Home Blog Page 53

Kelahiran Parit, Wanita Pertama Jadi Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan

Tan Sri Dr Asiah Abu Samah telah mencatatkan rekod sebagai wanita pertama dilantik menjadi Ketua Pengarah di Kementerian Pendidikan pada 27 November 1991.

Sultan Selangor Wujud Kerana Sultan Perak

Artikel ini diterbitkan bukanlah untuk merendah-rendahkan mana-mana pihak yang berkenaan, ianya adalah sejarah yang wajar dikenang dan perlu diketahui oleh semua pihak agar ia tidak hilang dan kian dilupakan ditelan zaman.

Maksud Nama Teluk Anshun Disebalik Nama Teluk Anson

Teluk Intan di lingkungi oleh aliran Sungai Perak dan Sungai Bidor. Bandar ini adalah bandar yang paling besar sekali di selatan Perak jika hendak dibandingkan dengan Kampar, Tapah, Hutan Melintang dan Bagan Datoh.

Keunikan Telaga Bersaiz Gergasi Di Selama, Perak

Sebuah kampung tradisional di Selama, Perak amat terkenal dengan keindahan flora dan fauna yang masih lagi terpelihara sehingga ke hari ini. Kampung tersebut terletak di Mukim Ijok, Selama dan nama kampung tersebut adalah Kampung Bagan Baharu.

Kapal Korek Pertama Malaysia Bermula Di Perak

Kapal Korek pertama diperkenalkan di Malaysia ialah pada 1913 oleh Malayan Tin Dredging Limited di Batu Gajah, Perak. Manakala kapal korek baru yang terakhir dibina di Malaysia ialah pada tahun 1985. Untuk makluman anda, kapal korek yang paling tua pada ketika itu mencecah usia hampir 70 tahun usianya. Kapal korek tidak dibina sepertimana kapal laut atau bot besar dan hanya terapung diatas air dengan menggunakan beberapa buah pontun yang digabungkan menjadi satu ketika pemasangan. Keadaan air lombong tidak memungkinkan kapal korek untuk dipasang dengan bebaling seperti mana kapal di laut.

Asal Usul Nama Dan Sejarah Pekan Kati

Asal Usul Nama Dan Sejarah Pekan Kati

Buat penduduk sekitar Kuala Kangsar, nama pekan Kati bukanlah satu nama yang asing bagi mereka dan walaupun begitu, masih ramai yang tidak tahu akan sejarah tentang bagaimana nama pekan Kati dinamakan.

Sejarah Awal Bukit Gantang Yang Sangat Penting

Satu ketika dahulu, Bukit Gantang amat dikenali dan pernah gah di mata serata tanah melayu kerana dijadikan sebagai sebuah pusat pentadbiran Jajahan Larut oleh Long Jaafar setelah dilantik sebagai Ketua daerah Larut melalui perlantikan oleh ayahandanya Syed Alang Alauddin ibni Sultan Mudzaffar Syah III yang merupakan Maharaja Benua Islam Siam Kedah pada tahun 1856. Untuk makluman anda, Syed Alang Alauddin juga digelarkan sebagai Panglima Bukit Gantang.

Kampung Guru Teluk Intan, Skim Perumahan Guru Pertama Di Malaya

0

Teluk Intan merupakan antara bandar terancang terawal yang dibangunkan di Tanah Melayu oleh pihak Inggeris selain daripada bandar Taiping dan juga Kuala Lumpur.

Tragedi Hitam Insiden Runtuhan Gunung Cheroh, Ipoh

Ada satu kisah tragik yang semakin dilupakan hari ini yang melanda negeri Perak. Pada waktu malam yang dingin bertarikh 18 Oktober 1973 ketika hujan lebat membasahi tanah di bumi Kampung Kacang Putih.

Enjin Wap Kapal Yang Tenggelam Dalam Sungai Perak Di Teluk Intan

Kewujudan satu objek besi yang sebelum ini dipercayai kepala lokomotif yang mana bentuknya seakan-akan kepala kereta api di dasar Su­ngai Perak berdekatan dengan Jalan Pasar di Teluk Intan dan ia dikatakan berusia lebih 100 tahun dan rata-rata penduduk setempat disana sudah sedia maklum berkenaan dengan kewujudan objek tersebut.