Sejarah Tanah Perkuburan Perang Di Taiping

Untuk pengetahuan anda, Taiping adalah lokasi pengunduran British sewaktu pencerobohan Jepun di Tanah Melayu di sepanjang Pantai Barat Semenanjung. Taiping juga digunakan sebagai tempat untuk berehat dan pemulihan untuk Indian Infantry Brigade yang ke 6 dan ke 15 sewaktu peperangan sedang berlaku di utara Tanah Melayu dengan banyak unit perubatan telah ditempatkan di sana sebelum mereka berundur ke Singapura.

plot taiping war cemetery

Tanah Perkuburan Perang Taiping atau lebih dikenali sebagai Taiping War Cemetery merupakan kawasan perkuburan askar yang mati semasa perang dunia kedua dan juga semasa darurat. Lebih 850 korban telah disemadikan disini termasuk lebih 500 korban yang tidak dapat dikenal-pasti hingga ke hari ini. Askar-askar yang disemadikan disini termasuk askar British, India dan juga askar Melayu.

Commonwealth War Graves Commission

Tanah perkuburan ini terletak di Bukit Larut, Taiping. Ia telah didirikan dan disenggarakan oleh Commonwealth War Graves Commission iaitu sebuah organisasi diantara 6 kerajaan negara komenwel yang berfungsi sebagai menandakan, merekodkan dan mengekalkan kubur serta tempat untuk memperingati tentera negara-negara Komanwel yang telah meninggal dunia dalam perang dunia. Organisasi ini juga bertanggungjawab untuk memperingati orang awam yang meninggal dunia akibat daripada tindakan musuh semasa perang dunia ke 2. Organisasi ini diasaskan oleh Fabian Ware dan dibentuk melalui Royal Charter pada tahun 1917 yang dinamakan sebagai Imperial War Graves Commission dan namanya ia telah diubah ke Commonwealth War Graves Commission pada 1960.

Fabian Ware

Kubur ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu kubur Kristian dan juga kubur Muslim. Bagi kubur muslim, ia ditanam seperti ditanah perkuburan Islam biasa dan mengadap kiblat manakala kubur Kistian ditanam dikawasan berlainan yang terdapat tiang salib.

Leave a Comment