Pada 27 Ogos 2017 yang lalu, team orangperak.com telah muat naik sebuah filem dokumentari yang menceritakan tentang hutan di negeri Perak pada tahun 1934. Ia adalah sebuah rakaman yang unik dan hampir mustahil untuk dicari yang lain kerana pada waktu itu jarang berlaku rakaman video sebegini.
Lagenda Gajah Bernama Aduka Di Gerik
Seekor gajah yang bernama Mek Seri Wangi atau lebih dikenali dengan nama Aduka amat terkenal di Gerik pada satu ketika dahulu sekitar tahun 1980 an. Apabila berbicara tentang gajah di Gerik, ia tidak menjadi satu kejutan kerana kita semua sudah ambil maklum tentang gajah sudah sinonim dengan masyarakat awal di dalam negara kita pada satu ketika masa dahulu sebelum di ambang kemerdekaan.
Komunis Serang Hendap Polis Di Kelian Intan, Hulu Perak
Satu peristiwa hitam yang tidak mungkin akan dapat dilupakan oleh waris-waris polis yang berkhidmat di Kelian Intan, Hulu Perak apabila pengganas komunis membuat serangan hendap terhadap pihak polis pada 10 September 1947 tepat jam 7.30 pagi.
Kisah Mitos Pengantin Disumpah Dalam Gua Puteri Di Lenggong
Lokasi Gua Puteri ini sebenarnya terletak di dalam kompleks batu kapur di Bukit Kepala Gajah, Lenggong. Koordinat 5.126000, 100.980000 adalah lokasi sebenar Gua Puteri ini yang terletak dengan ketinggian 94 meter di atas aras laut. Struktur formasi Gua Puteri ini amat menarik untuk dilihat.
Nama Kampung Ulu Kuang, Chemor Sempena Nama Burung Tercantik Di Dunia
Burung kuang adalah merupakan antara spesis burung yang paling cantik di dunia. Mungkin ramai yang tidak pernah lihat burung ini kerana ia memang sukar untuk didapati hari ini atas kerana faktor kepupusan yang sedang melanda akan nasib burung ini.
Apam Balik Malindo Istimewa Di Teluk Intan
Setiap tempat yang kita kunjungi pastinya memiliki keunikan atau keistimewaan tersendiri yang sekaligus menjadi lambang kepada kawasan tersebut. Bandar Teluk Intan yang merupakan sebuah pekan lama sudah tentu mempunyai keistimewaan tersendiri terutama mengenai kepelbagaian makanan yang ada disini.
Siapakah Orang Inggeris Pertama Yang Mendaki Bukit Larut?
Jika berkunjung ke Taiping, sudah tentu ramai yang mengetahui akan kewujudan Bukit Larut sebagai sebuah tempat yang berhawa dingin dan mendamaikan selain mempunyai permandangan yang indah. Dari atas puncak bukit yang dahulunya dikenali Maxwell Hill ini pengunjung dapat melihat permandangan bandar Taiping dan jika bernasib baik pada hari yang cerah, Pulau Pinang di utara dan Pulau Pangkor yang berada di selatan turut dapat dilihat dari kejauhan. Maklumat selanjutnya mengenai Bukit Larut anda boleh baca dengan klik link disini.
Pelukis Komik Bidan Muda Dari Lenggong
Pada tahun 1950an adalah merupakan zaman kegemilangan dan pada waktu itu, terdapat ramai yang bergiat dalam seni lukis komik kerana permintaannya adalah amat tinggi. Oleh kerana tidak banyak sumber hiburan lain yang ada dan situasinya tidak seperti kita pada hari ini, maka hanya komiklah sahaja sumber hiburan buat masyarakat di Malaysia pada satu ketika dahulu yang lebih murah dan senang serta mudah untuk mendapatkannya.
Moh Bercuti Santai Di Sahom Valley, Kampar
Sahom Valley adalah satu lokasi pilihan yang tepat untuk percutian buat seisi keluarga. Ia terletak di dalam kampung Sahom yang ada di Kampar, Perak. Mereka yang inginkan ketenangan dan keluar dari kesibukan kawasan bandar, lokasi percutian ini mungkin boleh menjadi salah satu destinasi percutian anda!
Panggung Lido, Panggung Paling Besar Di Perak Sekitar Tahun 1960 an
Ipoh cukup gemilang dengan pembangunan dan peningkatan ekonomi selepas menjadi ibu kota buat negeri Perak. Sehubungan dengan itu, lambakan pusat hiburan tumbuh di sekitar bandar Ipoh untuk masyarakat yang tinggal di sekitar bandar Ipoh.
