Home Blog Page 63

Kisah Sultan Iskandar Shah Menguji Ulama Negeri Perak Dalam Istana

Sultan Iskandar Shah ibni Almarhum Sultan Idris Murshidul Azzam Shah I Rahmatullah dimasyurkan sebagai Sultan Perak yang ke 30 untuk menggantikan kekanda tiri baginda iaitu Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah.

Presiden Pertama Singapura Anak Kelahiran Negeri Perak

0

Negeri Perak terkenal dengan lahirnya ramai pemimpin-pemimpin tersohor dan air dan juga luar negara. Kali ini orangperak.com ingin menyentuh mengenai sejarah hidup Presiden pertama Republik Singapura juga merupakan anak jati negeri Perak Darul Ridzuan.

Encik Yusof bin Ishak lahir pada 12 Ogos 1910 di Padang Gajah, Trong, Perak yang terletak hampir 18 batu daripada Taiping, Perak. Ibu dan bapanya beketurunan Melayu yang berasal daripada Sumatera, keturunan bapanya dari Minangkabau dan ibunya dari Langkat.

Keluarga beliau berhijrah ke Pulau Pinang dan kemudiannya menetap di negeri Perak. Encik Yusof merupakan anak sulung daripada 9 beradik. Bapanya Ishak Bin Ahmad pernah menjawat jawatan sebagai Pemangku Pengarah Perikanan bagi Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

Encik Yusof memperoleh pendidikan awal di sekolah Melayu di Batu Kurau, Perak. Beliau kemudiannya bertukar di sekolah Melayu di Taiping. Pada 1921, beliau memulakan pengajian Inggeris di Sekolah King Edward VII Taiping.

Yusof bin Ishak

Apabila bapanya ditukarkan ke Singapura pada 1923, Encik Yusof turut sama berpindah bersama keluarganya dan belajar di Victoria Bridge School sehingga Disember 1923.

Pada 1924, beliau mendaftar masuk ke Raffles Institution dimana beliau telah lulus Sijil Cambridge School pada 1927 dengan kepujian dan meneruskan pengajian selama 2 tahun lagi dengan biasiswa dari kerajaan British.

Ketika di sekolah, Encik Yusof menyertai hampir kesemua sukan yang ada disekolah. Di Raffles Institution, selain bermain sukan hoki dan kriket, beliau juga mengambil bahagian dalam suka berenang, angkat berat, polo air dan tinju.

Pada 1933, beliau menjadi juara bagi tinju untuk Singapura. Oleh kerana menjadi kadet paling cemerlang dalam pasukan kadet sekolah, beliau menjadi murid pertama di Singapura yang ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dalam pasukan kadet oleh Gabenor Singapura. Beliau juga menjadi pengawas sekolah dan penolong editor bagi majalah ‘Rafflesian’.

Yusof bin Ishak

Selepas meninggakan sekolah pada 1929, Encik Yusof bersama dua rakannya menyertai bidang kewartawanan dan penerbitan. Beliau telah menerbitkan majalah “Sportsman” yang diterbitkan khusus untuk bidang kesukanan.

Pada 1932, beliau menjadi staf ‘Warta Malaya’, yang merupakan surat khabar Melayu terkemuka di ketika itu. Kebolehan beliau dalam bidang kewartawanan membuatkan kedudukan beliau meningkat dengan cepat daripada Penolong Pengurus ke jawatan Pemangku Editor dalam tempoh yang singkat. Ketika tahun 1938, beliau keluar daripada ‘Warta Malaya’ dan menubuhkan Utusan Melayu.

Ketika zaman pendudukan Jepun, Encik Yusof berada di Tanah Melayu dan setelah Jepun menyerah kalah pada 1945, beliau kembali ke Singapura dan menyambung kembali penerbitan Utusan Melayu.

Pada 1948, Encik Yusof melawat Britain sebagao peserta Delegasi Pertama Wartawan. Kemudian pada awal 1957, beliau ke Jepun untuk memeriksa mesin cetak terkini yang ditempah oleh Utusan Melayu.

Dalam Mei tahun yang sama, beliau berpindah ke Kuala Lumpur untuk menyelia pembinaan bangunan Utusan. Sewaktu berada di Kuala Lumpur, Encik Yusof menjadi Presiden Kelab Kewartawanan Malaya.

Dari tahun 1948 hingga 1950, beliau berkhidmat dengan Komiti Rayuan Filem. Pada Julai 1959, beliau dilantik menjadi Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Singapura.

Kemudian pada 3 Julai 1965, Encik Yusof menjadi Canselor Universiti Singapura. Encik Yusof mengambil alih tugas sebagai Yang di-Pertuan Negara Singapura pada 3 Disember 1959.

Sebagai Ketua Negara Singapura, beliau bersama isteri Puan Noor Aishah telah membuat kunjungan negara ke Kemboja selama 4 hari pada April 1963 dan pada bulan yang sama mereka kemudiaanya ke Mekah untuk mengerjakan Haji.

Disana mereka disambut sebagai tetamu negara oleh Kerajaan Arab Saudi. Kunjungan Negara ke Sri Lanka pula dilakukan pada Mei 1963. Encik Yusof dikurniakan Darjah Kerabat Kelas Pertama daripada Sultan Brunei pada November 1960 dan Darjah Kebesaran Sri Maharaja Mangkh Negara (S.M.N) oleh Yang Dipertuan Agong Malaysia pada November 1963.

Yusof bin Ishak

Pada 9 Ogos 1965, apabila Singapura dikeluarkan dari Persekutuan Malaysia dan menjadi sebuah negara, Encik Yusof menjadi Presiden pertama Republik Singapura.

Beliau kemudian dilantik semula bagi penggal kedua selama 4 tahun pada 4 Disember 1967. Encik Yusof Bin Ishak berkahwin dengan Puan Noor Aishah dan mempunyai seorang anak lelaki serta dua perempuan. Beliau meninggal dunia pada 23 November 1970.

Markas Terakhir British Di Perak

0

Empayar British merupakan empayar paling besar yang pernah wujud dalam sejarah dan bagi masa yang lama menjadi kuasa dunia utama. Empayar ini merupakan hasil daripada Zaman Penemuan Eropah yang bermula dengan penerokaan maritim pada abad yang ke 15 dalam era penjajahan kuasa Eropah.

Disebalik Mural Orang Tua Di Oldtown White Coffee, Ipoh

Pernah kecoh pada tahun 2014 yang lalu apabila ramai pihak menyatakan bahawa pihak pengurusan Oldtown White Coffee outlet Padang di Ipoh telah memilih gambar wajah ketua pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) iaitu Chin Peng di sudut mural yang dibangunkan pada dinding bangunan perniagaan mereka.

Jejak Makam Sultan Perak Ke 25 Di Johor

Menurut sejarah, terdapat tiga makam Sultan Perak yang berada diluar negeri Perak. Dua makam tersebut berada di Acheh dan satu di Johor. Baru-baru ini wakil orangperak.com telah pergi mengziarahi makam Sultan Perak yang berada di Johor dan turut sama menemubual penjaga makam diraja disana.

Makam Sultan Perak yang dimaksudkan ialah makam Sultan Ismail yang selepas kemangkatan baginda diberi gelaran Marhum Mangkat Di Skudai. Dalam artikel kali ini pembaca akan dibawa untuk memahami kisah hidup Sultan Ismail dan mengapa baginda dikebumikan di Makam Diraja Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor.

Raja (kemudian Sultan) Ismail merupakan cucu kepada Sultan Perak ke 18 iaitu Paduka Seri Sultan Ahmaddin Shah. Bonda baginda bernama Raja Nandak binti Almarhum Sultan Ahmaddin Shah. Ayahanda baginda bernama Saiyid Shaikh Al-Khairat yang merupakan kerabat diraja Kesultanan Siak.

Makam Sultan Perak Ke 18 Di Negeri Johor

Raja Ismail telah dilantik sebagai Raja Bendahara pada 1857 oleh Sultan Jaafar Muazzam Shah dan kekal dikedudukan tersebut sehingga pemerintahan Sultan Ali Al-Mukammal Inayat Shah kerana Raja Abdullah ibni Almarhum Sultan Jaafar telah dilantik menjadi Raja Muda melangkaui baginda.

