● OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang — --:--:--
Subuh
05:53
Syuruk
06:59
Zohor
13:04
Asar
16:21
Maghrib
19:03
Isyak
20:13
Pelancongan

5 Puncak Bukit Berekeh Yang Diminati Pendaki

25 Jan 2017 · 1 min baca · 246 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar

Bukit Berekeh atau turut dikenali juga sebagai nama Bukit Botak mempunyai ketinggian setinggi 1,940 kaki atau 454 meter. Ia cukup popular dengan pendaki kerana disana terdapat 5 buah puncak bukit yang menjanjikan permandangan yang menarik.

peta bukit berekeh

Bukit Berekeh ini terletak di Kampung Bawong, Lasah di Sungai Siput, Perak. Walaupun lokasi ini tidak diketahui ramai, tapi ia tetap menjadi tumpuan para pendaki untuk datang kesini kerana tidak dapat menolak tawaran pemandangan yang terbaik dari puncak bukit seolah-olah seperti berada di kawasan Savana yang dikelilingi oleh rumput-rumput keperangan tumbuh melatar di sekitar puncak memang menawarkan satu panorama yang cukup indah.

kampung bawong

Berikut adalah tips yang biasa diberikan untuk mereka yang baru berkecimpung dalam bidang pendakian sebagai hobi:

  • Bawa tuala kecil semasa mendaki, digunakan untuk mengelap peluh semasa mendaki.
  • Bawa tuala besar, digunakan untuk mandi selepas mendaki jika perlu.
  • Jangan lupa bawa dan gunakan topi untuk berteduh dari panas.
  • Bawa bekalan air masak atau mineral dengan mencukupi.
  • Mula pendakian sejurus selepas subuh, jangan terlalu mula lewat.
  • Jangan mendaki seorang diri atau dengan orang yang tidak ada pengalaman.
  • Jangan dikejarkan puncak walaupun ianya dekat. Keselamatan dan nyawa adalah lebih penting.

bukit berekeh

Jika anda kesana nanti, pastikan anda tidak membuang sampah merata-rata. Cintailah alam sekitar sepertimana anda mencintai hobi anda itu. Berikanlah kesempatan pada orang lain pada masa hadapan untuk melihat keindahan bukit ini nanti. Jangan rosakkan alam sekitar.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.