● OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang — --:--:--
Subuh
05:53
Syuruk
06:59
Zohor
13:04
Asar
16:21
Maghrib
19:03
Isyak
20:13
Berita

Bom Di Persimpangan Lampu Isyarat Bota Kiri

25 Feb 2017 · 1 min baca · 135 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar

Penduduk setempat di kawasan Bota yang berdekatan dengan Restoran Wan Lebor yang sedang teruja semasa menyaksikan para pelumba Le Tour de Langkawi di lampu isyarat Bota Kiri tiba-tiba digemparkan dengan amaran bom apabila seorang lelaki tiba-tiba memberhentikan keretanya di tengah jalan lalu menjerit terdapat bom di dalam kenderaannya.

Lelaki berusia kira-kira 30 tahun itu memberhentikan keretanya dengan tiba-tiba di tengah-tengah persimpangan lampu isyarat di Bota Kiri kira-kira pukul 11 pagi tadi lalu keluar berlari dari kenderaannya dan menjerit kepada penonton semua supaya berlari menyelamatkan diri kerana terdapat bom di dalam keretanya.

Kejadian berlaku ketika peserta perlumbaan Le Tour de Langkawi dari Seri Manjung baru sahaja melalui laluan tersebut menuju Cameron Highlands. Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Mohamad Zainal Abdullah berkata, sebaik sahaja memaklumkan mengenai bom di dalam keretanya, lelaki itu cuba melarikan diri namun berjaya diberkas. Katanya, lelaki terbabit ditahan untuk siasatan bagi mengetahui motif dakwaannya.

Difahamkan, kereta jenis Mercedes berkenaan yang dipercayai dipandu di belakang kumpulan pelumba Le Tour De Langkawi (LTDL) yang sedang dalam perlumbaan di peringkat keempat, ditinggalkan pemandunya di persimpangan berkenaan sebelum melarikan diri menaiki sebuah lagi kereta jenis Proton Wira yang dipercayai dipandu rakannya.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.