Pelajar SK Seri Langkap Terima Anugerah Wira Cilik

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Nur Arisya Balqis Suhaili yang berusia lapan tahun telah menerima anugerah Wira Cilik dari Jabatan Bomba kerana keberaniannya menyelamatkan tiga orang adiknya sewaktu ketika rumah mereka sedang terbakar dijilat api.

    Kejadian kebakaran yang berlaku pada 14 September 2017 yang lalu telah melanda rumah mangsa di Kampung Attaduri yang terletak di Langkap kira-kira jam 2 pagi ketika kita semua sedang nyenyak tidur lena dibuai mimpi.

    Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, Nur Arisya Balqis Suhaili mula sedar dari tidur kerana terasa panas dan ada bau asap yang sangat kuat. Beliau lantas bangun dan melihat api sedang marak di bahagian dapur rumah. Waktu itu, ibunya sedang menghantar bapanya ke tempat kerja.

    Kakak kepada tiga orang adik itu tidak berfikir panjang dan terus kejutkan adik-adiknya untuk bangun dan dibawa keluar dari rumah yang sedang dijilat api. Sewaktu berada di luar rumah, api dapat dilihat semakin merebak dan mula menyambar rumah jiran.

    Anak berusia lapan tahun ini terus berlari sambil mendukung adiknya ke arah rumah jirannya yang juga sedang terbakar dan kemudian menjerit, “acik api! acik api!” dengan harapan agar jirannya itu sedar dari tidur dan keluar dengan selamat.

    Pelajar SK Seri Langkap Terima Anugerah Wira Cilik

    Tindakan pantas seorang kakak berusia lapan tahun dan juga merupakan pelajar tahun dua Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Langkap ini dalam menyelamatkan tiga adiknya ini wajar diberi pujian. Menurutnya lagi, “Balqis buat semua ini sebab tidak mahu sesiapa pun cedera atau luka kena api yang terbakar” .

    Pelajar SK Seri Langkap Terima Anugerah Wira Cilik

    Sehubungan dengan itu, Dato Zainol Fadzi telah maklumkan hal tentang keberanian Nur Arisya Balqis Suhaili kepada pengarah Bomba Negeri Perak dan pihak bomba telah memberi anugerah Wira Cilik atas keberaniannya itu.

    Pelajar SK Seri Langkap Terima Anugerah Wira Cilik

    Beliau yang hanya seorang kanak-kanak yang hanya berumur 8 tahun wajar diketengahkan kisahnya kerana keberanian, kasih sayang dan sikap tanggungjawab seorang kakak wajar menjadi contoh kepada generasi hari ini tapi sedih sekali sekali masyarakat kita hari ini lebih gemar akan cerita dan kisah cendol dan gadis manja untuk diviralkan.

    Freddie Aziz Jasbindar
    Freddie Aziz Jasbindar
    Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak.