Bas Rapid Kamunting Yang Pertama di Perak

Perkhidmatan bas Rapid kini telah ada di Perak. Warga Taiping adalah pengguna yang pertama untuk perkhidmatan bas Rapid Kamunting di bawah Syarikat Prasarana Malaysia Berhad dengan usaha sama Koridor Utara (NCIA) dan Majlis Perbandaran Taiping (MPT). Perkhidmatan bas ini telah dilancarkan pada Mac 2016 lalu dan sehingga kini telah menarik seramai 24,000 pengguna.

taiping-loop-chart

Terdapat dua laluan setakat ini iaitu Laluan Taiping dan Laluan Jejak Warisan. Laluan Taiping meliputi Bandar Taiping manakala laluan Jejak Warisan meliputi beberapa tempat bersejarah dan pelancongan di sekitar Bandar Taiping.

jejak-warisan-chart

Perkhidmatan ini bermula seawal jam 6 pagi sehingga 8.30 malam dengan harga tiket diantara RM1 hingga RM2.50 dan diskaun sebanyak 50 peratus bagi bagi warga emas, pelajar dan orang Kelainan Upaya (OKU).

fare-structure

Laluan baru bakal beroperasi dalam masa terdekat. Laluan ini meliputi 18 perhentian bagi satu perjalanan dan sejauh 19km di Bandar Taiping dan Kamunting. Perkhidmatan bas ini bakal diperluaskan ke daerah lain di Perak jika sistem percubaan awal di Taiping ini memberikan khidmat yang memuaskan, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir sempena program permukiman Menteri Besar pada bulan November 2016 yang lepas.

Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir

Wahhh.. Menteri Besar pun dah cuba perkhidmatan Bas Rapid Kamunting. Jadi, kepada anda yang berkunjung ke Taiping, jom cuba perkhidmatan bas untuk ke destinasi makan-makan dan sejarah di Taiping. Moh kome..!

Laluan baru

Update: Laluan baru seperti gambar rajah diatas akan bermula pada 1 April 2017.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.