Home Blog Page 107

Lemang Tepung Kuih Tradisi Yang Semakin Pupus

Dengan kebanjiran kuih-muih hipster dan moden yang semakin dan tidak putus-putus mendapat perhatian dan permintaan orang ramai membuatkan kuih tradisi lama ini semakin kian dilupakan.

Pengenalan Lemang Tepung

Pernahkah anda anak perak makan lemang tepung? Buat mereka yang terpinga-pinga dan tidak pernah dengar tentangnya, lemang tepung adalah makanan tradisi orang perak yang seakan bengkang atau bingka dan cara masak adalah hampir sama dengan lemang pulut dengan menggunakan buluh cuma bahan untuk memasak sahaja yang lain.

Lemang Tepung Kuih Tradisi Yang Semakin Pupus

Ia jarang atau tidak dijual secara terbuka oleh kerana beberapa faktor yang tidak boleh dielakkan. Antaranya adalah ia tidak boleh disimpan dengan lama, ianya tidak begitu menguntungkan dan tidak berbaloi dan hanya boleh bertahan untuk beberapa hari sahaja.

Lemang Tepung Kuih Tradisi Yang Semakin Pupus

Bukan Kelemai

Ada yang terkeliru antara lemang tepung dengan kelamai yang juga merupakan salah satu makanan tradisi orang-orang Perak. Kelamai adalah sejenis kuih yang seakan-akan dodol yang menggunakan bahan seperti tepung pulut, gula merah, santan, kerisik, tahi minyak dan gula putih.

Proses penyediaan bahan untuk membuat kelamai juga berbeza dengan lemang tepung dan ia memerlukan tempoh masa yang lama kerana bahan yang siap diadun perlu diperap selama tiga hari sebelum dimasukkan ke dalam buluh untuk dibakar.

Dibuat Dalam Kuantiti Yang Sedikit

Lemang tepung sangat mudah basi menyebabkan ia tidak boleh dibuat dalam kuantiti yang banyak kerana tidak boleh disimpan lama dan boleh buatkan kerugian.

Lemang Tepung Kuih Tradisi Yang Semakin Pupus

Selain itu, bahan-bahan yang sukar atau susah untuk didapati seperti buluh tersebut di kawasan bandar dan kaedah membuatnya yang rumit kadang-kadang membuatkan kuih ini semakin kian dilupakan.

Zaman kini, kuih muih tradisi hanya dibuat untuk tujuan tertentu sahaja seperti pada musim perayaan masyarakat Melayu. Waris-waris yang ada kurang berminat dan lebih meminati Dunkin Donut, Big Apple dan lain-lain kuih moden yang lebih mudah didapati.

Resepi Lemang Tepung

Bahan-bahan:

  • 3 cawan gula merah
  • 3 cawan air
  • 6-9 sudu gula pasir
  • 4 helai daun pandan
  • 2 sudu kecil garam
  • 6 cawan santan kelapa
  • 6 cawan tepung gandum

Cara membuat:

  • Masukkan air ke dalam kuali atau periuk.
  • Kemudian, masukkan gula merah dan gula pasir.
  • Kacau sehingga gula larut.
  • Masukkan daun pandan, carik sedikit dan simpulkannya.
  • Kacau lagi sehingga mendidih.
  • Setelah mendidih, keluarkan daun pandan.
  • Dalam bekas berisi tepung gandum, masukkan garam, santan dan tuang gula yang dididih tadi.
  • Kacau sebati supaya tidak berketul.
  • Jika adunan masih berketul, boleh gunakan blender atau mixer supaya adunan elok tidak berketul.
  • Masukkan adunan ke dalam buluh yang dilapik daun pisang.
  • Jangan masuk sehingga penuh kerana adunan akan terkeluar ketika dibakar.
  • Bakar sehingga masak.
  • Kawal api dan pusing-pusingkan buluh supaya masak sekata.
  • Lemang tepung gula merah siap!

