Gua Daeng Kuning Di Bukit Larut

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Sejarah seni Silat Gayong banyak meninggalkan kesan misteri sejak kewujudannya yang tidak diketahui kisah dan penceritaannya. Dato Meor Abdul Rahman adalah individu yang menubuhkan Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) dan Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) adalah sebuah pertubuhan silat yang pertama berdaftar dibawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negara di Johor Bahru pada 22 Oktober 1963 (No. Pendaftaran 361), dan kemudiannya pula didaftarkan dibawah Pesuruhjaya Sukan pada 31 Julai 1998 (No. Pendaftaran APS 0149/98).

    Perubahan in berlaku apabila kerajaan telah menetapkan dasar melalui Akta Pembangunan Sukan 1997 supaya semua badan yang menjalankan kegiatan sukan hendaklah berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan. Beliau mula mempelajari ilmu persilatan sejak ketika berusia 12 tahun daripada datuknya iaitu Syed Zainal Abidin Al-Attas.

    Syed Zainal atau lebih dikenali dengan nama Tuk Jenai pada ketika itu adalah seorang penghulu di Pekan, Phang dan beliau adalah merupakan seorang pendekar Pahang yang terkenal dengan perjuangannya menentang penjajahan Inggeris bersama-sama dengan rakan seperjuangannya yang lain seperti Allahyarham Mat Kilau, Dato Bahaman (orang Kaya Semantan) dan ramai lagi tokoh-tokoh lain yang ada di negeri Pahang.

    Kali ini kami ingin menceritakan tentang sebuah gua kecil yang ada di Bukit Larut. Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, gua kecil yang ada di Bukit Larut itu adalah gua yang menjadi tempat Daeng Kuning yang juga dikenali dengan nama Panglima Hitam bertapa.

    Gua kecil yang terpencil jauh di dalam hutan Bukit Larut itu digunakan oleh Daeng Kuning untuk bertapa dan bermeditasi selepas beliau berlabuh di Pengkalan Aur.

    Jangan anda tidak tahu bahawa terdapat tujuh keturunan saudara Bugis yang mempunyai visi dan mengikuti jalan mereka untuk nasib mereka. Daeing Kuning iaitu Panglima Hitam telah memilih lokasi Air Kuning di Taiping untuk perjalanan terakhirnya.

    Bertuah bumi Perak dapat seorang individu hebat yang melahirkan ramai generasi yang mahu bersilat. Apabila beliau sampai di Air Kuning, moyang kepada pengasas Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) ini memilih untuk tinggal di gua kecil ini sehinggalah beliau bernikah dengan puteri Patani.

    Gua Daeng Kuning Di Bukit Larut

    Hari ini, gua kecil ini dikenali dengan nama gua Daeng Kuning. Ia adalah gua seperti lubang ke bawah dan dapat menampung sekitar 10 orang dewasa pada satu masa. Air dari siling gua pula sentiasa jatuh ke tanah dan melembapkan kawasan sekitar dalam gua.

    Gua Daeng Kuning Di Bukit Larut

    Oleh itu, suhu di dalam gua Daeng Kuning ini sangat selesa dan punyai keadaan yang amat tenang. Tidak jauh dari gua ini kira-kira 50 meter, terdapat sungai dan air terjun.

    Gua Daeng Kuning Di Bukit Larut

    Walaupun posisi lubang masuk ke gua seperti boleh dimasuki air hujan apabila hujan turun dengan lebat jika dilihat dengan struktur geografi, namun hakikatnya air hujan langsung tidak mengalir masuk ke dalam gua tetapi mengalir melalui lereng dan ia langsung tidak membasahkan keadaan dalam gua dan hanya melembapkan keadaan dalam gua sahaja.

    Gua Daeng Kuning Di Bukit Larut

    Kini, gua ini amat bermakna untuk semua pengamal Silat Seni Gayong kerana mereka harus berkunjung ke sana sebagai menghayati sebahagian daripada tapak bersejarah yang hebat dalam seni silat.

    Gua Daeng Kuning Di Bukit Larut

    Walau bagaimanapun, sejarah dapat dipelihara dan diteruskan kepada generasi akan datang untuk kesinambungan Silat Seni Gayong yang hebat agar ia tidak hilang dan semakin dilupakan akibat daripada peredaran zaman.

    Sudah ramai masyarakat melayu kita hari ini tidak lagi berminat untuk berlajar seni silat. Mungkin kerana terlalu sibuk dengan hidupan harian namun masih ada generasi yang mempertahankan kehebatannya agar ia sentiasa diingati dalam negara kita ini.

    Freddie Aziz Jasbindar
    Freddie Aziz Jasbindar
    Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak.