Pusing Jadi Lokasi Utama Filem Leftenan Adnan (2000)

Pekan Pusing terletak dalam daerah Batu Gajah, Perak dan kira-kira sejauh 5 km dari Batu Gajah dan 14 km dari Ipoh. Penduduk di sini kebanyakan ialah orang Cina yang berketurunan Hakka, dan minoritinya adalah Melayu, India dan Sikh. Pusing merupakan sebuah pekan yang pernah kaya dengan bijih timah pada satu ketika dahulu. Perkembangannya pekan ini hanya disebabkan oleh hasil dari perlombongan bijih timah dan semakin merosot akibat kejatuhan harga bijih timah semasa tahun 1970.

leftenan adnan

Tahukah anda bahawa Pekan Pusing telah menjadi lokasi utama untuk filem Leftenan Adnan yang ditayangkan pada tahun 2000? Pemilihan kawasan Pekan Pusing dipilih oleh pengarah Aziz M. Osman kerana deretan dua rumah kedainya yang masih lagi menyerupai zaman penjajahan Jepun lebih kurang pada tahun 1941 dahulu.

Pada tahun 1934, Kampung Sungai Ramal dikunjungi oleh anggota tentera British yang bertujuan untuk mencari anak-anak muda tempatan yang berkelayakan untuk diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Beberapa pemuda kampung termasuk Adnan Bin Saidi berminat menjadi tentera, namun ibubapa beliau tidak merestui kemahuannya itu. Adnan nekad, bersama beberapa orang rakan, mereka keluar dari kampung dan menuju ke kem latihan ketenteraan di Port Dickson.

Di situ mereka mendaftarkan diri dan menjalani latihan fizikal dan mental bagi melayakkan diri untuk menjadi seorang tentera. Keberanian dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Adnan melayakkannya terpilih sebagai rekrut terbaik dan seterusnya beliau diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Dalam waktu yang singkat, Adnan telah menerima kenaikan pangkat menjadi Kolor Sarjan pada tahun 1937. Pada tahun yang sama beliau turut terpilih menyertai upacara pertabalan King George VI di London.

leftenan adnan

Tidak lama kemudian, Adnan dinaikkan pangkat sekali lagi menjadi seorang Leftenan. Ketika Perang Dunia Kedua, Leftenan Adnan Saidi telah terkorban semasa mempertahankan Tanah Melayu daripada serangan tentera Jepun. Pertempuran di Bukit Candu yang terletak di Pasir Panjang, Singapura itu menyaksikan gugurnya seorang perwira Melayu yang begitu digeruni oleh musuh.

Azri Iskandar asalnya memegang watak Leftenan Adnan sebelum disingkirkan kerana masalah disiplin. Azri Iskandar pula mengatakan dirinya terpaksa mengikut arahan penerbit dan pengarah secara membuta tuli walaupun terdapat percanggahan fakta dalam pembikinan filem ini. Beliau telah digantikan oleh Hairie Othman. Hairie terpaksa melakonkan semula 12 babak yang telah dilakonkan oleh Azri.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

Loading...

LEAVE A REPLY

WARNING:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here