Berita baik kepada semua warga Negeri Perak! Bersempena dengan Tahun Melawat Perak 2017 ini, Zoo Taiping dan Night Safari memberikan diskaun sebanyak 20 peratus khas kepada semua pelawat yang lahir dan juga yang bermastautin di Negeri Perak bermula 14 Februari 2017 hingga 31 Disember 2017.
Semua pengunjung yang lahir di Perak berdasarkan kad pengenalan berikut 08, 36, 37, 38 , 39 dan juga kad pengenalan beralamat di negeri Perak layak menikmati harga diskaun seperti berikut :
ZOO TAIPING
- Dewasa
- Harga asal RM17.00
- Selepas diskaun 20% = RM13.80
- Kanak-Kanak (3 – 12 tahun)
- Harga asal RM8.50
- Selepas diskaun 20% = RM7.40
NIGHT SAFARI
- Dewasa
- Harga asal RM21.20
- Selepas diskaun 20% = RM17.00
- Kanak-Kanak (3 – 12 tahun)
- Harga asal RM10.60
- Selepas diskaun 20% = RM8.50
Untuk makluman, Zoo Taiping dan Night Safari dibangunkan dalam kawasan seluas 36 ekar (14 hektar) dan memiliki kira-kira 1300 ekor haiwan dari 140 spesies mamalia, burung, reptilia dan ikan. Pameran di Zoo Taiping dan Night Safari direkabentuk seakan-akan menyerupai habitat asal haiwan dan mampu menjadi pusat konservasi bagi menambah spesies yang terancam. Zoo Taiping dan Night Safari terbahagi kepada dua laluan iaitu Lingkaran Timur dan Lingkaran Barat yang berjarak sejauh 2.5km. Zoo Taiping berkonsepkan pameran terbuka dalam suasana semula jadi.
Oleh itu, jom semua orang Perak. Kita beramai-ramai ke Zoo Taiping dan Night Safari.