Home Blog Page 96

Kisah Parang Panjang Vs Komunis Di Bekor (Bahagian 1)

Serangan komunis di Kampung Bekor berlaku selama dua hari yang berakhir pada tarikh 6 Mac 1946 iaitu selepas hampir sepuluh hari daripada peristiwa orang Melayu membunuh orang Cina. Serangan pertama berlaku pada 5 Mac 1946, hari Selasa dan lebih kurang pada jam 10.00 pagi. Kumpulan ini datang dari arah Klian, Bekor dan Kampung Pauh serta terdiri dengan kekuatan seramai 100 orang. Kumpulan penyerang ini dikatakan datang dari dua arah laluan yang berlainan.

Misteri Disebalik Lokasi Makam Sultan Perak Yang Ke 19

Sejarah semakin hilang ditelan peredaran zaman, itulah hakikat yang terpaksa dihadap dan terpaksa diterima walaupun sukar untuk menerimanya. Kampung Bandar Baharu atau lebih dikenali dengan nama Bandar Baru oleh penduduk tempatan terletak di Kampung Gajah, Perak. Lokasi kawasan ini terletak benar-benar di tepi tebing kanan Sungai Perak yang pada satu ketika dahulu menjadi nadi untuk jalan utama ke hulu dan ke hilir dalam serata negeri Perak dan menyimpan rahsia yang besar pada zaman dahulu.

Siapakah Tok Kaduk Yang Sebenarnya Dalam Sejarah Perak?

Apabila menyebut tentang sejarah Bandor yang berhubungkait Pulau Indra Sakti, tidak jauh dari situ ada sebuah penempatan yang dinamakan PALOH (kini Kampung Paloh Lambor Kanan).

Rumah Pertama Harga Mampu Milik Untuk Warga Perak

Kerajaan negeri Perak bersama-sama dengan beberapa syarikat pemaju perumahan telah bersepakat dan bekerjasama untuk memudahkan urusan mereka yang belum pernah memiliki rumah sendiri. Ini adalah satu inisiatif paling baik yang positif dan perlu dipuji buat mereka yang terlibat kerana faham akan kesusahan dan kepayahan untuk zaman sekarang dalam mendapatkan kelulusan pinjaman bank dalam urusan membeli rumah kediaman.

Ngah Jabor, Pengasas Kepada Daerah Kampar

Ngah Jabor atau nama sebenar beliau Mohammad Jabar bin Bardot dan juga dikenali dengan nama gelaran Imam Prang Jabor merupakan salah seorang tokoh penting dalam peristiwa penjajahan British di Perak, khususnya dalam garis waktu penentangan kepada Residen British di Perak pertama iaitu J.W.W. Birch. Beliau adalah merupakan orang kanan kepada pahlawan Perak yang termasyhur iaitu Dato Maharaja Lela atau nama sebenar Pandak Lam. Ngah Jabor juga merupakan pengasas kepada daerah Kampar, Perak.

Kisah Mitos Menarik Lata Kinjang

Terdapat banyak tempat-tempat percutian yang menarik di negeri Perak. Kali ini, kami ingin menyentuh satu tempat perkelahan menarik yang sudah tentu tidak asing terutama bagi penduduk Chenderiang iaitu Taman Eko-Rimba Lata Kinjang.

Festival Adat Masyarakat Banjar Di Bagan Serai

Semua warga Perak khasnya penduduk sekitar Bagan Serai dan Daerah Kerian dijemput hadir ke Program Merakyatkan Seni dan Budaya, Festival Adat Masyarakat Banjar, pada 8 dan 9 April 2017 di Dewan Dato’ Zainal Abidin Zin, Stadium Mini Bagan Serai, Perak. Program ini bertemakan Adat Perkahwinan Banjar dan diadakan bermula jam 9 pagi hingga 11 malam dengan pelbagai aktiviti yang menarik.

Bas Rapid Kamunting Yang Pertama di Perak

0

Perkhidmatan bas Rapid kini telah ada di Perak. Warga Taiping adalah pengguna yang pertama untuk perkhidmatan bas Rapid Kamunting di bawah Syarikat Prasarana Malaysia Berhad dengan usaha sama Koridor Utara (NCIA) dan Majlis Perbandaran Taiping (MPT). Perkhidmatan bas ini telah dilancarkan pada Mac 2016 lalu dan sehingga kini telah menarik seramai 24,000 pengguna.

Sejarah Bermulanya Mufti Perak

Segalanya bermula pada zaman pemerintahan baginda Sultan Iskandar apabila Institusi Mufti Perak dimulakan sejak pada tahun 1935. Pada tahun tersebut, sebagai permulaan, baginda Sultan Iskandar telah melantik Tuan Haji Muhammad Zain Bin Muhammad Amin sebagai Mufti Perak yang pertama.

3 Sumber Ekonomi Perak Satu Ketika Dahulu

Waktu zaman pada akhir abad yang ke 19 dan awal abad yang ke 20, negeri Perak adalah merupakan antara negeri yang banyak memberi sumbangan pada ekonomi dunia dan secara tidak lansung telah banyak memberi sumbangan pada ekonomi di kebanyakan negeri-negeri di persisiran selat Melaka.