● OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang — --:--:--
Subuh
05:53
Syuruk
06:59
Zohor
13:04
Asar
16:21
Maghrib
19:03
Isyak
20:13
Fakta

4 Nama Tempat Yang Sama Di Perak Dan Kelantan

18 Jan 2017 · 2 min baca · 300 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar

Jika anda biasa dengan kawasan dan nama tempat di Perak dan apabila anda sedang memandu menuju ke Kota Bharu dari Perak, sudah pasti anda akan perasan akan nama tempat yang hampir-hampir sama di sepanjang jalan Jeli ke Machang. Kira-kira ada 4 nama tempat yang sama dengan nama tempat di kawasan Perak. Untuk makluman anda, ini adalah kebetulan sahaja dan tiada kaitan tentang perpindahan penduduk Perak ke Kelantan pada zaman dahulu.

peta ipoh perak kelantan

Pertama, Ipoh & Gual Ipoh. Gual Ipoh adalah merupakan sebuah pekan dibawah jajahan Tanah Merah yang terletak di negeri, Kelantan manakala Ipoh pula adalah ibu negeri Perak.

kota bharu perak kelantan

Kedua, Pernah dengan Kota Bharu di Gopeng? Kota Bharu di Perak terletak tidak jauh dari Pekan Gopeng. Rata-rata ramai penduduk perak tidak tahu akan nama tempat ini kerana ia agak terpinggir dari mana-mana jalan utama. Pekan Kota Bharu di Perak adalah pekan lama yang makin lama makin berkurangan penduduk. Namun begitu, ia masih lengkap dengan pelbagai fasiliti umum yang sama seperti di tempat-tempat lain. Ada juga yang memanggil pekan ini sebagai pekan klasik.

peta rantau panjang perak kelantan

Seterusnya adalah Rantau Panjang. Semua orang tahu tentang kewujudan Rantau Panjang di Kelantan kerana popular dengan zon bebas cukai dan pusat membeli belah. Ia juga dikatakan syuga untuk membeli belah kerana barangan disana dijual dengan harga yang murah. Tapi tak ramai yang tahu Perak juga ada tempat yang namanya Rantau Panjang. Ada sesiapa pembaca disini berasal dari Rantau Panjang Perak? Boleh komen dan perkenalkan kawasan anda?

peta batu gajah perak kelantan

Dan yang terakhir yang dapat kami kenal pasti adalah, Batu Gajah. Kedua-dua nama kawasan tersebut diambil daripada batu yang menyerupai gajah. Tidak dapat dikenal pasti kesahihan ceritanya untuk Batu Gajah Perak kerana dimana letaknya batu berbentuk gajah tidak dapat dikenal pasti. Namun untuk di Batu Gajah Kelantan, masih ada kelihatan sehingga ke hari ini tentang batu yang berbentuk dan seakan-akan gajah. Tambahan dari Azzl Jijoi Manjoi di komen, nama tempat Pasir Putih juga ada di Perak dan Kelantan. Pasir Puteh merupakan sebuah pekan di pinggir bandar Ipoh, di sebelah barat menuju ke Batu Gajah, Tanjung Tualang dan Pusing. Manakala Pasir Puteh Kelantan pula terletak berdekatan dengan sepadan Terengganu. Menurut Shah Fuzz dan Basri Rosma di ruangan komen, Selinsing juga ada di kedua-dua negeri. Selinsing Perak terletak di Semanggol.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (2)

herm...
18 Mar 2019 13:55
selinsing perak
selising kelantan

bunyi jer nak sama,ejaan lain
Daud Herman
06 May 2019 15:15
Rantau panjang di perak terletak antara Bandor dengan Air mati. Dari dulupun tak ramai penduduk yg ada dalam ingatan saya. Jadi nak tahu asal usulnya daro yg masih hidup mungkir sukar. Panjangnya tempat ini dlm anggaran saya cuma 4km

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.