerah Belia Negeri Lelaki (Individu) dan juga Naib Johan Anugerah Pertubuhan Belia Negara 2018 dan majlis diserikan dengan jamuan Hari Raya dan persembahan kugiran langsung.

Pencapaian Gerakan Belia 4B Padang Rengas wajar diangkat dan dijadikan sebagai contoh bukan kepada semua NGO belia-belia yang ada di negeri Perak sahaja malah kepada seluruh juga seluruh NGO belia-belia yang ada dalam Malaysia. Hal ini amat bermanfaat untuk meneruskan legasi belia di bumi Malaysia ini demi masa depan negara yang lebih cemerlang.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

Loading...

LEAVE A REPLY

WARNING:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here