● OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang — --:--:--
Subuh
05:53
Syuruk
06:59
Zohor
13:05
Asar
16:21
Maghrib
19:04
Isyak
20:14
Berita

Karnival Jom Niaga Sempena Minggu PKS 2017 Di Ipoh

07 May 2017 · 1 min baca · 106 ·Oleh 하늘

Pada 6 hingga 7 Mei 2017 ini berlangsung Karnival Jom Niaga bersempena dengan Minggu PKS 2017 di Bulatan Amanjaya, Ipoh. Karnival ini diserikan dengan penampilan istimewa artis Awie dan Faizal Ismail (FBI) serta cabutan bertuah sebuah kereta dan pelbagai hadiah untuk dimenangi. Semua warga Perak dijemput beramai-ramai untuk memeriahkan karnival yang berlangsung selama dua hari ini.

Karnival ini dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, SME Corp Malaysia dan Kerajaan Negeri Perak di Bulatan Amanjaya dan Hotel Casuarina di Bandar Meru Jaya, Ipoh. Terdapat kira-kira 50 gerai dan pameran produk-produk usahawan negeri Perak, 20 buah 'foodtruck' dan pelbagai aktiviti menarik yang disediakan untuk pengunjung yang hadir.

hari terbuka

Antara program dan aktiviti yang diadakan di karnival ini adalah :

  • Mobile CTC (perkhidmatan komuniti bergerak kerajaan)
  • Funfest - pelbagai program dan permainan untuk kanak-kanak hingga peringkat IPT
  • MITI Day Fun Ride Bicycle
  • Latihan pemasaran online PERCUMA kepada usahawan oleh Google Malaysia
  • Pameran Kerjaya - 5000 peluang pekerjaan
  • Sesi percuma padanan perniagaan usahawan bersama pelbagai Pasaraya Besar Malaysia
  • Taklimat percuma pinjaman perniagaan dan geran oleh Bank Negara Malaysia, Bank dan pelbagai agensi kerajaan.
  • Lypark Santai Bikerz Ipoh & gerai jualan alat ganti motosikal
  • Perlumbaan kereta Hotweels dan sembang santai bersama peminat Hotweels Ipoh

Jadual penuh untuk aktiviti adalah seperti berikut :

jadual 1
jadual 2

Maklumat lanjut boleh hubungi SME Corp Malaysia Negeri Perak di talian 05-5291621.

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.