Apabila Sultan Ali mangkat pada 1871, Raja Bendahara Ismail mengikut adat yang sedia ada memangku sementara kerajaan negeri dan menjemput Raja Muda Abdullah yang ketika itu bersemayam di Batak Rabit, supaya berangkat ke Sayong untuk ditabalkan sebagai Sultan Perak yang baharu sebelum jenazah Almarhum Sultan Ali boleh dimakamkan.

Makam Sultan Perak Ke 18 Di Negeri Johor

Dikatakan pada masa tersebut Raja Muda Abdullah berasa risau mengenai keselamatan perjalanan baginda ke Sayong kerana Raja Yusuf ibni Almarhum Sultan Abdullah Muhammad I, yang merupakan seteru takhta baginda telah bersedia untuk menyerang hendap rombongan baginda Raja Abdullah di Senggang.

Pembesar-pembesar negeri telah menunggu selama 40 hari dan akhirnya Raja Bendahara Ismail telah ditabalkan sebagai Sultan yang baharu pada 28 Jun 1871 dengan sokongan kuat terutama dari Orang Kaya-Kaya Menteri Larut Ngah Ibrahim yang juga merupakan seteru kepada Raja Abdullah. Setelah upacara pertabalan selesai barulah Almarhum Sultan Ali dimakamkan.

Makam Sultan Perak Ke 18 Di Negeri Johor

Ketika pemerintahan baginda, perebutan kuasa negeri Perak berterusan dikalangan pembesar dan pewaris takhta. Raja Muda Abdullah dan Raja Yusuf terus merebut tuntutan keatas takhta negeri Perak. Dipercayai ketika perbalahan ini berlansung, Raja Tepus telah dilantik sebagai pemangku Raja Muda.

Raja Muda Abdullah kemudiannya merayu kepada Sir Harry Ord, yang ketika itu merupakan Gabenor Negeri-Negeri Selat dan menyatakan bahawa baginda merupakan calon yang sesuai untuk takhta negeri Perak dan pertabalan Sultan Ismail adalah tidak sah dan tidak mengikut adat negeri.

Walaupun pada awalnya British berpegang dengan dasar untuk tidak mencampuri hal ehwal orang Melayu, namun nada pihak British berubah apabila Sir Andrew Clarke menjadi Gabenor Negeri-Negeri Selat yang memerintah dari Singapura.

Makam Sultan Perak Ke 18 Di Negeri Johor

Ini kemudian membawa kepada berlansungnya perbicangan di Pulau Pangkor diantara Sir Andrew Clarke, Raja Muda Abdullah dan kebanyakkan pembesar-pembesar negera dan berakhir dengan termeterainya Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874.

Antara terma yang dipersetujui dalam perjanjian tersebut ialah Sultan Ismail diturunkan dari takhta dan digantikan oleh Raja Muda Abdullah, serta Sultan Ismail yang telah disingkirkan dari jawatan Sultan diberi gelaran sebagai Sultan Muda. Sebagai tambahan, elaun bulanan $1,000 hendaklah dibayar kepada Sultan Muda Ismail oleh Kerajaan Negeri Perak.

Tempoh diantara tahun 1874 hingga tahun 1875 menyaksikan pelbagai huru hara yang berlaku di Perak dengan perlantikan J.W.W. Birch sebagai Residen British dan kemuncaknya apabila J.W.W. Birch dibunuh di Pasir Salak. Tentera British telah dihantar ke Perak dan seterusnya menandakan bahawa Perang Perak telah bermula.

Dato’ Maharaja Lela telah didapati bersalah oleh pihak British dalam komplot pembunuhan Birch. Apabila Dato’ Maharaja Lela berundur setelah bertempur dengan tentera British yang memburu beliau, Sultan Muda Ismail yang berada di Belanja turut menyertai beliau berundur untuk mengelakkan ditangkap oleh tentera British dan membawa bersama regalia alat-alat kebesaran Negeri Perak.

Baginda melarikan diri daripada tentera British bersama pengikut-pengikut baginda dengan menaiki gajah dari Belanja menuju ke kedah dengan menumbangkan pokok-pokok besar di jalan ke Belanja untuk melengah-lengahkan perjalanan tentera British untuk menangkap baginda.

Makam Sultan Perak Ke 18 Di Negeri Johor

Dalam pertengahan bulan Januari 1876, Sultan Muda Ismail telah memasuki negeri Kedah bersama para pengikut baginda dan meminta perlindungan daripada Sultan Ahmad Tajuddin III Mukarram Shah.

