Labi-labi merupakan salah seekor haiwan yang tergolong dalam kumpulan haiwan reptilia seperti penyu, kura-kura dan tuntung yang mampu hidup di kawasan air mahupun tebing darat sungai. Ahli dalam keluarga ini terdapat banyak di negara Afrika, Asia, Amerika Utara, dan Asia Tenggara yang termasuklah di Malaysia. Labi-labi semestinya menjadi salah satu makanan kegemaran bagi sesetengah penduduk kaum Dayak dan sesetengah kaum cina semenjak dari dahulu lagi.
Bom Di Persimpangan Lampu Isyarat Bota Kiri
Penduduk setempat di kawasan Bota yang berdekatan dengan Restoran Wan Lebor yang sedang teruja semasa menyaksikan para pelumba Le Tour de Langkawi di lampu isyarat Bota Kiri tiba-tiba digemparkan dengan amaran bom apabila seorang lelaki tiba-tiba memberhentikan keretanya di tengah jalan lalu menjerit terdapat bom di dalam kenderaannya.
Panglima-Panglima Adat Istiadat Agong Yang Pertama
Yang di-Pertuan Agong adalah gelaran bagi seorang Raja yang bertahta diatas Kerajaan Negara Malaysia. Perlantikkan digilirkan setiap lima tahun sekali diantara kesembilan Raja-Raja yang menjadi Pemerintah Negeri-Negeri Tanah Melayu Bersekutu sahaja. Bagi Negeri-Negeri yang dikatakan dahulu sebagai Negeri-Negeri Selat atau lebih tepat lagi Negeri Jajahan Mahkota British dan Negeri Tanah Mealayu tidak bersekutu atau Borneo, sama sekali tidak melayakkan Pemerintah bagi Negeri-Negeri tersebut dipilih atau memilih menjadi Yang di-Pertuan Agong walaupun mereka juga salah seorang dari ahli Majlis, dengan erti kata lain, Yang di-Pertua Negeri tidak layak dan boleh mengambil bahagian dalam proses pemilihan Yang di-Pertuan Agong, pemilihan Yang di-Pertuan Agong ini sebenarnya hanya merujuk kepada kesembilan buah Negeri yang Raja berdauliah dan berdaulat sahaja.
Sejarah Pembukaan Gugusan Manjoi
Manjoi ialah sebuah kampung di timur laut dari bandaraya Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Dalam Pelan Perancangan Bandaraya Ipoh 1985, Kampung Manjoi dikeluarkan dari pelan tersebut kerana ramai penduduknya tidak bersetuju terutama sekali untuk bayaran cukai pintu, cukai tanah, yuran kutipan sampah dan sebagainya. Lantaran itu Kampung Manjoi kekal terbiar lebih 20 tahun berbanding dengan kemajuan bandar Ipoh.
Zoo Taiping Beri Diskaun Hebat Kepada Semua Warga Perak 2017
Berita baik kepada semua warga Negeri Perak! Bersempena dengan Tahun Melawat Perak 2017 ini, Zoo Taiping dan Night Safari memberikan diskaun sebanyak 20 peratus khas kepada semua pelawat yang lahir dan juga yang bermastautin di Negeri Perak bermula 14 Februari 2017 hingga 31 Disember 2017.
Pusing Jadi Lokasi Utama Filem Leftenan Adnan (2000)
Pekan Pusing terletak dalam daerah Batu Gajah, Perak dan kira-kira sejauh 5 km dari Batu Gajah dan 14 km dari Ipoh. Penduduk di sini kebanyakan ialah orang Cina yang berketurunan Hakka, dan minoritinya adalah Melayu, India dan Sikh. Pusing merupakan sebuah pekan yang pernah kaya dengan bijih timah pada satu ketika dahulu. Perkembangannya pekan ini hanya disebabkan oleh hasil dari perlombongan bijih timah dan semakin merosot akibat kejatuhan harga bijih timah semasa tahun 1970.
Jumlah MRSM Di Perak Paling Banyak Di Malaysia
Maktab Rendah Sains Mara atau lebih dikenali dengan nama singkatan MRSM telah ditubuhkan di bawah Akta Majlis Amanah Rakyat pada tahun 1966 sebagai satu usaha untuk mencapai matlamat MARA dalam bidang latihan dan pendidikan. MRSM didirikan untuk memberi kemudahan pelajaran di peringkat menengah dan pra universiti dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar pelajar Bumiputera yang mempunyai kebolehan mental yang tinggi.
Rumah Datuk Maharajalela Hampir Rebah
Orang kita zaman sekarang tidak lagi menghargai jasa-jasa orang lama dan tidak endah langsung dengan sejarah serta keturunan. Akui sahaja yang kita hanya pandai laungkan perkataan merdeka yang tidak mempunyai apa makna kemerdekaan dan tidak pernah ambil tahu tentang bagaimana susahnya tokoh pejuang merdeka, pahlawan, hartawan orang melayu berusaha untuk mengecapinya. Kepada siapa lagi bangunan bersejarah warisan tokoh lama ini hendak mengadu dan berharap jika bukan kita yang hidup di zaman sekarang?
Panduan Membuat Aduan Dengan Sistem e-Aduan Perak
Oleh kerana ramai pihak yang menghantar aduan kepada pihak kami untuk dilanjutkan kepada pihak berwajib untuk memperbetulkan mana-mana kegagalan penguatkuasaan yang terlepas pandang oleh jabatan tertentu, jadi terpanggil kami disini untuk kongsikan cara untuk anda sampaikan aduan dimana yang anda salurkan pada pihak yang sepatutnya dengan menggunakan sistem e-Aduan Negeri Perak.
Hospital Taiping Adalah Hospital Pertama Di Malaysia
Hospital Taiping atau dahulunya dikenali sebagai Hospital Yong Wah adalah hospital paling tua yang masih wujud di Malaysia. Hospital Taiping terletak di Jalan Taming Sari (Jalan Utama) berhampiran pusat bandar komersial, ia merupakan salah satu hospital terbesar di Malaysia dan adalah yang terbesar di negeri Perak. Lokasi hospital ini amat strategik kerana terletak di 80 km dari Ipoh dan 85 km dari Pulau Pinang yang dapat memberi perkhidmatan pada penduduk di negeri-negeri utara Malaysia.
