Seni tekat yang juga dikenali dengan nama bersujia amat popular dalam pembuatan untuk kegunaan dalam pakaian buat Sultan Perak pada satu ketika dahulu.
하늘
Orang Yang Paling Tua Di Perak Ada Di Batu Kurau
Dipercayai Puan Som Binti Budin yang kini tinggal di Kampung Repoh, Batu Kurau adalah orang paling tua yang ada di dalam negeri Perak. Puan Som Binti Budin dilahirkan pada 24 Oktober 1900 di Pantai Besar, Batu Kurau. Dari kiraan tahun tarikh kelahiran beliau, ia menunjukkan bahawa umur Puan Som Binti Budin kini sudah mencecah 117 tahun dan beliau masih lagi sihat dan kuat sehingga ke hari ini.
Pameran Basikal Klasik Di Muzium Darul Ridzuan Ipoh
Lembaga Muzium Negeri Perak sedang mengadakan Pameran Basikal Klasik bermula 2 Mei 2017 hingga 30 Jun 2017 bertempat di Muzium Darul Ridzuan, Ipoh. Pameran ini menampilkan pelbagai jenis basikal klasik England yang tulen, yang berada di Tanah Melayu. Selain itu, turut dipamerkan ialah pelbagai aksesori serta teknologi pembuatan basikal tersebut.
Sejarah Dan Asal Usul Gelanggang Kasut Roda Di Taman Tasik Taiping
Di tengah-tengah Taman Tasik Taiping terdapat sebuah gelanggang kasut roda yang telah dibina kira-kira 40 tahun yang lalu. Menariknya gelanggang ini, ia dibina dengan kutipan derma ikhlas daripada pelbagai lapisan masayarakat di Taiping dengan kerjasama pelbagai pihak.
Loghat Patani Batu Kurau Dimartabatkan Dalam Buku Keresing Kerenyeh
“Ni amba nak haba ka muma satu ceghita. Tapi ceghita ning nana sikik lei.. Lagu ning..” Kata Tok Chei sambei dok keresing kerenyeh, senyung tersipo-sipo, senyung-senyung pak kambing. Pernah dengar loghat sebegini? Inilah loghat unik Patani yang digunakan di Batu Kurau, Lenggong, Grik, Selama, Changkat Jering di Negeri Perak. Selain itu, loghat ini juga digunakan di Pendang, Kuala Ketil, Baling di Negeri Kedah dan beberapa daerah lain.
Pelancaran Komik Travelog “Perak, Teman Datang”
Majlis Pelancaran Komik Travelog “Perak, Teman Datang!” telah berlangsung di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017 bertempat di Putra World Trade Centre (PWTC) pada 5 Mei 2017 yang lalu. Majlis ini dirasmikan oleh YB. Dato’ Nolee Ashilin binti Dato’ Mohammed Radzi yang merupakan Exco Pelancongan, Kesenian Kebudayaan Komunikasi Dan Multimedia Negeri Perak Darul Ridzuan pada tengahari tersebut.
Karnival Jom Niaga Sempena Minggu PKS 2017 Di Ipoh
Pada 6 hingga 7 Mei 2017 ini berlangsung Karnival Jom Niaga bersempena dengan Minggu PKS 2017 di Bulatan Amanjaya, Ipoh. Karnival ini diserikan dengan penampilan istimewa artis Awie dan Faizal Ismail (FBI) serta cabutan bertuah sebuah kereta dan pelbagai hadiah untuk dimenangi. Semua warga Perak dijemput beramai-ramai untuk memeriahkan karnival yang berlangsung selama dua hari ini.
Wabak Denggi Semakin Meningkat Di Ipoh dan Taiping
Jumlah kes Denggi didapati semakin meningkat di Daerah Larut Matang dan Selama berbanding tahun sebelumnya. Baru-baru ini juga, beberapa kawasan di sekitar Bandar Taiping telah disembur dengan ubat untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes. Bukan di Taiping sahaja, beberapa kawasan di Ipoh juga turut mengalami keadaan yang sama.
Anak Batu Kurau Jelajah Solo Berbasikal Semenanjung Malaysia
Beliau yang merupakan pendaki solo Malaysia dan pernah menawan 3 puncak Himalaya dalam tempoh sebulan pada 2015, kini telah memulakan ekspedisi berbasikal secara solo menjelajah ke seluruh Semenanjung Malaysia. Pada kali ini, ekspedisi beliau bertemakan ‘Dari Masjid Ku Menjelajah 2017’ di mana beliau akan singgah di mana-mana masjid di sepanjang perjalanan.
Karnival Royal Town Vespa dan Motor Klasik, Kuala Kangsar
Karnival Royal Town Vespa dan Motor Klasik kini kembali lagi pada tahun 2017. Karnival kali ini diberikan nafas baru, dan juga sokongan padu daripada seluruh peminat Vespa, Lambretta, Scomadi dan Motor Klasik dari seluruh Malaysia. Karnival ini adalah kesinambungan daripada program terdahulu yang dikenali sebagai Jamboree Vespa Kuala Kangsar.