Penutup

Jika anda kenal sesiapa yang pandai membuat kuih lemang tepung ini, pergilah menuntut agar ilmu ini tidak dilupakan dan janganlah berahsia dan tidak mahu berkongsi resepi yang semakin dilupakan ini dengan orang lain.

Lemang Tepung Kuih Tradisi Yang Semakin Pupus

Amat merugikan sekiranya resipi kuih tradisi lemang tepung ini tidak diperturunkan dan ia sebenarnya adalah merupakan strategi terbaik untuk perniagaan.

Lebuh Raya Taiping – Banting Dijangka Siap Tahun 2019

Pembinaan Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat yang sepanjang 233 kilometer dari Banting, Selangor ke Taiping, Perak melalui persisiran pantai Barat yang berdekatan dengan Pekan Beruas, Simpang Empat, Hutan Melintang dan lain-lain pekan yang sehala menuju ke Banting. Projek ini banyak memberi manfaat kerana ia dapat memendekan masa perjalanan untuk ke Kuala Lumpur dan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan tertentu pada musim perayaan.

Tarikh Yang Wajib Anda Simpan Sepanjang 2017

0

Jika anda adalah kaki melancong, kaki makan, kaki selfie dan seumpamanya, anda patut simpan semua tarikh yang disediakan ini pada jadual anda. Simpan kesemua dan susun jadual anda betul-betul kerana ia telah dirancang untuk sepanjang tahun sempena tahun melawat Perak 2017! Jangan terlepas semua event yang menarik ini. Okey, teruskan membaca dan jom lihat event apa yang ada sempena Tahun Melawat Perak 2017.

Cerita Bagaimana Pulau Pangkor Mendapat Nama

Pulau Pangkor terkenal sejak sekian lama dahulu kira-kira pada tahun 1670 lagi. Pada waktu itu, belanda telah menjadikan Pulau Pangkor sebagai lokasi memunggah bijih timah dari negeri Perak. Kota Belanda telah dibina bagi menyimpan bijih timah dan lain-lain hasil dagangan dari negeri Perak.

Fakta Tentang Sungai Perak

0

Sungai Perak yang sepanjang 400km mengalir dari Hulu Perak berpunca dari banjaran Titiwangsa hingga ke Beting Beras Basah lokasi dimana jalan Sultan Perak Pertama datang di Bagan Datoh ke Selat Melaka. Sungai Perak merupakan sungai yang ke dua paling panjang di semenanjung Malaysia selepas sungai Pahang.

Laluan Puaka Seri Iskandar Ke Parit

0

Kebanyakan penduduk setempat tahu akan kisah dan sejarah apa yang berlaku di jalan pendek untuk ke Pekan Parit dari Seri Iskandar itu sebelum ia dibuat jalan raya untuk orang awam. Entri kali ini hanyalah sekadar peringatan untuk orang luar agar tidak melalui jalan ini pada lewat malam seorang diri.

Tasik Cermin Yang Tersorok di Gunung Rapat

Tanyalah kebanyakan orang Ipoh sendiri, rata-rata tidak tahu akan kewujudan dan lokasi sebenar Tasik Cermin ini. Laluan untuk sampai ke Tasik Cermin ini agak mencabar kerana anda akan melalui kawasan jalan yang tidak berturap, berbatu kelikir dan penuh debu. Macam tak percaya jalan untuk ke lokasi Tasik Cermin yang indah ini teruk ya amat! Jika tidak tabah mencari, mesti tidak akan jumpa kerana lokasinya benar-benar terselindung dan tersembunyi dari dunia luar.

Kenali Tasik Temenggor di Perak

Tasik Temenggor merupakan empangan bagi janakuasa hidroelektrik di utara negeri Perak. Empangan ini dibina pada tahun 1970 dan siap sepenuhnya pada 1974.

