Sejarah Bukit Larut

Bukit Larut merupakan antara salah satu kawasan reakreasi Tanah Tinggi di negeri Perak. Bukit Larut atau nama lain buatnya adalah Bukit Maxwell dinamakan sempena residen British pada ketika itu yang bernama George Maxwell pada tahun 1880. Suhu pada waktu siang adalah antara 15 hingga 25 darjah Celsius dan boleh mencecah 10 darjah Celsius pada waktu malam. Perjalanan ke atas Bukit Larut boleh mengambil masa selama 30 minit dengan melalui jalan sempit dan melalui 72 selekoh berliku tajam dilereng bukit.

George Maxwell

Pada asalnya, bukit ini digunakan sebagai tempat untuk berehat buat pegawai-pegawai British di Malaya yang ingin melarikan diri dari kepanasan cuaca tropika pada zaman itu. Oleh kerana akses untuk jalan ke puncak cukup sukar dan tidak berturap dengan jalan tar, jadi mereka yang ingin ke puncak perlu berjalan kaki merentas hutan sejauh 13 km atau menunggang kuda padi ataupun menaiki tandu yang diusung.

peta bukit larut

Untuk makluman anda, Bukit Larut adalah antara kawasan yang paling lembap di Malaysia. Hampir setiap hari waktu petang, hujan bukit akan turun di kawasan ini. Apabila Jepun mengambil alih pemerintahan dan menjadikan Taiping sebagai pusat pemerintahan untuk Perak dan Indonesia, Jepun telah mengerah buruh paksa untuk menyiapkan jalan ke puncak bukit Larut. Jalan yang ada sekarang adalah merupakan hasil peluh tawanan perang serta orang tempatan yang dikerah menyiapkannya dari kaki bukit sehinggalah ke puncak bukit.

fakta bukit larut

Setelah British mengambil semula Bukit Larut, kegiatan pertanian seperti tanaman strawberi, teh dan bunga telah dijalankan. Ada kebun teh yang dibina pada tahun 1887 dengan kos RM3,600.00 untuk kegunaan pegawai-pegawai British. Pada asalnya kawasan ini terdapat ladang teh Assam, kemudian dipindahkan ke Cameron Highlands. Banyak projek tanaman gagal dan hasrat ini diteruskan di Cameron Highlands. Pada tahun 2009, terdapat juga percubaan untuk menanam bunga tulip di sini tetapi ianya gagal dan ladang ini ditutup pada tahun 2012.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here