26.6 C
Ipoh
Thursday, 23 January 2025

Asal Usul Nama Dan Sejarah Pekan Kati

- Advertisement -
- Advertisement -

Buat penduduk sekitar Kuala Kangsar, nama pekan Kati bukanlah satu nama yang asing bagi mereka dan walaupun begitu, masih ramai yang tidak tahu akan sejarah dan asal usul sejarah tentang bagaimana nama pekan Kati dinamakan.

Kisah sejarah nama kawasan seperti ini selalunya diceritakan secara lisan dari satu generasi ke generasi yang baru. Begitu juga dengan pekan Kati, masyarakat disana masih bercerita pada waris mereka berhubung dengan asal-usul nama Kati agar kisahnya tidak lupus ditelan zaman.

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, alkisahnya pekan Kati ini pada waktu dahulunya adalah merupakan salah satu tempat tumpuan di Kuala Kangsar. Hal ini adalah kerana penduduk di sekitar kawasan tersebut akan datang ke pekan ini untuk menjual bijih timah yang mana ramai masyarakat disana dahulunya terlibat dalam industri perlombongan timah.

Asal Usul Nama Dan Sejarah Pekan Kati

Mohd Nazip Osman selaku ketua Kampung Kati menyatakan bahawa penduduk di pekan Kati ini dahulunya menjalankan kerja mendulang bijih timah di kawasan-kawasan gunung berhampiran. Apabila mereka mahu menjual bijih, mereka akan datang ke pekan.

Kisahnya apabila ditanya atau disapa “hendak kemana?” kepada mereka yang ingin ke pekan untuk menjual timah oleh kawan-kawan, mereka selalunya akan jawab hendak ke Kati untuk menimbang hasil bijih timah.

Asal Usul Nama Dan Sejarah Pekan Kati

Sejak itulah bermulanya panggilan pekan tersebut menjadi ikutan ramai dengan memanggilnya pekan Kati. Dalam pada itu, seorang lagi penduduk kampung yang bernama Abdul Hamid Abdul Karim berusia 72 tahun turut berkongsi cerita sama dengan Mohd Nazip berhubung dengan asal-usul terciptanya nama Kati.

Trivia untuk anda! Tahukah anda apa itu sebenarnya kati? Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, kati itu sebenarnya adalah alat penimbang yang mana kiraannya 1 kati adalah bersamaan dengan 600 gram. Selepas kati, ukurannya adalah pikul dan seterusnya koyan.

Asal Usul Nama Dan Sejarah Pekan Kati

Kebiasaannya, koyan akan digunakan apabila bijih timah yang hendak ditimbang lebih banyak dan memenuhi alat penimbang. Walaupun selepas industri bijih timah telah tamat legasinya, namun penggunaan kati tetap diteruskan untuk menimbang daging kambing, ayam dan sebagainya.

Asal Usul Nama Dan Sejarah Pekan Kati

Dahulunya, disekitar kawasan pekan Kati dihuni oleh ramai orang Cina dan mereka inilah yang menjalankan dan menghidupkan industri bijih timah di sana. Kemudian mereka dipindahkan ke Liman Kati pada tahun 1958.

Asal Usul Nama Dan Sejarah Pekan Kati

Kisah asal usul nama kawasan seperti ini harus diketahui oleh masyarakat setempat dan orang muda perlu mengambil tahu sejarah dan asal usul nama kawasan masing-masing kerana cerita sebegini boleh disampaikan kepada generasi yang akan datang sekaligus mengekalkan sejarah kawasan masing-masing.

Kredit : RBD

- Advertisement -
Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindarhttps://fred.my
Pengasas orangperak.com dan Pencinta Sejarah Tempatan Negeri Perak.
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here