Pengenalan

Air dari empangan ini disalurkan sebagai bekalan air minuman bagi penduduk negeri Perak dan Pulau Pinang. Empangan ini seluas 152 km persegi dan mengandungi 6,050juta meter padu air meliputi Hutan Simpan Belum seluas 117,500 hektar.

Kenali Tasik Temenggor di Perak

Tasik Temenggor, Tasik Buatan Manusia

Tasik buatan manusia ini terletak sejauh 200km dari Ipoh. Ia terletak di laluan yang dikenali sebagai Lebuh raya Timur Barat. Jika anda datang dari Ipoh atau dari Pulau Pinang, adalah menjadi satu kewajipan untuk mengisi minyak kenderaan dengan penuh di Gerik terlebih dahulu kerana tidak ada stesen minyak di persisiran lebuhraya Timur Barat sehingga ke Jeli.

Di bahagian tengah ada sebuah pulau dikenali sebagai Pulau Banding atau Tasik Banding. Sebuah kem tentera dibina di kawasan ini bagi menjaga keselamatan Empangan Temenggor.

Kenali Tasik Temenggor di Perak

Pelan Pengurusan

Jabatan Perikanan Perak telah ditugaskan untuk melaksanakan Pelan Pengurusan Tasik Temenggor. Tasik Temenggor dibahagikan kepada Zon Pemuliharaan, Zon Perikanan Rekreasi dan Zon Komersial.

Zon Pemuliharaan merangkumi bahagian utara Tasik Temenggor iaitru Sungai Kejar, Sungai Tiang dan Sungai Gadong. Tasik Temenggor juga ada sebahagian lokasi sebagai ternakan ikan air tawar oleh kerana ikan sungai terdedah kepada kepupusan akibat pembuangan sisa toksik, penyeludupan dan penggunaan bahan kimia serta bom ikan, renjatan kuasa elektrik dan tuba.

Kenali Tasik Temenggor di Perak

Ikan Air Tawar

Sejak 1997, Jabatan Perikanan Perak mengeluarkan baka induk dan benih ikan air tawar melalui Pusat Perikanan Darat (PPD) di Banding. PPD Banding beroperasi sepenuhnya pada 1 November 2006 sebagai pusat pengembangan yang memberi khidmat nasihat teknikal, pusat sumber maklumat dan rujukan. Ikan yang bernilai tinggi seperti ikan Kelah, Temoleh, Baung, Kelabau, Tengas, Loma, Tengalan, Sebarau dan Lampam sungai dapat dijadikan ikan pekasam. Udang galah banyak terdapat di Sungai Perak, Sungai Kinta dan Sungai Kampung Dew di Kamunting, Taiping.

Kenali Tasik Temenggor di Perak

Syarikat usahasama Malaysia-Norway, Trapia Malaysia Sdn Bhd mengusahakan ternakan ikan tilapia di Tasik Banding secara komersial. Tasik Temengor mampu mengeluarkan 40,000 tan metrik ikan setahun daripada aktiviti ternakan ikan dalam sangkar.

Ke Mana Hilangnya Batu Bersurat Di Beruas

0

Paling menarik di Beruas adalah tentang batu bersurat yang dikatakan pernah wujud di Beruas ini berbentuk piramid dan diliputi ayat-ayat Al-Quran. Ia dikatakan ditemui secara tidak sengaja 10 tahun sebelum cerita berkenaannya tersebar. Apabila mahu dicari kembali pada tahun 1986, ianya telah hilang tanpa khabar berita. Apa ingat di Terengganu sahaja ada batu bersurat?

Kampung Sitiawan Destinasi Baru Untuk Dikunjung

Kampung Sitiawan yang terletak lebih kurang 5 minit dari pekan sitiawan tetap menjadi kegilaan kaki pancing tegar dan ia cukup terkenal bagi golongan pemancing kerana terdapat servis sewaan sampan yang memudahkan aktiviti hobi mereka dijalankan disana.