Pameran Basikal Klasik Di Muzium Darul Ridzuan Ipoh

Lembaga Muzium Negeri Perak sedang mengadakan Pameran Basikal Klasik bermula 2 Mei 2017 hingga 30 Jun 2017 bertempat di Muzium Darul Ridzuan, Ipoh. Pameran ini menampilkan pelbagai jenis basikal klasik England yang tulen, yang berada di Tanah Melayu. Selain itu, turut dipamerkan ialah pelbagai aksesori serta teknologi pembuatan basikal tersebut.

banner pameran

Antara aktiviti yang menghiasi sepanjang program ini ialah tutorial, bengkel, aktiviti Jom Kayuh, permainan dan tayangan video.

pameran basikal 1

Pameran diadakan bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Masuk adalah percuma.

pameran basikal 2

Pameran ini diadakan dengan kerjasama Kelab Komuniti Pemilik Basikal Klasik Malaysia.

pamplet basikal

Semua pembaca orangperak.com dijemput hadir beramai-ramai sempena Tahun Melawat Perak 2017.

pengunjung

Sebarang pertanyaan mengenai pameran ini, boleh berhubung dengan Muzium Darul Ridzuan di talian 05-2410048 untuk maklumat lanjut.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.