Home Blog Page 58

Kerabat Diraja Perak Yang Gugur Di Medan Perang

0

YM Kapten Raja Aman Shah merupakan anak kepada YAM Raja Haji Harun al-Rashid ibni Almarhum Sultan Idris Murshidul Azzam Shah, Raja Kechil Sulong Perak pada tahun 1918 hingga 1945.

Bapa Pendidikan Pertama Malaysia Dari Chemor

Amat membanggakan dalam bidang pendidikan apabila anak negeri Perak telah menjadi individu pertama di dalam negara kita, negara Malaysia yang telah dianugerahkan sebagai gelaran Bapa Pendidikan kerana jasa dan kecemerlangannya dalam usaha mempertingkatkan mutu pelajaran di negara kita ini.

Sejarah Sekolah Melayu Di Negeri Perak

Pada asalnya, tujuan utama sekolah-sekolah Melayu dinegeri Perak diwujudkan adalah untuk membasmi masalah buta huruf dalam kalangan orang melayu. Usaha pembukaan sekolah-sekolah melayu ini giat dijalankan oleh pentadbir kerajaan negeri dibawah sultan negeri Perak sejak dari sekitar tahun 1800an lagi.

Makam Isteri Raja Reman Terakhir Di Pengkalan Hulu

Semasa zaman kegemilangan dan kewujudan negeri Reman, ia adalah sebuah kerajaan negeri yang berdaulat. Lokasi negeri yang berdaulat ini terbentang luas dari kawasan hulu sungai Patani dan Sungai Tanjung Mas sehinggalah ke kawasan Lenggong di negeri Perak.

Perangka Rukun Negara Adalah Anak Kelahiran Kampar, Perak

Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada tanggal 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang mana ia telah menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara.

Professor Emeritus Tan Sri Dato Dr Khoo Kay Kim yang merupakan anak kelahiran Kampar, Perak ini adalah merupakan seorang ahli sejarahwan terkemuka di negara Malaysia. Beliau yang dilahirkan pada tarikh 28 Mac 1937 ini dapat telah menerima kehormatan Emeritus daripada Universiti Malaya.

Dengan berkelulusan B.A. 1959; M.A. 1967; PhD. 1974 dari Universiti Malaya. Beliau mendapat Sarjana kedoktoran (PhD) berdasarkan thesis beliau yang bertajuk The beginnings of political extremism in Malaya 1915 hingga 1935 pada tahun 1973 yang diseliakan oleh Prof. Kennedy G. Tregonning, yang kemudiannya bertugas sebagai seorang professor sejarah di Raffles College, Singapura.

Perangka Rukun Negara Adalah Anak Kelahiran Kampar, Perak

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, apa yang menariknya anak kelahiran Kampar Perak ini iaitu Khoo Kay Kim adalah merupakan salah seorang penulis yang merangka Rukun Negara sepertimana yang tersusunnya Rukun Negara pada hari ini.

Selama 60 tahun Professor Emeritus Tan Sri Dato Dr Khoo Kay Kim telah mengkaji sejarah negara. Bagi beliau, rukun negara adalah merupakan idealogi kebangsaan yang mana pada tahun 1969 telah muncul satu cadangan untuk membentuk dan mencipta satu idealogi kebangsaan dengan bertujuan untuk merapatkan rakyat.

Jangan anda tidak tahu, beliau juga adalah merupakan orang Malaysia pertama yang mendapat PhD dari Fakulti Kesenian, Universiti Malaya sejak penubuhannya pada tahun 1949. Antara sumbangan penting beliau selain dari menjadi salah seorang penulis yang merangka Rukun Negara ialah beliau merupakan individu yang menubuhkan Jabatan Sejarah di Universiti Malaysia pada tahun 1975.

Perangka Rukun Negara Adalah Anak Kelahiran Kampar, Perak

Sebagai seorang sejarawan negara dan ahli akademik yang terkenal, beliau telah menerima beberapa anugerah bagi menghargai jasanya. Pada bulan Jun 1983 beliau dianugerahkan J.S.M Johan Setia Mahkota dan pada bulan April tahun 1987, beliau telah dianugerahkan pula dengan D.P.M.P Darjah Paduka Mahkota Perak yang membawa gelaran Dato.

  • Kepercayaan kepada Tuhan
  • Kesetiaan kepada Raja dan Negara
  • Keluhuran Perlembagaan
  • Kedaulatan Undang-undang
  • Kesopanan dan Kesusilaan

Professor Emeritus Tan Sri Dato Dr Khoo Kay Kim meninggal dunia akibat kegagalan paru-paru pada 28 Mei 2019, di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Petaling Jaya, Selangor pada usia 82 tahun.

Kisah Taiping Tidak Menjadi Ibu Negeri Perak

Semua orang tahu betapa kayanya bandar Taiping dengan kesan tiggalan sejarah yang amat banyak berbanding dari kawasan lain. Kesan tinggalan binaan seni bina British sewaktu jajahannya ini boleh dilihat dengan begitu banyak di sekitar Taiping dan ia dapat membuktikan bahawa Taiping adalah satu bandar terancang yang paling tua di tanah Malaysia ini.

Sekolah Menengah Agama Lelaki Pertama Malaysia Di Ipoh

Dalam tahun 1959, DYMM Paduka Seri Sultan Perak pada waktu ketika itu Sultan Yussuf Izzuddin Shah telah merasmikan pembukaan Sekolah Menengah Agama lelaki negeri Perak.

Kenali Pembuat Keris Agong Dan Sultan Perak

Keris bukanlah sekadar senjata untuk mempertahankan diri dari musuh-musuh durjana, tetapi ianya adalah lambang kepada masyarakat dan bangsa melayu sejak dari zaman dahulu lagi.

Cerita Sebalik Perang Saudara Di Hulu Perak

1

Pada penghujung abad yang ke 19, sebuah peperangan telah meletus di Hulu Perak. Peperangan ini telah melibatkan daerah kecil di Lenggong yang dinamakan sebagai perang saudara.

Perjanjian Kemerdekaan Melayu Raya Di Taiping Dalam Tahun 1945

Pengisytiharan Perjanjian Taiping adalah merupakan satu perjanjian penting yang telah diisytiharkan di Taiping, Perak. Ia adalah merupakan satu perjanjian penting yang mana Indonesia dan Tanah Melayu bersama-sama untuk mencapai kemerdekaan.