Kampung Sitiawan yang terletak lebih kurang 5 minit dari pekan sitiawan tetap menjadi kegilaan kaki pancing tegar dan ia cukup terkenal bagi golongan pemancing kerana terdapat servis sewaan sampan yang memudahkan aktiviti hobi mereka dijalankan disana.
Kini penduduk setempat boleh datang ke Kampung Sitiawan ini untuk membeli hasil laut yang segar! Menurut Ahmad Fadzil Noor Mustapa yang merupakan seorang pengusaha, beliau dan abangnya telah mendirikan pelantar ikan untuk memudahkan orang datang membeli hasil tangkapan laut. Ianya dapat memudahkan orang ramai untuk turun dan membeli hasil tangkapan nelayan di persisiran pantai.
Selain dari membeli hasil laut, perkhidmatan membawa pengunjung menyusuri ke sungai dinding yang banyak sejarahnya untuk Sitiawan turut dijalankan oleh dua beradik tersebut. Dengan adanya perkhidmatan membawa pengunjung menyusuri ke sungai dinding ini, anda bakal berpeluang untuk melihat sendiri aktiviti nelayan di sana dan menikmati keindahan muara sungai dinding dengan menyusuri sungai serta melihat tapak sejarah.
Berbalik semua kepada cerita kaki pancing. Ada satu gerai makan yang cukup popular di muara sungai di kampung tersebut dan terdapat anda juga boleh dapatkan umpan dengan mudah kerana banyak dijual di sana.
Apa lagi? Sempena tahun melawat Perak 2017, ayuh kita mempromosikan Perak pada seluruh penduduk Malaysia!