● OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang — --:--:--
Subuh
05:54
Syuruk
06:59
Zohor
13:05
Asar
16:21
Maghrib
19:04
Isyak
20:14
Berita

Perak Bakal Putuskan Larangan Jualan Vape Selepas Mesyuarat Kerajaan 28 Mei Ini

24 May 2025 · 1 min baca · 122 ·Oleh Iskandar Zulqarnain

Perak Bakal Putuskan Larangan Jualan Vape Selepas Mesyuarat Kerajaan 28 Mei Ini

Sebarang keputusan mengenai larangan penjualan rokok elektronik atau vape di Perak akan dimuktamadkan selepas dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMK) pada 28 Mei ini, kata Menteri Besar Dato Seri Saarani Mohamad.

Menurut beliau, kajian menyeluruh oleh Exco Kesihatan Negeri bersama pihak berkepentingan akan dijadikan asas pertimbangan. Kerajaan negeri juga akan mengambil kira pandangan pelbagai pihak, termasuk peniaga, ibu bapa, pendidik, serta Jabatan Mufti sebelum sebarang dasar digubal.

“Jika keputusan menunjukkan larangan itu lebih baik dan memberi manfaat kepada rakyat, maka kita akan memilih jalan terbaik,” tegas Saarani selepas merasmikan Lenggong Valley Motorclub di Dataran Tasik Raban hari ini.

Beliau menegaskan bahawa keputusan muktamad tidak akan dibuat secara bersendirian, sebaliknya melalui perbincangan bersama dalam MMK bagi memastikan semua aspek dinilai secara teliti.

Sebelum ini, Perlis dan Terengganu telah melaksanakan larangan penjualan vape, manakala beberapa negeri lain masih dalam proses meneliti langkah serupa. Keputusan Perak kelak dijangka menjadi penanda aruk dalam menangani isu penggunaan vape di peringkat negeri.

Iskandar Zulqarnain
Iskandar Zulqarnain
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.