25 C
Ipoh
Thursday, 5 December 2024

Trek Lumba Kuda Pertama Di Perak

- Advertisement -
- Advertisement -

Pada tahun 1890, golongan elit berbangsa Eropah tinggal di Batu Gajah sebagai pusat bandar di kawasan tersebut yang mana kebanyakan daripada mereka adalah pemilik kuda dan gemarkan aktiviti lumba kuda. Oleh yang demikian, mereka ini membentuk sebuah kelab yang bernama Kinta Gymkhana Club.

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, Kinta Gymkhana Club yang bertapak di Batu Gajah ditubuhkan pada tahun 1890. Pada tahun 1903 pula, Eric Maxwell seorang peguam yang terkenal pada waktu itu telah meyampaikan notis untuk mengadakan mesyuarat awan untuk membincangkan tentang pembetukan Ipoh Gymkhana Club.

Trek Lumba Kuda Pertama Di Perak

Berbalik kepada Kinta Gymkhana Club yang menapak di Batu Gajah, seorang jurutera awam berbangsa British yang bernama F D Osborne dari Gopeng telah dilantik sebagai setiausaha terhormat Kinta Gymkhana Club yang pertama pada tahun 1890 yang mana pada waktu kelab tersebut ditubuhkan.

Trek Lumba Kuda Pertama Di Perak

kredit gambar Ipoh World

Kinta Gymkhana Club adalah kelab buat peminat pertandingan lumba kuda dan mereka bergerak amat aktif pada zaman itu di Batu Gajah. Kinta Gymkhana Club juga telah menganjurkan perlumbaan Kinta yang pertama di trek lumba kuda Batu Gajah pada 17 Februari 1893 hingga 19 Februari 1893.

Sejak dari penganjuran perlumbaan kuda yang pertama tersebut, Kinta Gymkhana Club terus aktif mengendalikan tujuh perlumbaan pada setiap hari di Batu Gajah. Dapatkah anda bayangkan kemeriahannya pada waktu itu yang mana sukan lumba kuda seringkali menjadi bualan hangat masyarakat kita pada waktu itu.

Trek Lumba Kuda Pertama Di Perak

Padang Golf Batu Gajah

Pada tahun 1903 selepas mesyuarat awam yang diadakan untuk menubuhkan Ipoh Gymkhana Club sepertimana yang diberitahu dalam perenggan ke dua dalam artikel ini. Pertandingan lumba kuda kerap diadakan di Ipoh dan menjadi lebih popular dari trek lumba kuda di Batu Gajah.

Trek Lumba Kuda Pertama Di Perak

Kelab Golf Kinta

Dukacita selepas perang dunia pertama berakhir, trek lumba kuda di Batu Gajah pun tidak lagi mendapat tempat di hati peminat lumba kuda dan sambutannya di Batu Gajah menjadi kurang. Oleh yang demikian, trek tersebut ditukarkan menjadi padang golf sepertimana lokasinya kita dapat lihat hari ini di Batu Gajah.

- Advertisement -
Nurul Syahida Aziz
Nurul Syahida Aziz
Penjawat Awam di Majlis Daerah Batu Gajah
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here