Sultan Kedah serba salah untuk melindungi orang yang diburu oleh pihak British, telah pergi ke Pulau Pinang memberitahu perkara tersebut kepada Lt. Colonel Anson dan baginda telah dinasihatkan supaya membenarkan Sultan Ismail memasuki sempadan Kedah dan kemudian menyerahkan baginda kepadanya di Pulau Pinang.

Pada 17 Mac 1876, Sultan Ismail telah dibawa ke Kuala Kedah dan seterusnya pada 20 Mac 1876 baginda bersama 18 orang pengikutnya dibawa ke Pulau Pinang untuk berjumpa dengan Lt. Colonel Anson. Perempuan dan kanak-kanak yang bersama-sama dalam rombongan Sultan Ismail serta 27 ekor gajah semuanya ditinggalkan di Kedah.

Berkenaan dengan penyerahan Sultan Ismail dan pengikutnya itu, Lt. Colonel Anson sendiri telah menulis, “Pada 23 Mac (1876), Raja Ismail telah dibawa ke pejabat saya di Pulau Pinang, dan beliau teah menyerahkan kepada saya segala Alat Kebesaran Kerajaan Negeri Perak.

Saya dapati beliau seorang tua yang baik (gentleman) dan menyukakan hati. Saya sangat belas kasihan kepadanya. Oleh sebab Alat Kebesaran itu ada di tangan beliau, itu menunjukkan beliau telah jadi Sultan (Perak) yang sebenarnya.

Adalah satu kesilapan besar melantik (Raja) Abdullah yang tak ada apa gunanya itu.” (Haji Buyong bin Adil (1981) Sejarah Perak. Dewan Bahasa Dan Pustaka (Kuala Lumpur, hlm. 141).

Sultan Ismail serta Alat Kebesaran Kerajaan Perak dan beberapa orang pengikut baginda dengan segera dihantarkan oleh Lt. Colonel Anson ke Singapura dengan kapal perang H.M.S. Ringdove. Ringdove telah sampai di Singapura pada 26 Mac 1876.

Makam Sultan Perak Ke 18 Di Negeri Johor

Setelah semua Alat Kebesaran itu diserahkan kepada Gabenor William Jervois, pada 27 Mac 1876, baginda telah dihantar ke negeri Johor dan diserahkan di bawah jagaan Maharaja Johor iaitu Maharaja Abu Bakar sementara dijalankan penyiasatan mengenai hal ehwal negeri Perak itu.

Suatu Suruhanjaya Penyiasat dari pihak British berhubung dengan “Perang Perak” telah ditubuhkan pada bulan Jun dan Julai 1876. Akhirnya kerajaan British memutuskan bahawa Sultan Abdullah, Laksamana Muhammad Amin Dato’ Syahbandar Uda Maamor, Orang Kaya Menteri Ngah Ibrahim dibuang ke Pulau Seychelles dan Sultan Ismail dibuang negeri ke Skudai, Johor.

Makam Sultan Perak Ke 18 Di Negeri Johor

Sultan Muda Ismail mangkat pada 13 September 1889. Baginda kemudiannya dimakamkan di Makam Diraja Mahmoodiah, Johor Baharu telah diberikan gelaran Marhum Mangkat Di Sekudai. Sedikit mengenai Makam Diraja Mahmoodiah ialah sebuah makam di-Raja Johor yang terletak di Jalan Mahmoodiah, Johor Bahru.

Makam tersebut mengandungi dua bahagian iaitu bangunan utamanya yang mempunyai seni bina seperti sebuah masjid menempatkan makam Almarhum Duli-duli Yang Maha Mulia Sultan-Sultan dan Sultanah-Sultanah Johor Moden yang telah mangkat dan beberapa orang kerabat di-Raja Johor serta pembesar-pembesar negeri.

Makam Sultan Perak Ke 18 Di Negeri Johor

Di bahagian perkarangan makam di-Raja pula terdapat kawasan yang mempunyai lingkaran tembok putih yang juga dipanggil Kota Lama atau Lingkaran Dalam yang menempatkan makam kerabat-kerabat di-Raja Johor serta pembesar-pembesar negeri yang lain. Terdapat 5 orang Sultan Johor termasuk seorang Sultan Perak telah dimakamkan disini.

