Gunung Paling Tinggi Di Perak

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Gunung Korbu yang mencapai ketinggian setinggi 2,183 meter adalah merupakan sebuah gunung yang paling tinggi di dalam negeri Perak. Ia juga merupakan puncak yang paling tinggi untuk Banjaran Titiwangsa.

    Gunung Korbu mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung.

    Untuk mendaki gunung ini, anda perlu memohon permit dari pihak berwajib. Berikut adalah langkah untuk memohonan permit untuk melakukan pendakian ke Gunung Korbu:

    peta gunung korbu

    1. Menulis surat permohonan ke Pejabat Hutan Daerah Kinta/Manjung untuk perhatian Pegawai Hutan Daerah.
    2. Nyatakan tarikh pendakian, maklumat dan bilangan peserta yang terlibat di dalam surat tersebut.
    3. Surat permohonan hendaklah dihantar sekurang-kurangnya seminggu lebih awal daripada tarikh pendakian.
    4. Fax salinan surat ke Pejabat Hutan Daerah Kinta Manjung (Batu Gajah) di 05-3651679.
    5. Hubungi Pejabat Hutan Daerah Kinta Manjung (Batu Gajah) di talian 05-3661228 untuk pengesahan penerimaan Fax.
    6. Salinan asal hendaklah dihantar melalui pos atau serahan terus ke Pejabat Hutan Daerah Kinta Manjung (Batu Gajah).
    7. Membuat pembayaran sebanyak RM10.00/seorang melalui Wang Pos atas nama Bendahari Negeri Perak.

    Meskipun urusan permohonan permit ini agak merumitkan keadaan, namun ianya adalah untuk kebaikan pihak pendaki juga terutamanya untuk mengelakkan sebarang halangan ketika melakukan ekspedisi dan juga bagi mengelakkan banyak persoalan daripada pihak-pihak tertentu jika berlaku sebarang kecelakaan.

    Apabila tiba di puncak Gunung Korbu, pendaki boleh juga terus ke Gunung Gayong dan seterusnya ke Gunung Yong Belar kemudian turun di Cameron Highland, Pahang. Ekspedisi pendakian ini lebih dikenali sebagai Trans Titiwangsa V1. Ekspedisi tersebut mengambil masa selama 5 hingga ke 7 hari.

    Selain itu, pendaki juga boleh meneruskan perjalanan melalui rentis hutan ini untuk ke Gunung Yong Yap, Gunung Chamah dan Gunung Ulu Sepat yang memakan masa lebih 21 hari untuk melengkapkan pendakian ke 6 daripada 7 buah gunung tertinggi di Banjaran Titiwangsa.

    papan tanda puncak gunung korbu

    Daripada puncak ini kelihatan jelas pemandangan bandaraya Ipoh, Lembah Kinta, Bukit Keledang, Selat Melaka, pemancar di Bukit Larut, Taiping, Pulau Pinang, Gunung Gayong, Gunung Yong Belar dan Gunung Brinchang di Cameron Highland.

    Gunung Yong Yap juga jelas kelihatan. Rentis asal kini juga telah berubah wajah. Pihak pemaju telah mewujudkan satu lagi trek di sebelah atas bukit untuk pendaki ke Gunung Korbu.

    Perjalanan melalui rentis balak ini amat menyiksakan terutamanya pada waktu tengahari di mana pendaki terdedah kepada terik matahari secara terus dan mampu membuatkan seseorang itu dehidrat akibat kekurangan air dalam badan.

    Terdapat sebuah rentis lama ke gunung ini yang jarang dilalui oleh para pendaki. Perjalanan rentis ini akan membawa pendaki melalui Sungai Seno’oi (melalui perkampungan orang asli Kg Cadak & Kg Makmur), Kem Balak, Kem Singapura, Kem View dan Kem Permatang serta Puncak Bonsai Tonggek.

    Pendaki sama sekali tidak akan melalui Kem Seroja, Kem Kijang dan Puncak Botak kerana rentis ini melalui permatang yang lain untuk ke puncak Gunung Korbu.

    puncak gunung korbu

    Adalah digalakkan oleh setiap kumpulan pendaki yang ingin memasuki rentis di sekitar Banjaran Titiwangsa ini untuk mendapatkan khidmat jurupandu arah yang berlesen/berdaftar terutamanya dengan Kementerian Pelancongan Malaysia.

    Meskipun rentis-rentis ini tersedia ada buat sekian lamanya, namun terdapat banyak simpang-simpang yang dapat mengelirukan pendaki dan mampu membuatkan seseorang itu hilang pedoman. Kini terdapat banyak operator yang menyediakan khidmat jurupandu arah.

    Freddie Aziz Jasbindar
    Freddie Aziz Jasbindar
    Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak.