Home Blog Fakta Maksud Nama Teluk Anshun Disebalik Nama Teluk Anson

Maksud Nama Teluk Anshun Disebalik Nama Teluk Anson

0
Maksud Nama Teluk Anshun Disebalik Nama Teluk Anson

Teluk Intan di lingkungi oleh aliran Sungai Perak dan Sungai Bidor. Bandar ini adalah bandar yang paling besar sekali di selatan Perak jika hendak dibandingkan dengan Kampar, Tapah, Hutan Melintang dan Bagan Datoh.

Satu ketika dahulu, Teluk Intan adalah antara salah satu lokasi perdagangan yang penting di negeri Perak. Dahulunya jika anda tidak tahu, terdapat sebuah pelabuhan yang ada di Teluk Intan. Ianya berfungsi untuk membawa hasil aktiviti utama negeri Perak pada waktu itu iaitu bijih timah.

Seperti kita semua sudah sedia maklum, asalnya Teluk Intan bernama Teluk Mak Intan. Nama Teluk Mak Intan ini diambil dari nama seorang janda yang dikatakan mempunyai rupa paras yang sangat cantik. Janda tersebut bernama Mak Intan dan beliau adalah seorang saudagar yang berasal dari Mandahiling, Sumatera.

Mak Intan meneroka dan membuka kawasan Teluk Intan disekitar awal abad ke 19. Pada waktu itu, kawasan yang diterokai oleh Mak Intan dikenali sebagai Pekan Mak Intan. Berikutan dengan pembukaan kawasan baru oleh Mak Intan ini, maka ramailah orang seberang yang berketurunan Jawa, Rawa, Mandahiling, Minangkabau, Kampar dan kemudian India-Bombay datang untuk mendiami kawasan baru ini.

Kebanyakan mereka yang berpindah ke Pekan Mak Intan adalah daripada mereka adalah para petani dan para pedagang barangan tradisi seperti rempah ratus, kain, inggu, kacip, parang dan sebagainya. Begitulah permulaan asal usul Teluk Intan yang wajar diketahui oleh semua warga Perak terutamanya anak kelahiran Teluk Intan.

Maksud Nama Teluk Anshun Disebalik Nama Teluk Anson

Nama Teluk Anson pula hadir apabila kawasan Teluk Mak Intan dinamakan sempena nama Jeneral Archibald Anson. Jika anda tidak tahu, Jeneral Archibald Anson adalah seorang yang dilantik menjadi gabenor Inggeris yang datang ke Telok Mak Intan pada masa itu.

Maksud Nama Teluk Anshun Disebalik Nama Teluk Anson

Namun berkuatkuasa pada tarikh 1 Januari 1982, bandar ini sekali lagi bertukar nama dari Teluk Anson kepada Teluk Intan sepertimana yang diguna pakai pada hari ini. Rata-rata masyarakat cina yang tinggal disana terutamanya golongan tua kebanyakan akan memanggil Teluk Anson sebagai Telok Anshun.

Maksud Nama Teluk Anshun Disebalik Nama Teluk Anson

Walaupun setelah tarikh keramat 1 Januari 1982 sejak Teluk Anson bertukar nama kepada Teluk Intan, mereka masih memanggil Teluk Intan sebagai Teluk Anshun. Hal ini disebabkan oleh faktor daripada dialek kantonis dan maksud yang baik dalam bahasa mereka.

Maksud Nama Teluk Anshun Disebalik Nama Teluk Anson

Bagi masyarakat cina, Teluk Anshun membawa maksud yang baik dan ada ong iaitu nasib yang baik. Perkataan “An” membawa maksud selamat dan bahagia manakala “Shun” bermaksud bebas masalah. Setelah generasi tua diganti dengan generasi baru, lama-kelamaan nama Teluk Intan semakin kerap digunakan sehinggakan panggilan nama Teluk Anshun semakin dilupakan oleh masyarakat cina di sana.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here