Restoran McDonald’s Pertama Di Negeri Perak

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Siapa yang tak kenal dengan nama restoran makanan segera yang bukan sahaja cukup popular di Malaysia, malah amat popular di seluruh dunia. Restoran yang dimaksudkan adalah tidak lain tidak bukan restoran McDonald’s.

    Syarikat yang mengelolakan restoran McDonald’s ini sebenarnya dimulakan pada tahun 1940 dengan sebuah restoran yang dibuka oleh adik-beradik Dick dan Mac McDonald.

    Selepas 40 tahun ditubuhkan oleh adik-beradik Dick dan Mac McDonald dengan membuka restoran McDonald’s yang pertama, akhirnya restoran makanan segera McDonald’s ini mula menapak di negeri Perak pada sekitar penghujung tahun 1980. Restoran McDonald’s yang mula menapak di negeri Perak ini terletak di Jalan Mustapha Al-Bakry, bandaraya Ipoh.

    Tarikh bersamaan dengan 30 November 2016 iaitu hari Rabu adalah waktu dimana hari terakhir restoran makanan segera McDonald’s ini beroperasi. Dianggarkan lebih kurang hampir 36 tahun restoran makanan segera McDonald’s cawangan Pekan Baru Ipoh beroperasi.

    Restoran McDonald's Pertama Di Negeri Perak Restoran McDonald's Pertama Di Negeri Perak

    Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com berkenaan dengan apa yang uniknya tentang restoran makanan segera McDonald’s cawangan Pekan Baru Ipoh yang terletak di Jalan Mustapha Al-Bakry ini adalah ia merupakan cawangan restoran makanan segera McDonald’s yang pertama dibuka di negeri Perak secara tidak langsung menjadikannya restoran makanan segera McDonald’s yang paling tua di negeri Perak.

    Restoran McDonald's Pertama Di Negeri Perak

    Restoran makanan segera McDonald’s yang pertama dan yang paling tua di negeri Perak ini banyak memberi memori dan membawa nostlagia buat diri mereka sebagai pengunjung yang kebanyakannya datang dari sekitar Ipoh.

    Rata-rata mereka yang membesar dengan persekitaran dengan kehadiran restoran makanan segera McDonald’s sejak ia dibuka kini tidak dapat lupakan keseronokan apabila datang ke restoran makanan segera McDonald’s ini.

    Restoran McDonald's Pertama Di Negeri Perak

    Ada keunikan lain yang ada pada restoran makanan segera McDonald’s pertama Perak ini yang wajar untuk anda ketahui. Ianya adalah berkenaan dengan reka bentuk bangunan restoran ini beroperasi.

    Perasankah anda bahawa reka bentuk bangunan dimana restoran McDonald’s ini beroperasi punyai reka bentuk kolonial British? Ia sebenarnya adalah salah satu bangunan pengurusan asal untuk pegawai dan kolonial British di Ipoh satu ketika dahulu.

    Restoran McDonald's Pertama Di Negeri Perak

    Tidak diketahui apakah alasan dan sebab serta faktor yang menjadi punca kepada penutupan restoran makanan segera McDonald’s cawangan pertama di Perak ini kerana tiada maklumat yang boleh diperolehi.

    Namun apa yang diketahui adalah semua pekerja yang bekerja restoran makanan segera McDonald’s cawangan pertama di Perak waktu itu telah dipindahkan ke cawangan lain yang ada di sekitar Ipoh.

    Freddie Aziz Jasbindar
    Freddie Aziz Jasbindar
    Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak.