Home Blog Page 104

Mee Kari Paling Meletup Di Bota Kanan

Kedai makan Latifah atau dikenali sebagai Mee Kari Bota cukup terkenal dengan menu mee karinya bukan sahaja dengan penduduk setempat, malah penduduk Ipoh, Batu Gajah, Sitiawan yang kerap gunakan jalan Ipoh Lumut dan berhenti makan di Bota Kanan. Kedai makan ini telah beroperasi lebih 20 tahun di lokasi yang sama di pekan Bota Kanan.

Tarian Dabus, Tarian Pahlawan Negeri Perak

0

Tarian dabus dipercayai telah dikenali di negeri Perak sejak 200 tahun yang lalu lagi dimana ia bertapak di 3 tempat iaitu Kampung Tanjung Bidara yang terletak di Bagan Datoh daerah Hilir Perak, Pulau Tiga di daerah Perak Tengah dan di Kampung Pasir Panjang Laut yang terletak di Sitiawan dalam daerah Manjung.

Seperti sejarah-sejarah lain yang mempunyai banyak versi, darbus juga terdapat beberapa versi jenis pendapat mengenai sejarah pengenalan dabus di negeri Perak.

Sejarah Tarian Dabus

Menurut Encik Nordin bin Ahmad iaitu pengkaji sejarah negeri Perak, Megat Terawis dan rakannya sebana telah diperintahkan untuk mengambil Puteri Limau Purut di Aceh supaya membawa balik bersama mereka kesenian dabus ke negeri Perak.

Tarian Dabus, Tarian Pahlawan Negeri Perak

Manakala, menurut Tuan Haji Salleh bin Ngah Jaafar pula menyatakan bahawa dabus mula diperkenalkan di negeri Perak khususnya di Kampung Tanjung Bidara, Pulau Tiga, Kampung Gajah oleh Tok Pawang Bakar yang merupakan seorang anak jati kampung itu yang telah pergi merantau ke Aceh.

Tok Pawang Bakar kemudian telah mengajarkan ilmu kesenian dabus ini kepada Tok Tanda Cu Biduan dan kemudiannya diperturunkan pula kepada anaknya Alang Dolah. Bermula dari situ semakin ramai yang mempelajarinya dan terus bertapak hingga ke hari ini.

Berlainan pula dengan cara pengenalan dabus di Kampung Pasir Panjang Laut yang terletak di Sitiawan. Menurut Tuan Haji Abdul Malik, dabus telah diperkenalkan oleh seorang pedagang dari Baghdad yang bernama Ahmad Mahyuddin pada tahun 1785.

Tarian Dabus, Tarian Pahlawan Negeri Perak

Di sini dabus di bawa secara langsung oleh pedagang kerana lokasi kampung tersebut terletak di pesisir pantai yang mana urusan dagangan pada ketika itu adalah melalui Selat Melaka.

Tarian Dabus, Tarian Pahlawan Negeri Perak

Apa pun jua pendapat atau versi bagaimana dabus datang ke Perak, apa yang pasti adalah seni ini berasal dari dari tanah Arab dan telah diubahsuai mengikut suasana tempat sebaik sahaja ia mula bertapak dan diperkenalkan di suatu kawasan.

Tarian Budaya yang Semakin Tenggelam

Tarian dabus adalah tarian pahlawan negeri Perak yang kian tenggelam ditelan arus zaman. Pada awalnya, ia tarikan oleh lelaki sahaja menggunakan pakaian pahlawan Melayu Perak. Seramai 8 hingga 12 orang akan menari sambil diiringi oleh paluan alat muzik rebana.

Tarian Dabus, Tarian Pahlawan Negeri Perak

Dipercayai, tarian ini dipersembahkan bagi menunjukkan keberanian pahlawan Perak kepada tetamu di istana. Pada akhir persembahan, penari akan mencucuk lengan menggunakan anak dabus. Setelah selesai, ketua dabus akan menjampi dan mencuci luka dengan air penawar.

Senjata Dalam Tarian Dabus

Pada awalnya, selain menggunakan anak dabus, penari menggunakan pelbagai senjata tajam lain untuk menambah kehebatan penari dabus. Diantaranya ialah pisau belati, keris, kapak kecil dan batu guling.

Pada tahun 1826, kerajaan Perak telah meminjamkan kawasan Pulau Pangkor kepada Inggeris, manakala daerah Manjung yang dahulu namanya daerah Dinding turut diserahkan kepada penjajah Barat itu pada tahun 1874.

Ketika menggunakan perairan di situ untuk tujuan kepentingan perdagangan, pemerintah British di Pulau Pinang menghadapi ancaman daripada sekumpulan lanun yang megganas di perairan Selat Melaka yang diketuai oleh seorang Panglima yang digelar Daeng Mentanu.

Inggeris meminta bantuan orang-orang dabus di Manjung untuk memerangi lanun berkenaan. Seramai 100 orang pahlawan dabus dikatakan berjaya menghapuskan lanun-lanun tersebut.

Ikan Pelik Dan Besar Yang Ada Dalam Sungai Perak

0

Pernah menonton monster river? Apa pendapat anda jika kita beritahu yang ada ikan besar dan panjang hampir 5 kaki setinggi manusia dewasa di dalam sungai Perak? Ianya benar dan tidak hairanlah kenapa ramai pemancing yang suka memancing di sepanjang sungai Perak yang panjangnya hampir 400km itu.

Hujung Minggu Bersama Keluarga Di Ulu Kenas, Kuala Kangsar

Ramai yang tahu tentang jeram sejuk yang ada di Hutan Lipur Ulu Kenas di Kuala Kangsar, Perak. Hutan Lipur Ulu Kenas merupakan kawasan yang amat terkenal untuk menjalankan aktiviti air dan berkaitan dengannya seperti berkelah, berkhemah dan juga mandi-manda di hujung minggu bersama keluarga. Airnya yang sejuk dan jernih datang dari kemuncak Gunung Bubu. Selain aktiviti berkelah dan berkemah, Hutan Lipur Ulu Kenas juga merupakan pintu masuk buat para pendaki yang mahu meneroka dan menawan puncak Gunung Bubu.

Jalan Paling Kerap Berlaku Kemalangan Maut Di Perak

Ada lebih 20 lokasi jalan yang telah dikenalpasti sebagai lokasi jalan yang paling kerap berlakunya kemalangan maut di jalan yang ada di negeri Perak. Antara kawasan yang paling tinggi rekodnya adalah jalan-jalan yang ada di Hilir Perak. Daerah Hilir Perak adalah daerah yang paling tinggi risiko kemalangan sekaligus menjadi tumpuan pihak pewajib dan berkuasa untuk terus menerus berjaga-jaga di jalan yang telah dikenalpasti tersebut.

Peristiwa Serangan Gajah Di Teluk Intan, Perak Pada 1894

Tiga gerabak kereta api yang menuju ke Teluk Intan yang dahulunya dikenali sebagai Teluk Anson dari Tapah Road tergelincir selepas dirempuh oleh gajah jantan yang mengamuk. Peristiwa hitam ini berlaku pada sebelum kemerdekaan negara lagi, sewaktu negara kita sering diganggu penjajah dan ancaman komunis yang menuntut hak untuk memerintah negara melalui kekerasan, paksaan dan kekejaman.

5 Puncak Bukit Berekeh Yang Diminati Pendaki

Bukit Berekeh atau turut dikenali juga sebagai nama Bukit Botak mempunyai ketinggian setinggi 1,940 kaki atau 454 meter. Ia cukup popular dengan pendaki kerana disana terdapat 5 buah puncak bukit yang menjanjikan permandangan yang menarik.

Peranan Besar Kota Ngah Ibrahim Di Taiping

Kota Ngah Ibrahim ialah satu bangunan bersejarah yang dibina oleh Orang Kaya Menteri Paduka Tuan Ngah Ibrahim bin Jaafar iaitu seorang pembesar Perak yang masyhur kerana menjadi salah seorang penentang campur tangan British dalam Hal Ehwal Pentadbiran negeri Perak selepas Perjanjian Pangkor pada tahun 1874. Kota ini merupakan pusat pentadbiran bagi daerah Larut yang pada ketika itu menjadi jajahan takluk di bawah kuasa Ngah Ibrahim.

Kilang Arang, Industri Paling Tua Di Kuala Sepetang

0

Industri paling tua di Kuala Sepetang, penghasilan arang daripada kayu bakau bukan sahaja rumit tetapi memerlukan kepakaran tenaga kerja yang rumit, unik dan mencabar. Proses pembakaran kayu bakau di dalam dapur atau relau dibahagikan kepada tiga peringkat dan memakan masa kira-kira sebulan. Ianya bukan mudah seperti mengambil ranting kayu dan dibakar sehingga menjadi arang sepertimana kita biasa buat untuk membakar ayam dan sebagainya.

Sejarah Tanah Perkuburan Perang Di Taiping

Untuk pengetahuan anda, Taiping adalah lokasi pengunduran British sewaktu pencerobohan Jepun di Tanah Melayu di sepanjang Pantai Barat Semenanjung. Taiping juga digunakan sebagai tempat untuk berehat dan pemulihan untuk Indian Infantry Brigade yang ke 6 dan ke 15 sewaktu peperangan sedang berlaku di utara Tanah Melayu dengan banyak unit perubatan telah ditempatkan di sana sebelum mereka berundur ke Singapura.