Dato Meor Abdul Rahman, Pengasas Silat Gayong Malaysia Dari Taiping

0

Siapa yang berada dalam seni persilatan mesti cukup kenal dengan nama ini iaitu tidak lain tidak bukan Dato Meor Abdul Rahman Bin Uda Mohd Hashim. Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, Dato Meor Abdul Rahman adalah pengasas Silat Gayong Malaysia.

Lokasi Baru Makam Tun Saban Di Lawin, Gerik

Nama Tun Saban seringkali dapat kita dengar dalam penceritaan sejarah pembukaan negeri Perak sebagai negeri yang berdaulat sejak pemerintahan sultan Perak yang pertama iaitu Almarhum Sultan Muzaffar Shah anakanda kedua Sultan Melaka yang terakhir.

Kisah Syeikh Abdullah Fahim, Datuk Perdana Menteri Ke 5

Sheikh Haji Abdullah Fahim pernah merayu supaya orang Melayu berpegang teguh dengan semangat perpaduan ummah dan bersatu padu dalam satu kesatuan bangsanya.

Orang Asli Di Perak Bina Selempang Paling Panjang Di Malaysia

0

Kampung Chenderong Kelubi adalah merupakan sebuah perkampungan orang asli yang terletak di dalam negeri Perak. Kampung Chenderong Kelubi ini telah terpilih untuk projek pembangunan fizikal dan telah menerima kemudahan-kemudahan asas prasarana.

Antara kemudahan-kemudahan asas prasarana yang telah diterima adalah seperti jalan tar, bekalan air bersih, bekalan elektrik dan banyak lagi yang ada juga dalam proses.

Untuk makluman anda, Kampung Chenderong Kelubi terletak kira-kira 30 km atau setengah jam perjalanan dengan kereta dari pusat pentadbiran daerah Kampung Gajah.

Orang Asli Di Perak Bina Selempang Paling Panjang Di Malaysia

Tok Batin Pandak a/l Kulob Samad adalah individu yang dipilih dan dipertanggung-jawab untuk memimpin penduduk di Kampung Chenderong Kelubi. Kampung Chenderong Kelubi ini juga terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Kampung Gajah.

Orang Asli Di Perak Bina Selempang Paling Panjang Di Malaysia

Hari ini, Kampung Chenderong Kelubi adalah sebuah perkampungan orang asli yang lengkap dengan kemudahan infrastruktur seperti dewan, surau, sekolah tadika, sekolah rendah dan sebagainya. Kampung ini tidak lagi terpinggir dari dunia luar.

Orang Asli Di Perak Bina Selempang Paling Panjang Di Malaysia

Hal ini adalah kerana jalanraya telah dibuat untuk ke kampung ini dan disana juga mempunyai bekalan elektrik 24 jam. Penduduknya ramah dan ramai juga yang telah berjaya. Guru sekolahnya terdiri dari Orang Asli yakni penduduk asal kampung ini. Kampung ini juga mempunyai kugiran mereka sendiri.

Orang Asli Di Perak Bina Selempang Paling Panjang Di Malaysia

Itulah dia serba sedikit pengenalan yang dapat digambarkan berkenaan dengan perkampungan orang asli yang bernama Kampung Chenderong Kelubi. Berbalik kepada tajuk artikel yang ingin disampaikan, adalah dengan bangganya kami selaku anak kelahiran Perak dengan kejayaan penduduk di kampung ini.

Orang Asli Di Perak Bina Selempang Paling Panjang Di Malaysia

Malaysia Book Of Record telah mengiktirafkan untuk rekod selempang paling panjang yang dibina dan diusahakan oleh penduduk Kampung Chenderong Kelubi. Mereka telah berjaya mencipta rekod baru dalam kategori “selempang tepanjang” dengan sepanjang 1,223 meter atau 1.223 km.

Ngah Ibrahim, Jutawan Tanah Melayu Abad Ke 19

0

Ramai dari kita yang tahu kisah keperwiraan Orang Kaya-Kaya Tengku Menteri Ngah Ibrahim dalam peristiwa pembunuhan J.W.W Birch yang mengakibatkan beliau dibuang negeri ke Pulau Seychelles.