● OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang — --:--:--
Subuh
05:55
Syuruk
07:00
Zohor
13:07
Asar
16:20
Maghrib
19:07
Isyak
20:16
Pelancongan

Festival Adat Masyarakat Banjar Di Bagan Serai

01 Apr 2017 · 1 min baca · 156 ·Oleh 하늘

Semua warga Perak khasnya penduduk sekitar Bagan Serai dan Daerah Kerian dijemput hadir ke Program Merakyatkan Seni dan Budaya, Festival Adat Masyarakat Banjar, pada 8 dan 9 April 2017 di Dewan Dato' Zainal Abidin Zin, Stadium Mini Bagan Serai, Perak. Program ini bertemakan Adat Perkahwinan Banjar dan diadakan bermula jam 9 pagi hingga 11 malam dengan pelbagai aktiviti yang menarik.

poster

Lokasi Dewan Dewan Dato' Zainal Abidin Zin di Mini Stadium Bagan Serai adalah seperti peta lokasi yang telah dilampirkan.

poster

Berikut adalah senarai acara festival yang akan berlangsung nanti:

  • Pertandingan mewarna kanak kanak
  • Acara pentas
  • Persembahan adat persiapan perkahwinan banjar cara tradisional
  • Persembahan andaman pengantin banjar oleh mak Andam Banjar tradisional
  • Solekan pengantin
  • Membawa pasangan pengantin menggunakan basikal
  • Persandingan pengantin
  • Persembahan silat
  • Gerai jualan
  • Gerai pameran agensi kerajaan dan swasta
  • Pameran perkahwinan
  • Demontrasi wadai kiping
  • Gulai kawah gotong royong
  • Aroh ganol
  • Pertandingan bintang kecil Banjar
  • Pertandingan bayi comel Banjar
  • Cabutan bertuah

Pengunjung turut disajikan dengan upacara menarik Adat Perkahwinan Banjar pada 8 April 2017. Untuk tidak melepaskan peluang untuk melihat sendiri tradisi unik Masyarakat Banjar ini, pengunjung digalakkan untuk tiba sebelum jam 3 petang dan berada di kawasan yang upacara sehingga jam 6 petang untuk persediaan Majlis Persandingan yang akan diadakan pada 8.30 malam.

upacara

Semua orang Perak dijemput hadir beramai-ramai untuk memeriahkan lagi festival ini yang diadakan sempena Tahun Melawat Perak 2017. Jom!

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.