● OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang — --:--:--
Subuh
05:53
Syuruk
06:59
Zohor
13:04
Asar
16:21
Maghrib
19:03
Isyak
20:13
Berita

Lebuh Raya Taiping - Banting Dijangka Siap Tahun 2019

15 Jan 2017 · 1 min baca · 231 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar

Pembinaan Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat yang sepanjang 233 kilometer dari Banting, Selangor ke Taiping, Perak melalui persisiran pantai Barat yang berdekatan dengan Pekan Beruas, Simpang Empat, Hutan Melintang dan lain-lain pekan yang sehala menuju ke Banting. Projek ini banyak memberi manfaat kerana ia dapat memendekan masa perjalanan untuk ke Kuala Lumpur dan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan tertentu pada musim perayaan.

peta lebuh raya pesisiran pantai barat

Lebih menarik lagi, Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat ini bakal menghubungkan bandar seperti Banting, Shah Alam, Kuala Selangor, Tanjung Karang, Sabak Bernam dengan Teluk Intan. Projek dengan kos RM6 bilion ini sudah bermula sejak 2014 lagi dan kini, kita sudah boleh nampak kerja-kerja pembikinan sedang giat dijalankan hampir di seluruh kawasan yang terlibat. Dikatakan, Lebuh Raya ini akan dikenakan kutipan tol apabila dibuka pada 2019 nanti.

perasmian lebuh raya pesisiran pantai barat

Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Yassin bekas timbalan perdana menteri Malaysia telah merasmikan projek infrastruktur mega ini pada 25 Mei 2014 yang akan merancakkan lagi pembangunan kawasan sekitar jajarannya, termasuk di Teluk Intan. Beliau yang merasmikan majlis pecah tanah projek berkenaan berkata, pembinaan lebuh raya yang memakan masa lima tahun itu membuktikan keprihatinan kerajaan dalam mengatasi masalah rakyat yang berdepan kepadatan trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) terutama pada musim cuti atau perayaan. Dianggarkan lebih 22,000 peluang pekerjaan telah diwujudkan untuk penglibatan kerja-kerja pembinaan lebuh raya itu, manakala antara 2,000 hingga 3,000 tenaga kerja kekal apabila laluan lebuh raya ini siap dibina 2019 nanti.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.